Sunday, September 30, 2007

Mimpi

Hari ni aku bermimpi. Kisah agak pelik. Semalam pun aku ada mimpi gak. Kisah yang pelik jugak. Tapi kedua dua mimpi ni tak berkaitan. Dan alhamdulillah aku tak pernah mimpi perkara yang sama berulang ulang kali.
Mimpi malam tadi.
Aku mimpi aku bekerja dan ditempatkan satu department dgn Karpal Singh. Dia treat aku agak dingin, selalu cari silap aku, tapi tak pernah la nak marah tak tentu hala. Orang opis kata aku beruntung sebab tak pernah kena hambur dgn dia, orang orang lain semua kena hambur kaw kaw. Tup tap, tetiba muncul adegan gelak ketawa antara aku dgn dia di taman. Macam romentik lain mcm jer. Tak sempat nak ke adegan lain, aku dah terbangun dari tidur. Terkejut agaknye dengan mimpi pelik. Aku bercinta dgn Karpal Singh? Haha ouhhh tidakkkkk.
Mimpi semalam.
Agak sadis. Aku bermimpikan Anuar Zain. Kunun kunun di kemuncak kejayaan dia, dia menghidapi penyakit yang agak kronik. Gangren Otak. Tahap kritikal sehinggakan dia nampak kurang bermaya dan keadaan dia semakin teruk. Hinggakan di press conference, dia mengucapkan selamat tinggal pada semua, memohon agar semua doakan kesejahteraan dia. Sadis woo. Tak sempat nak feeling ape ape, aku dah terjaga. Pas tu aku terpikir, wujud ke penyakit gangren otak ni? Aku tak cek lagi kewujudannye. Tapi aku dapat merasakan, nama penyakit tu main belasah je muncul dalam mimpi aku.
MORAL VALUE: jaga waktu tidur anda. jgn bangun lewat hari menghampiri tengahari kwang kwang.

3 Comments:

Blogger beingwan said...

hehe. funny la baby ni. tak kering gusi membaca. tapi jelesi melanda sbb mcm baby tak mimpikan niga dah. sob3. anuar zain tu leh trima la tapi karpal singh????? ahhh gangren otak ini

10:46 PM  
Blogger kakok said...

nana...adeh nsb mimpi karpal singh, klu mimpi si nigerian tu cmne??? baby...hawhawhaw... eh malas la nak bc jurnal!!!!!

12:15 AM  
Blogger :+:CikPayung:+: said...

beingwan: huhu gangren otak reramai jom haha..

kakok: =D tamo la mimpi ekeh.. sadis tul

12:18 PM  

Post a Comment

<< Home