Wednesday, August 09, 2006

Kelas Matematik : Equation of The Day

Huhu, adik adik, hari ini kita belajar satu persamaan matematik tentang kehidupan pelajar terlampau yang amat bahagia di kala ini. Al kisah, di pagi hari, pelajar terlampau itu telah ke kelas, dan sepanjang satu jam kuliah, pelajar terlampau itu hanya mendengar presentation dari dua buah kumpulan tentang biological reaction. Dan selepas itu, dia tak berapa menumpukan perhatian dalam kelas, sebab dia dok sibuk membaca surat kabar kepunyaan encik P (coursemate yang dok sebelah dia). Setelah tamat kelas, pelajar terlampau ini telah membawa haluannya ke satu bangunan yang diberi nama P15, bagi membuat pembayaran wireless internet account. Setelah settle pembayaran itu, beliau menguruskan pembayaran segala yuran pendaftaran workshop workshop yang bakal dihadirinya ( iaitu sabtu ni, and 26-27 august, but the one yang berlangsung on 19-20 august xdan nak bayar, dah full). Kemudiannya beliau telah pergi ke pasar, membeli barang-barang keperluan rumah untuk adegan masak memasak, dan seterusnya ke kedai runcit, untuk membeli batu lesung dan tong gas. Pulang dari kedai runcit, cepat cepat mengemas rumah, sebab mamak kedai runcit akan datang membawa tong gas. Dan sementara menunggu mamak itu datang, beliau telah mencuba-cuba melayari internet. Dan alhamdulillah berjaya, walaupun connection agak lambat je, sebab server tanggung the whole area campus, tapi tak kisah, janji leh cari maklumat kat meja ni. Dan beliau merasakan, mulai detik ini, hidup beliau akan terisi dan ternyata lebih bermakna dengan kehadiran dua benda penting, iaitu tong gas dan internet connection =) So adik adik, persamaan matematik yang akan kita pelajari pada hari ini adalah
Tong Gas + Wireless Internet Connection = Pelajar Terlampau Yang Bahagia =)
Hehe, housemate aku tengah sibuk memasak. Menggoreng mihun je. Itu hanya permulaan. Banyak nye menu menu pilihan yang dah beratur di kepala. Oh how i wish ada peti ais je dlm umah ni. Tak mampu nak beli satu. Sapa mahu pinjamkan peti ais? hehehehe hubungi saya ASAP mwah!

1 Comments:

Blogger Nazmy Mohamed said...

stove dah ader,tong gas dah ada,so saya nk oder eskrem goreng sama gado2 hahaha

11:59 PM  

Post a Comment

<< Home