Monday, October 01, 2007

Raya!

Housemate aku dah balik raya. Su namanya. Dah selamat tiba di kampung halaman di utara semenanjung pada hari Sabtu lepas. Wohoho gue ngak puas hati. Tinggallah aku brsama kakok tercinta je di rumah =D romentik romentik.

Mama suruh balik awal. Buat kuih raya. Berkobar aih nak bakar kueh and kek dengan oven yang baru. Haha lebih kepada jakun sebenarnya uhuks. Dah berzaman lamanya rumah tidak mempunyai oven. Selepas ubahsuai dapur, oven lama itu tidak digantikan dengan oven baru, so tiadalah oven di dapur bukan sekian lamanya.

Geng KJ dah atur majlis berbuka puasa. Di KL Executive Residence, bangunan yang terletak berhadapan dengan Mid Valley Megamall. Tak sabar aku nak jumpa diaorang gak. Masing masing akan membawa partner memasing kot. Sebab ami msg and suruh inform if nak bawa partner, kena inform lebih awal. Huhu solo molo la aku gamaknye. Tapi tak kesah la, janji dapat berkumpul.

Pesanan Penaja: Sesiapa yang bakal pulang ke kampung halaman, atau mungkin travel di atas jalanraya , sila lah memandu dengan berhemah. Check engine and kondisi kurita kuda anda, serbis apa yg patut. And have a safe journey la ek.

1 Comments:

Blogger kakok said...

nana...romentik2 ke...hihihi. blk buat kuih rye byk2, kte kan nk buat open house konon2 nye blk jhr nnti.

1:07 AM  

Post a Comment

<< Home