Sunday, April 29, 2007

Ronggeng SKB

Huhu.Akhirnya exam dah selesai. Gile gaban kami merangka perjalanan untuk berfoya foya.Semuanya boleh dikira sebagai last minute nye aktiviti.Keluar je dari dewan exam, dah tanye soalan kat geng, nak gerak ke mana? Malam ni wajib berfoya foya ni.. So Miss Nassya smsed me, keluarkan pekeliling, meet at Shell near McD skudai kul 5.30pm. Then mana yg available kat situ, gerak buat aktiviti haram. Sampai je kat Shell, tak lama lepas tu, Eka and Nassya nye kereta pun sampai. Total of 10 pompran yg riang ria akan mengaktifkan diri pada malam tu. First kitaorang decided nak pi makan kat stulang laut. Hehe yang best nye tu kan, kereta aku tersesat masuk ke The Zone, kawasan bebas cukai kat stulang tu. Siap masuk ke parking lot bangunan tu, bayar RM3 and then keluar dari area tu (wajib lalu kastam weh). Naseb pakcik kastam tu tak byk songeh suruh turun kete ke ape ke. Sia sia je, niat di hati nak cari parking, terpaksa bayar 3ringgit sebab tersilap belok hehe. Then cari parking kat luar, sbb nak makan kat kedai tepi jln jer.Not bad ha makanan dia. Tapi aku tak lalu sgt la nak makan, sebab kul 3pm aku baru je makan.

After dah selesai makan we went to Danga Bay. Mmg posing mcm orang gila menangkap gambar, melompat lompat dengan tak berhenti kuikui. Seronok sangat tangkap gambar reramai. Mmg akan rindu gile kat dorg nanti.Serious la. Kemudian kami gerakkan diri ke Plaza Angsana, nak main bowling. Tapi ramai la pulak orang. So kami pi karaoke kat dalam box kecik tu, yg pakai token seringgit seringgit tu. Serious best gile. Macam orang gile je karaoke beramai ramai. Bila dah boleh main bowling, kitaorang teruja lagi, sebab kat tempat bowling pun ada karaoke box tu. So asik ulang alik ke bowling and nyanyi karaoke je. Mcm jakun je tak pernah karaoke hehe.

Puas berkaraoke dan berbowling. Kami nak gerak balik utm. Tapi semua dah kebulur, sebab byk bakar kalori dok main bowling and karaoke. So kami singgah ke McD near kidmart. Hehe dok makan makan lagi. Time tu dah kul 12 lebih dah. Abis je makan..gerak la pulang ke teratak. Spt biasa, kena scan kad matrik. Doa la byk byk agar takde surat cinta sampai ke umah. kuikui. Ok la. Poof..

1 Comments:

Blogger Nazmy Mohamed said...

wahwah enjoi sakan yer hehe,rugi x ajak ai sama, i pndai nyanyi lagu m daud kilau aper :p

11:59 PM  

Post a Comment

<< Home