The Good Old Days
Kebelakangan ini, aku berkesempatan untuk menjejak kaseh dengan kenalan lama. Pertamanya, kenalan irc aku sejak form two dahulu. Kini sudah bekerja di petronas. Aku dpt jejak melalui kawan skolah aku. Kemudiannya, seorang akak yang dahulunya merupakan jiran di lorong umah aku. Seingat aku, sewaktu aku form two mungkin, atau form one, keluarga akak itu berpindah ke negeri lain. Semenjak itu, tiada perkhabaran dari keluarga mereka. Aku berjaya menjejaki dan mengenali akak itu melalui group sekolah menengah aku. Tak sangka kemudahan teknologi ini begitu memudahkan idup. Dapat menjalinkan hubungan yang sudah jauh lama terputus. Terbaru, mlm ini, akaun friendster ku di sapa oleh seorang lelaki. Yang mana bila aku cek connection di antara aku dan dia, kami dihubungkan pada sekolah yang sama. Pastinya senior aku. Sekali pandang gambarnya, aku sudah kenal, dia adalah abg senior yang menjadi org kuat kadet remaja sekolah aku semasa aku form one. Yerp, it was indeed, a long long time ago nye story mory ni. The last time i met him was back in year 2003. Dia tegur aku di depan hostel sewaktu aku matriks di bangi. Dia kenal aku time tu, mgkin sbb aku tak jauh berubah. Aku sgt gembira, dpt berhubung semula dengan kenalan lama. Walaupun tak begitu rapat di waktu lepas, tapi usaha boleh dilakukan utk rapat sekarang kan?
Berkesempatan juga utk beryahoo msger dengan teman lama. Yang sangat lama. Setiap kali aku berkesempatan berbual dengan dia, hanya perasaan ini yang aku rasa, gembira dan bahagia. Mungkin kerana terlalu banyak perkara telah dikongsi bersama. Segalanya rasa mudah dan senang. Walaupun masing masing dah besar, tetapi bila kami besama sama mengenang kembali detik detik dulu, rasa seperti baru je jadi. Masih segar dlm ruang kepala. Emosinya sedikit terasa. Walau ape pun yg terjadi, suatu yg pasti ialah, aku rasa gembira dan bahagia dengan perjalanan hidup aku seadanya. Perkara yang lepas, walau ada detik pahit dan suramnya, semua itu bertukar menjadi manis dan bahan yang mampu mengukir senyuman aku untuk aku lalui idup sehari harian. Harap sangat persahabatan yang dijalinkan dengan sesiapa ini akan dpt bertahan untuk tempoh yang lama.
Aku gembira. Hubungan bertaut kembali.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home