Cik Payung
Bismillah...
Pembuka tirai bagi kewujudan blog yang berzaman sudah tidak di'update'kan. And to be exact, kesemua posts publised sebelum ni, kesemuanya sudah aku delete. And now, kiranya aku membuat 'comeback'. Apa fungsi blog ni? Sekadar satu port luahan rasa aku yang sentiasa tak tentu hala, asyik menggambarkan kekecamokan di kepala dan hati perasaan. Tak salah untuk aku hamburkan semuanya di sini. Tapi kadang-kadang terasa sedikit keseganan kerana semua yang dihamburkan (semasa emosi berada di dalam keadaan tidak stabil), ditatap dan di baca oleh orang lain. Akhirnya terasa sedikit malu di situ.
But I love to write. Aku suka bercerita. Although most of the time apa yang aku post kan banyak merapu dari membina. And this time, aku berniat, menggunakan salur blog yang diwujudkan di ruang internet ni, untuk merekod tiap perjalanan hidup aku, merangkumi pelbagai sudut, pendapat dan kisah-kisah terlampau.
Secara tidak langsung, dengan erti kata lain, aku ingin menyampaikan berita yang aku sudah meng'active'kan semula blog ini. Cerita ini adalah mengenai aku, hidup aku, perasaan aku, segalanya tentang aku. Apa yang diceritakan adalah melalui pendapat peribadi, dan aku memohon maaf andai kata posts aku mengguriskan hati sesetengah pihak atau membuatkan sesetengah orang terasa. Ini hanya luahan hati aku.
:+: Cik Payung :+:
1 Comments:
..truskan bcerita apa sajer,blogs is like ur diary, except its published for viewers & netters to read. aku pon j\heran ada gak manusia yg x mau org baca blog dia..aku ada kwn sorang yg camni,better pi cari diary & tulis guna pen...
Post a Comment
<< Home