Sunday, July 01, 2007

Yeppa

Huhu sukacita dimaklumkan, tadi aku menonton citer Transformers. Sangat la best. Terima kaseh kepada bang tomen kerana membelanja tiket wayang. Tak sangka citer transformers tu leh difilemkan tahap gitu. Sangat kagum, sangat teruja. Mcm jakun je kat dalam wayang tadi =D dok tengok kat tgv one utama. Dah la aku lupa abis ceruk bangunan mana tgv tu, naseb baik tepon kawan utk confirmkan tgv kat bangunan lama or baru. Itu satu hal. Lebuhraya damansara puchong nak ke arah one utama tu lak satu hal. Parking lagi la lapan macam hal. Giler lama dok pusing cari parking. Alhamdulillah, dpt jugak tengok. Kepada mereka mereka di luar sana, tak rugi tengok Transformers, pasti mengembalikan anda ke zaman kegemilangan anda yang penuh ingus pelbagai kaler itu =)

Tomorrow gue mahu pergi ke umah maksu. Then dari puncak alam, gue akan gerak terus ke shah alam utk naik bus ke jb pada pukul 3 petang. Merantau aje lah aku ni di dalam bas. Leh jadi duta pengangkutan awam semenanjung hehe. Harap selamat sampai. Kampus pastinya dah penuh bebudak baru. Hehe tak sabarnye nak melabuhkan pandangan ke atas adik adik junior aku. Mesti meriah. La la la. Terkenang zaman tahun satu dulu.

2 Comments:

Blogger Nazmy Mohamed said...

transformers..more than meets the eye,autobots bla bla bla destroy the evil forces of de decepticons....maseh trkenang theme song dia,thn 80an aku x akn miss ari rabu 5.30 ptg hehehe...x tgk lg tp akn tgk tataw bila...thnx 4 de childhood memories

11:44 PM  
Blogger superunknown said...

aku fanatik transformers sampai donlod balik segala episod dlm hard disk aku. tp bila aku tgk poster movie, aku tgk rupa autobots dgn decepticons mcm lain sgt, so agak terpotong selera aku. tp ko ckp best mebe aku gi tgk lah. dh abis cuti ke dh ke jb, cepatnya. take care dewi.

1:26 PM  

Post a Comment

<< Home