Friday, August 10, 2007

Sampah dan RM3

Hari ni hari jumaat. Ada pasar malam. Tapi aku gerak dari fakulti agak lewat. Few minutes sebelum pukul 5pm, ada budak nak guna peralatan di dalam makmal aku. Nak tanak, terpaksa tunggu dia abis guna, baru la aku leh kunci bilik tu. Kiranya aku gerak menuju pasar malam, agak agak sekitar 5.30pm la. Tapi banyak pit stop aku. Singgah maybank, shopping di jusco. Sampai ke pasar malam nye pun dah kul 6.45pm.
Al kisah. Seperti biasa, aku akan benti membeli di kedai yg jual ayam goreng, and aku akan mintak bungkus nasi goreng beserta sambal extra extra super extra.Then aku akan gerak mencuci mata melihat apa yg orang jual, melihat gelagat orang membeli, tak kurang melihat gelagat kanak kanak riang di pasar mlm tu. Dok jejalan, aku rasa haus sgt, aku beli la air. Kongsi minum air dgn kawan aku, and bila kehabisan air, of course la aku nak membuang bekas air tu kan.
SEPANJANG PERJALANAN aku mencari tong sampah. Tidak ketemu. To no avail la.. Punye la aku musykil. Cemana nak buang sampah ni. Takkan nak baling. Huh, membaling sampah merata rata is a big no no for me. Paling koman pun aku buang tisu je ke dalam longkang, tu pun kalau dah takde poket nak sumbat mende alah tu. Isunye di sini, aku nak sgt buang sampah tu ke dalam tong, tapi tiada tong yg available. Sampai penghujung jalan aku dok peganggggg la bekas air tu, hoping to find tempat yg agak proper utk buang sampah. Tiba tiba mata aku terpikat dgn kain yg dijual di pasar malam. Punye usha punye usha, last last aku beli. Tu pun wati bayarkan, sebab aku tak cukup duit hehe. Dah takde duit pun boleh lagi nak shopping itu ini. Aku nak jadikan tu baju raya. Walaupun serba itam, tapi ok la. Aku mmg suka itam. Then masa tengah nak pilih and bayar tu, ada satu lelaki ni datang kat stall tu, and bagi resit RM3 pada penjual kain tu. And penjual kain tu pun bayar la tiga hengget.
Aku eran gak. Takkan bayar tapak gerai tiga hengget je. Tapi tak pedulik sgt la, bukan hal aku pun. So bila dah bayar, aku tanye la, ada tong sampah tak. Penjual tu kata, takdak. Dia suruh aku buang je memana. Buang je merata rata. Aku terkejut la. Kenapa? Kenapa tak buang ke dlm tong sampah? Dia kata, sebab dia and semua penjual kat situ dah bayar RM3 kat pihak tu utk settlekan sampah yang takpe dibuang merata rata tu. Aku mcm terkejot sgt sgt la. Tak puas hati pun ada. Just because ko bayar RM3, then it's ok baling je segala gala kat merata rata. Orang lain leh kutip ek? Sepatut patutnye, bayar tetap bayar, utk persekitaran yg lebih baik. Tapi sediakanlah tempat buang sampah yg proper, so that orang nampak kat mana leh dicampakkan sampah tu.
Sepanjang pasar malam tu, tiada satu pun tong sampah yg berjaya mata aku nampak. Unlike pasar malam di taiwan, setiap 15 langkah normal aku ni, aku akan jumpe tong sampah besar di tengah tengah laluan pembeli pembeli. And pasar malam dia bersih giler. Semua orang membuang sampah di dalam tong sampah. Why? sebab dah ada kemudahan tu, so diaorang guna, campur lagi dengan penguatkuasaan kesalahan membuang sampah merata rata, membuatkan semua tu lebih komited dalam menjaga persekitaran.
Jadinya di sini. Relevenkah RM3 dijadikan alasan utk membolehkan orang buang sampah merata rata? bukankah kita diseru utk melakukan perkara yg betul, menjaga alam sekitar. Hadei. Civic minded sangat la di dasar jurang mariana. Mentaliti masih ngeng ngeng. Camne la nak selamatkan bumi yang amat tua ni. Hadoi hadoi

2 Comments:

Blogger Nazmy Mohamed said...

...same goes with pasar mlm&pekan sehari in kedah, no rubbish bin provided...no choice but to throw it on the ground...pity to all malaysians la kan..wat to do, ini sikap+minda 3rd klas masih terpahat dalam kpala...btw wat happend to the bkas ayaq dat ure carrying dat evening?kmanakah hala tuju nya-ke tanah kah, ke tong sampahkah...:p

10:33 PM  
Blogger :+:CikPayung:+: said...

=) bekas air itu selamat dibuang di dalam tong sampah ghumah..harap maklum..jauh betul bekas air tu travel..last last masuk tong sampah umah gak hihi

11:07 PM  

Post a Comment

<< Home