Sunday, August 06, 2006

Perpustakaan & Aku

Ok. Ini sambungan posting aku berkenaan hidup aku bersama perpustakaan sultanah zanariah tercinta tu. Petang tadi, right after aku update blog aku. Aku pun menyambung perjuangan mengorek isi perut perpustakaan kan? Al kisah, aku dok menatap pc, dan mencari maklumat maklumat yang aku berkenan di hati. And bila selepas hampir dua jam lebih menghampiri tiga jam aku mengadap maklumat maklumat yang berjaya memuaskan hati aku, aku pun berniat nak savekan ke dalam pendrive. Malangnya, bila nak transfer, ada sedikit masalah berlaku. And guess what? Dalam pendrive takde ape ape file, and di desktop pc tercinta tu pun takde file file aku. Mana pegi weh? Dua jam lebih aku mencari. Mana pegi? Recycle Bin takdak. Aku pun tak tahu nak cari celah mana. Dah pulak tu, aku ada hal nak kena kejar masa. Mana ilang semua file tu weh? Tak pepasal berapi berasap aku dibuatnya di depan komputer tu. Aku tersasul sebut perkataan "bodoh" terkuat sedikit di dalam perpustakaan sampaikan budak lelaki sebelah aku memandang aku dengan muka terkejut. Dan itu la jawapan mengapa pada waktu dan ketika ini, aku berada di cc taman universiti. TERIMA KASIH PSZ

0 Comments:

Post a Comment

<< Home