Sunday, October 21, 2007

Selamat Hari Raya

Aku sudah pulang dari bercuti menyambut Syawal. Tiba di sini lewat tengahari semalam (Sabtu). Syawal kali ini disambut sederhana seperti tahun-tahun yang lepas. Secara ringkas, sebahagian besar masa raya aku dihabiskan di atas jalanraya.

Pagi raya pertama, kami gerak ke Manjoi, Ipoh dari Kelana Jaya. Selepas solat sunat dan bersalaman, gerak ke Kg Pasir Puteh untuk ziarah kubur arwah makngah dan arwak pakngah. Tu pun sejam setengah tersesat ntah ke mana. Lepas tu kami ke Kg Pasir Panjang Laot di Sitiawan yang memakan masa sejam setengah juga. Ziarah ke kubur arwah tok ayah dan rumah sedara mara yang masih tinggal di situ. Dan kami kemudiannya gerak ke Kuala Kangsar untuk bermalam di rumah pakngah Sahak (abgngah mama).

Tengahari raya kedua, bersiap siap untuk gerak ke Bercham, makcik Yati buat open house. Sekitar pukul 4 petang kami gerak ke Melaka. Setibanya di Melaka, salam nenek dan berbual dengan saudara mara.

Keesokan hari, masa dihabiskan di depan tv. Belah malam pula menziarah rumah maklong dan paklong.

Raya ke empat, masa dihabiskan di dalam rumah nenek. Tengok tv, tidur, baca buku, selongkar majalah dan tidur. Selepas Isyak, gerak pulang ke PJ.

Raya aku dah tak semeriah raya di zaman kanak-kanak. Barangkali kerana banyak perkara bermain di fikiran, tidak seperti dulu, ingusan. Banyak juga insiden menarik dan tak menarik yang berlaku. Ape ape pun, beberapa perkara yang aku mahu senaraikan, untuk dikongsi bersama.

1. Rajin2 tunjuk muka pada saudara mara, jika tidak, ramai yang mungkin tidak mengenali kamu (especially askar askar kenit merangkap sepupu/anak buah kamu). Ramai kezen aku yg cinonet tidak mengenali aku, dan ada juga makcik aku yang tidak mampu cam aku.
2. Berhati2 bila memakan juadah raya, kerana kebanyakkan agak terdedah saja di atas meja. Jika tidak bernasib baik, kamu bakal diserang sakit perut tahap gaban. Yer, raya pertama je aku dah selamat keluar masuk lebih 10 kali di tandas.
3. Harus bijak pancing undi. Kalau tak bijak, tak dapatlah duit raya. Mimik muka perlu diadjust agar memancarkan sinar muka seposen. InsyaAllah kamu dapat la satu dua duit raya daripada mereka yang sudi. Yer, aku dapat duit raya. Dari beberapa orang sahaja. Tapi itu dah cukup membahagiakan. Ada jugak yg masih sudi bagi duit raya ihiks.
4. Peluang yang ada, harus dicekau tanpa was-was. Jika tidak, nyesal dan kempunan tak sudah. YER, aku sangat kempunankan rendang mak aku. Kali ni dia tak masak rendang, dan tak sempat aku nak rasa. Haih. Harap harap cuti deepavali sempat la aku paksa mama buat rendang.
5. Raya sekarang dah tak sama macam dulu. Itu memang sangat dirasai. Walaupun kemeriahan ada, tapi berbeda rasanya. Hambar pun ada jugak, mungkin sebab dah tak boleh nak serang rumah ntah sape sape, hunting for duit raya. Atau mungkin, aku je yang tak letak effort lebih untuk memeriahkan raya aku. Apa apa pun, syukur masih dapat menyambut raya dengan keluarga terchenta.

Akhir kata, salam Aidilfitri, mahap zahir dan batin.

4 Comments:

Blogger kakok said...

slmt hari raya nana. sori ade salah silap sepanjang kte kenal..hehehe!! ampun ye mama. skrg nih menghitung hari nak blk raya haji plak :p

8:33 PM  
Blogger :+:CikPayung:+: said...

ihiks.. oh anak gue..mama mohon ampun mahap gak atas salah silap..keterlanjuran kata kata atau perbuatan,samada sedar tak sedar, dalam emosi or luar emosi.. =)

6:18 PM  
Blogger superunknown said...

dikala baby penat di atas jalan, kanda penat menyorok dalam rumah memerap. penat la sgt kan. selamat kembali berstudy. awas, kerenah sang niga dan sang baiya muncul semula .

6:36 PM  
Blogger Nazmy Mohamed said...

slamat kontinew stady,slamat bz kmbali...& slamat mlarikan diri dari bilek siswazah...lagi!!!! :p

4:23 PM  

Post a Comment

<< Home