Wednesday, November 15, 2006

Mama Oh Mama

Petang tadi bagi mengisi rasa kesangapan tahap dewa, aku telah menelefon mama. Tak lama la, for 15 minutes only. Tapi perbualan yang sangat sangat best =D Mama memberi pelbagai pesanan penaja. Dia pesan aku belajar sungguh sungguh, and jangan lupa mencari bf. Dia kata aku ni makin lama makin tua, kang tak laku. Pastu dia kata, if lambat sangat cari, nanti susah, sebab tak berapa kenal hati budi, kang esok lusa memacam masalah. Lagi elok kalau becinta dengan kawan kawan sesama belajar katanya, sebab dah kenal. Huhu! Yessss! Mama memang best. Aku tanye punye tanye, mama kata, tak kisah ape pun latar belakang lelaki tu, janji baik, jujur, ikhlas, boleh tanggung aku and membahagiakan aku. Papa pun pesan yang sama gak, papa suruh berkawan kawan, kenal kenal, and pilih mana yg serasi dgn diri aku ni. Papa nak tengok anak anak dia bahagia. Papa kata tak kisah la mcm mana pun keadaan lelaki tu, janji dapat beri kebahagiaan kepada aku hikhikhik. Ibu bapa mana yg tanak tengok anak bahagia kan? Now I know nilai air mata seorang ayah, bilamana melihat kesengsaraan dan penderitaan anak dengan mata sendiri. Aku merasakan seorang ayah itu tidak sanggup dan tak rela tengok anak menderita, kerana nature ayah itu sendiri adalah untuk melindungi dan provide a good love to anak anak. And papa never fails to do that. Papa just nak tengok aku diserahkan kepada lelaki yang dpt membahagiakan aku huhu. So kekawan, akan bermula lah hunting season aku hikhikhik. Rasa bahagia je =) mungkin sebab dapat berbual dgn mama and citer memacam kot, hehe bahagiaaaa nye rasa. Rindu mama n papa!
:+:CikPayung:+:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home