Saturday, November 25, 2006

Konvo

Ada apa dengan konvo? Aku belum pernah merasai apa itu konvokesyen. Sepanjang hidup aku, aku cuma pernah pergi ke majlis konvokesyen akak aku dan majlis konvokesyen abang aku. Erm itu pun, sekadar duduk di luar. Memandang ke tv kecik/skrin besaq. Aku takde perasaan sangat nak pergi ke konvokesyen orang ni. Melainkan teruja nak ke pesta konvo. Yerla, sepanjang pengalaman aku dok utm ni, and sepanjang pengalaman menyemakkan diri di pesta konvo ukm, aku dpt katakan aku mmg suka suasana pesta konvo. Ada gerai gerai makan, gerai tudung, gerai kasut, jual kereta pun ada. Meriah. Erm, and now, utm akan mengadakan majlis konvo bagi kolej kolej yg wat twinning program dgn utm. So aku berkesempatan melihat suasana keadaan graduan graduan berkumpul, beratus uruskan pendaftaran, mengambil jubah, menempah gambar etc. Terpancar wajah excited, wajah gembira kat muka masing masing. Itu lah masanya bertemu semula dengan kengkawan yg sekian lama tak jumpa. Bertanya khabar, berkongsi cerita. Sampaikan becerita seharian pun tak habis habis. Masing masing datang bersama keluarga. Mak, ayah, nenek, makcik, pakcik, abang, akak, adik, anak buah, pendek kata, sebolehnya kesemua ahli keluarga turut serta berkongsi kegembiraan di hari besar mereka. Ibu yang tua, jalan terjengkot jengkot, perlahan, menyusuri jalan, yg kalanya berbukit, ada kalanya lurus, landai. Sanggup berjalan jauh, semata mata nak melihat segala urusan anak, selesai dgn baik, tanpa sebarang masalah. Sangguh berjalan jauh, semata mata nak melihat anak menjalani raptai. Tetap menanti dengan penuh perasaan gembira walaupun giliran anaknya di pentas ialah yang ke 785. Aku sedikit tersentuh, dan aku menumpang gembira. Kini aku mulai faham, kesan dan ertinya sebuah konvokesyen. Bukan sekadar gulungan ijazah, bukan sekadar tradisi dan protokol. Ia mampu mengukirkan senyuman di wajah seorang ibu, juga pada masa yang sama, menitiskan air mata seorang ibu. Konvokesyen itu, pembawa rahmat dan kegembiraan kepada seisi keluarga. Ia simbol kepada harapan ibu dan ayah yg penat membesar dan berjuang utk memberikan yg terbaik kepada kita. Sebenarnya, hari konvokesyen bukanlah hari besar buat graduan, tetapi sebenarnya hari besar buat ibu dan ayah. Kepada yang bakal menjalani konvokesyen sepanjang hari sabtu, tahniah, kerana berjaya membahagiakan ibu dan ayah anda, dan tidak persiakan harapan yg dititipkan mereka ke atas kamu kamu sekalian. Tahniah =)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home