Saturday, October 28, 2006

Operasi

Well, memandangkan kakngoh dah pulang, kami mempunyai operasi mencari makan malam di luar. Operasi yang bermula pukul 8pm ini disertai oleh kaklong gak. We went to Payung Skudai, but unfortunately, kedai makan tu masih tak bukak. So kitaorang headed ke Taman Universiti lak. Pun pening kepala dok tengok kedai kedai makan tak bukak lagi. Alamatnye kami terpaksa pergi ke Jusco Taman U.

Masuk jer Jusco tu, kami terus ke Sedap Corner, tapi ada function lak, so diaorang tak entertain sebarang order dari luar. Kampet betul la. Lenkali letak la board ke ape ke kat depan tulis ada function. Then kami ke foodcourt jusco tu, cuma ada dua menu je dan tak menarik hati langsung. And then kami pegi upstairs and try to intai apa yang ada. Alih alih lalu depan kedai kasut VISS, and kakngoh berkenan lama dah dengan satu sandal ni, and dia terus beli tanpa banyak pk. Aku lak sambil sambil dok intai handbag.

Pas tu kami decide pi makan kat Ayamas je la. Aku dgn kaklong cekau set A (chicken rice with black pepper chicken), kakngoh cekau noodles with black pepper chicken. Selesai makan kami pun ke kedai yang jual handbag, aku teringin nak tengok sebab ternampak ada tulis 70% less huhu. Pas tu intai punye intai, aku tak berkenan. So terus kami ke kedai music kat sebelah tu, haha, kat situ aku berjaya melaburkan duit raya aku. Aku beli cd citer indon, Lovely Luna. Nanti nanti la aku tengok. Malam ni tak boleh, nak buat kerja sket.

Korang nampak kan? Part nak beli kasut nak beli handbag, punyeeeee la bezaman aku amik masa nak survey and cari yang berkenan di hati, tapi bila masuk kedai cd je, rosak akidah aku. Terpesong segala niat. Aku seolah olah kena pukau je, dok senang je keluarkan duit beli cd. Bezanya tadi, aku beli yg original hehe. Kebiasaannya aku sokong cetak lompak je hahaha =)

Okies la. Mau membuat sedikit kerja. Mwah

:+:CikPayung:+:

1 Comments:

Blogger Azhar Ahmad said...

Hahhahahah, beraya sakan nampak....

3:35 PM  

Post a Comment

<< Home