Sunday, August 06, 2006

Aku & Perpustakaan

Kesangapan di pagi hari. Bangun pagi pun tak adalah pagi sangat. Sebab tidur pun agak lewat. Al kisah, pukul 2 petang berhajat melabuhkan diri di perpustakaan. Sebab mahu menghantar dua housemate ke sana (mereka ada diskusi) dan aku menyemakkan diri di perpustakaan sebab mahu mencari maklumat berkenaan "conversion of fatty acids to biodiesel". Tapi beberapa artikel sahaja yang baru jumpa. Nantilah korek-korek isi perut perpustakaan ni.

Sekadar ingin berkongsi pengalaman yang tak berapa dalam mana pun. Sejarah aku dengan perpustakaan ni tak banyak sangat. Infact, aku rasa semester ni lah merupakan the only semester yang aku rajin sangat ke library. Seingat aku, zaman aku rajin ke library adalah masa semester 1. Itu pun kunun nak mengjoinkan diri dengan aktiviti study group di library bersama-sama dengan coursemate yang lain. Tup tap, baru aku sedar, aku bukanlah spesies yang mampu memberi produktiviti yang tinggi dengan study secara berkumpulan. Aku adalah spesies yang revise menelaah sepuas puasnya sendiri, dan memahamkan segalanya sendiri, then bila dah kuasai, baru lah aku berani join study group, dan tukar tukar ilmu. Sebab aku merasakan, bila dah menguasai, baru lah aku bersedia untuk mengajar dan di ajar. Aku tak suka dengan keadaan pergi belajar dalam kumpulan tanpa persiapan apa pun, walaupun aku tahu ada jugak spesis yang join study group kerana mahu mencedok apa yang penting, sekadar menjadikan itu short cut untuk belajar. Well, mungkin diaorang sekadar study smart. Agaknye aku je kot spesis yang cacat.

Al kisah, bila aku dah menyedari yang aku ini adalah spesis yang tak mampu belajar secara berkumpulan, maka aku pun mulalah tak jejakkan kaki ke library, kecuali kalau ingin meminjam buku (selalunya tak pinjam buku pun, amat jarang). Sebab semua buku rujukan, aku beli. And so far di kampus, jika ada buku rujukan utama, itu dah mencukupi. If nak beli buku rujukan lain, terpulang pada budi bicara sendiri. Tapi aku prefer membeli extra buku, untuk dijadikan bahan rujukan. Di pendekkan cerita, sejak semester 2 hingga semester 6, purata satu semester ke library, tak sampai 5 kali rasanya. Berlainan dengan semester 7, seminggu ada lah tiga kali dok ulang alik ke library, tak pun ulang alik ke pusat komputer ( CICT). Semua ni, sebab mahu mencari maklumat, journal, bahan rujukan untuk final year project and also plant design project.

Punya lah jarang aku jejakkan kaki kat sini, sampai kadang-kadang terlupa kata laluan untuk membolehkan aku meminjam buku. Kadang-kadang guna kaedah cuba jaya je tekan tekan password. And la ni, bila dah selalu datang, baru lah aku tahu, journal terletak di aras mana. Buku berkenaan subjek sekian sekian terletak di rak mana, buku buku cerita terletak di bahagian mana, thesis-thesis semua student mengikut fakulti terletak di aras mana. Hehe, BARU LAH AKU TAHU!. Cuma satu je kelemahan aku sepanjang berada di perpustakaan ni, aku tak tahan sangat kena air cond. Dah la suasana dalam perpustakaan ni senyap je, aman dan tenang, tambah dengan faktor aircond, aku akan mudah menguap dan mengantuk. Talk about mengantuk, baru je 30 minit lepas, aku dengar ada orang berdengkur dengan kuat sekali kat bahagian komputer di aras tiga perpustakaan ni =D tidur lena weh.

Ok lah, sekian sahaja kisah aku dan perpustakaan sultanah zanariah. Aku tak sanggup nak menaip banyak sangat sebab aku tahu dah banyak jugak yang aku taip dan aku jugak tahu banyak lagi maklumat yang aku perlu cari, masih tak dijumpai. Weh ayat aku dah terbalik balik dah ni. Sia-sia je belajar bahasa melayu dari darjah satu sampai form five, tunggang langgang dibuatnya. Harap maklum =D

1 Comments:

Blogger Nazmy Mohamed said...

huhu walaupon ayat sdkit tunggang langgang ttpi maseh difahami oleh manusia...

1:55 AM  

Post a Comment

<< Home