Saturday, July 29, 2006

Aku, Botol Susu, Bantal Busuk & Atok

Ada sejarah dan cerita di sebalik satu-satu kejadian itu. And so, this is only bahagian kecil cerita aku, juga merupakan titik permulaan perjalanan blog ini.
Aku dilahirkan di BB, Kuala Lumpur pada tahun 1984. Tarikh lahir aku awal seminggu dari tempoh yang dijangkakan, sekaligus menyelamatkan aku daripada terjebak dengan tahun 1985. (Aku untung setahun dari sudut tempoh belajar). In fact, on that very day, doctor yang bakal menyambut aku pun sebenarnya baru pulang few hours dari bercuti. Sampai je nurse dah telefon. And rushing dia datang ke clinic menyambut aku. Agaknya dia pun dah ada gerak hati yang aku ni bakal lahir cepat, tak sabar-sabar nak tengok dunia. Menariknya tentang doctor yang seorang ini, dia merupakan doctor yang menyambut kelahiran ketiga-tiga adik beradik aku. Pernah juga aku terfikir untuk menziarah doctor yang menyambut aku, tapi itu kita cerita kemudian.
Dibesarkan di PJ. Sejak umur sehari sehingga kini. Secara peribadi, merujuk kepada kawasan perumahan aku (bukan kawasan perumahan atau seksyen seksyen lain), aku merasakan bandar PJ ini sebuah bandar yang sangat membangun, and at the same time kawasan perumahan aku masih mampu mengekalkan suasana kejiranan yang bagus. Jiran-jiran aku, berbilang kaum dan sangat mesra towards one another. Boleh diumpamakan seperti sebuah kampung. Tapi aku rasa, sebuah kampung ini hanya boleh diumpamakan bagi kawasan kejiranan perumahan aku, bukan kepada penempatan berbentuk apartment dan kondominium. Kawan-kawan yang aku kenali sejak kecil, masih lagi kelihatan lalu melintasi depan rumah aku, dan apabila masing-masing ternampak kelibat sendiri, both akan senyum dan anggukkan kepala ke bawah, satu cara untuk greet people. Mungkin kerana rasa malu (masing-masing dah besar), kami sekadar angguk dan bertukar senyuman. Terasa lawak, bila bertembung di depan rumah, sekadar angguk-angguk, tetapi bila berkumpul beramai-ramai semasa minum petang, atau during aktiviti bersama kawan-kawan, barulah kami yang so-called jiran ni bertegur sapa bertanya khabar dan perkembangan diri masing-masing. Yang pasti, bila yang muda ternampak kelibat makcik-makcik, pakcik-pakcik, atau bertembung di pasaraya mahupun di tepi jalan, yang muda masih menegur sapa yang tua dengan mesra. Tapi ada juga yang jalan menonong, tak bertegur sapa. Well, semua ni, attitude individu. Apa-apa pun, aku masih senang dengan suasana perumahan aku.
Bercerita tentang kawan-kawan yang aku kenali semasa kecil, secara tidak langsung membangkitkan kenangan lama aku di zaman aku muda-muda dulu. Zaman ingus. Zaman pampers. Masa aku berumur sekitar 2-5 tahun, yang setakat aku mampu recall, uniform rasmi aku selalunya seluar pendek and singlet (hotpants? hehe) pendek kata, seluar pendek la.Berlari lah aku tak tentu hala bermain-main dengan anak-anak jiran yang lain. Tapi before aku dibenarkan keluar main petang-petang, mak aku wajibkan aku tidur siang dulu. Aku rasa semua budak kena tidur siang kot. Konon-konon caj tenaga. At that time, aku masih sakan berkepit dengan botol susu dan bantal bucuk aku. Memang lah kecil kecil minum susu dalam botol susu, but umur berapa entah, aku dah tukar selera, minum milo and sirap and sarsi, but of course, semua tu kena bancuh dalam botol susu. Entah kenapa, masyuk gila ha kalau dalam botol. Tapi kan, aku ada satu tebiat yang selalu berjaya buat mak aku amukan puaka. Semasa minum botol tu, aku gigit punting tu kuat-kuat and aku pusingkan botol tu, and pusing pusing pusing sehinggalah tadaaaaaaa, punting tu terputus dua. Dan apabila punting ajaib yang ada di botol tu terputus dua, maka mengalirlah air milo/air sirap/air sarsi berhamburan di bantal hehe. Sekaligus membuatkan mak aku amukan puaka. Tapi kan, aku sangat puas bila bende alah tu putus dua =D rasa seperti, best je.
And bantal busuk, seingat aku la, aku tak pernah ada permanent bantal busuk. Aku rasa ramai je yang bantal busuk mereka yang sekarang ni merupakan bantal busuk mereka sejak berpuluh or berbelas tahun yang lepas. Tapi aku, sejak kecik aku ada banyak sangat bantal, dan semua pun aku kategorikan bantal busuk. Asalkan bantal tu tak besar bantal kepala, automatik jatuh dalam kategori bantal busuk. And seingat aku la, setahun ada la jugak aku beli dua, at least satu bantal kecik untuk dijadikan bantal busuk. Untuk pengetahuan, aku merupakan spesis yang tidur dengan bantal penuh satu katil. Aku tak boleh la kalau katil aku takde aksesori tambahan. Mesti ada dua bantal kepala. Mesti ada dua kusyen kecil. Ikutkan hati aku nak letak kusyen besar and bantal peluk. Tapi tak muat lah kat katil hostel ni. Bangun je, semua beserabai atas lantai. So aku maintain minimum empat bantal atas katil single aku tu. Insyallah koleksi akan bertambah =) Talk about bantal busuk, dulu aku treat bantal busuk aku tu sebagai tangki oksigen aku. And tempat yang paling aku gerun nak pergi bersama bantal busuk, adalah kampung aku sendiri, di Melaka. Why? Sebab arwah atok merupakan seorang yang sangat rajin mengutip bantal busuk cucu-cucunya tatkala kesemua cucu-cucu sibuk bermain dan tak sedar diri, dan kemudiannya dia akan menjemur bantal-bantal ajaib itu semua di ampaian sehingga hilang lah bauan asmaradana tu. Itu lah hobi arwah atokku. Yang mana, berjaya buat aku menangis dan kadang-kadang rasa benci benci, sehinggakan aku selalu kena buat plan, di mana nak sorokkan bantal busuk aku everytime balik ke kampung. Tapi atok terer, dia jumpa gak bantal aku tu, and selamatlah dijemur. Sebenarnya, nama je bantal busuk, tapi selalu kena basuh pun. I mean, sarung bantal tu selalu dibasuh. So bau softlan la gamaknya =D
Talk about atok. Arwah atok merupakan seorang polis pencen yang kurus dan tinggi. Arwah atok asal dari Bukit Cina, Melaka. And sepanjang dia menjadi polis, yang aku dapat ingat lah, dia bertugas di Bukit Beruang ( di situ lah mak aku di lahirkan ), and bertugas di Chenderiang (betul ke ejaan ni?) Perak. Dan di Chenderiang (ejaan yang tak pasti betul ke idak), mama dan papa aku bertemu. Arwah Tok Ayah (belah papa) also polis di Chenderiang. For me, arwah atok sangat ensem (especially dalam gambar masa dia jadi polis zaman moda-moda dulu). Tapi arwah garang ha. Yang aku tahu, feberet dia ialah asam pedas ikan parang. Adei, aku dah la tak suka ikan yang banyak tulang dari isi. And aku masih ingat lagi, bila aku bangun pagi, nenek sibuk di dapur buat capati, sebab arwah atok suka makan capati pagi pagi hari. Arwah atok ada satu rutin wajib bila cucu-cucu dia balik ke kampung. Iaitu, suruh semua beratur, amik giliran, and he will korekkan telinga kami. Arwah atok seorang yang pembersih, and rasanya dia nak menerap budaya tu kot kepada kami. To tell you the truth, aku sangat takut tengok bende alah korek telinga yang besi tu. Aku rasa macam arwah atok akan bunuh aku dengan tikam telinga aku je. Everytime balik kampung, selain bantal busuk kena jemur di bawah matahari, benda korek telinga ni lah yang buatkan aku berdebar-debar takut nak balik kampung. Tapi, arwah atok best! Petang-petang, dia akan bawak aku berjalan-jalan naik kereta moris minor yang oldskewl giler tu. Tapi yang best tu, arwah atok ni bila drive, dia akan mengelak segala lopak-lopak air, lobang lobang jalan, dan elak taik-taik lembu. So korang boleh bayangkan lah bagaimana bersimpang siur je arwah atok tu bawak kereta. Tapi dia bawa perlahan je di dalam kawasan kampung, so kategori selamat la lagi. Hobi dia yang lain adalah mengumpul bateri. Pelbagai saiz (kecuali bateri kereta la). Kegunaan bateri tu? Untuk halau kucing yang buat bising di luar rumah, atau kambing-kambing yang berkumpul bersidang di halaman, atau lembu-lembu yang buat demonstrasi kat ruang laman. And perkara yang paling aku takkan lupa, adalah di mana arwak atok wajib bawak aku ke satu kedai cina ni. And he will buy me keratas kertas yang mengandungi anak patung kertas dalam tu. Harga seposen je. And itu lah yang wajib arwah atok belikan aku bila aku balik kampung. Sampai di rumah nenek je, aku akan membelek anak patung kertas, dan mula aktiviti imaginasi tinggi aku dengan anak patung kertas tersebut. Arwah atok dah meninggal dunia kira kira 12 tahun lepas, di dalam bulan ni, bulan Julai. Suasana kampung pun dah tak seperti dulu. Jalan utama dah besar, besar highway. Tapi kedai cina tu tetap seperti dulu. And sometimes, aku sengaja jejakkan kaki ke kedai tu, sekadar untuk mengenang kenangan aku dengan arwah atok. Al-Fatihah buat arwah Ismail Ahmad.
p/s: rindu menggamit perasaan untuk aku pulang ke kampung Melaka.
:+: Cik Payung :+:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home