Tuesday, November 06, 2007

Apa Yang Terjadi

Macam macam. Ya, macam macam yang berlaku dalam tempoh beberapa hari lepas.

Sabtu (3 November 2007)
Kami serumah mengadakan open house aidilfitri. Agak ramai yang dijemput hadir, kebanyakannya ialah student postgraduate dari makmal-makmal di sekitar fakulti. Ada juga juniors yang rapat2 dijemput untuk memeriahkan lagi majlis di rumah kami. Ini kali pertama mengadakan open house dan memainkan peranan sebagai tuan rumah dan orang kuat majlis. Open house dianjurkan dari kul 2ptg hingga 5ptg. Dan antara menu yang kami sediakan ialah mihun soto, rendang ayam, nasi himpit beserta kuah kacang, spaghetti dan juga mihun goreng. Tak dilupakan juga puding resepi memek =D kuih-kuih raya yang kami bawakan dari kampung halaman pun dan nampak la luak, kalau idak dok atas meja tak tersentuh sgt. Syukur, segalanya berlangsung dengan baik. Tetamu pun ramai. Seronok sgt! Ada rezeki, buat makan-makan lagi hehehe...

Ahad (4 November 2007)
Acara harian dimulakan dengan bertandang ke rumah Dr Ida (yatot nye supervisor). Dr Ida tinggal tak jauh dari rumah kami. Kami di Jalan Utama 5, dia di Jalan Utama 19. Open house Dr Ida berlangsung sederhana (mgkin time kami tiba tu, bukan waktu kemuncak kot). Makan mihun soto (nyum nyum). Kemudian selesai makan makan, kami gerak ke Jusco Tebrau untuk menonton wayang. Yerp. Cerita yang berjaya menjadi tatapan kami pada hari Ahad lepas ialah Hati Malaya dan juga 30 days of night. Overall, citer hati malaya berjaya menempa tempat di hati patik. Somehow, bagi aku yang sangat sengal di dalam subject sejarah, aku sangat rasa berminat untuk menonton dan mengambil tahu ttg apa yg berlaku di zaman tok nenek kita berjuang mendapatkan kemerdekaan. Sangat terharu, dan sendiri rasa malu dgn diri sendiri kerana sebelum ni tak begitu teruja dgn subject sejarah, sedangkan subject itu sebenarnya mencerminkan asal usul dan sakit perih tok moyang kita dedolu. As for citer 30 days of night, aku rasa ni lah citer yang vampire nye tak mengghairahkan aku (underworld nye vampire lagi best, sbb seksi dan ala ala model tampan kacak jelita bergaya). Tapi ape ape pun, cerita dia berjaya buat aku terkejut terkejut, nasib baik ada pashmina, sempat la aku tekup mulut aku sendiri daripada terlepas jerit. Haha. Seronot seronot. Ada rezeki, mau nonton lagi. Hehe baru je minggu lepas aku nonton Resident Evil kwang kwang.

Isnin (5 November 2007)
Tak banyak perkara berlaku. Except for makhluk penduga mental emosi aku masih membuat kacau, tapi sudah nampak dia macam berhati hati nak approach aku. Tapi tetap jugak berniat murni nak menggunakan aku walaupun kali ini dilakukan dengan cara yang jauh lebih sopan hehe. Mampos dia la. Aku tak janji pun nak tolong dia buat kerja dia tu, aku cakap tengok dulu, tu je. Ada 37 sampel dia yang dia suruh aku buat test. Satu sampel amik masa 30 menet. So just imagine dia nak suruh aku bertapak kat dlm makmal polimer tu berapa hari. Suka suki dia je. Kampet. Ada masa sekian berzaman, orang lain dok sibuk ke makmal dari pagi sampai petang, dia lak terhegeh hegeh datang makmal kul 4 petang pas tu baru nak buat keje. La ni bila thesis dia kena submit 28 disember, banyak data dia tak siap, sebab memacam test tak buat, terhegeh hegeh menempek kat makmal sejak pagi. Supervisor pun dah nak amukan puaka dok tuntut draft thesis, tak complete complete lagi. Agaknya, dia tau dah tak menang tangan nak siapkan itu ini, sebab testing tu makan berhari hari, maka dia gunakan teknik rebonding dia utk suruh orang lain jadi pak turut dia, bijak kan orang yg bakal bergelar Dr. ni? Siap janji nak buatkan proposal, bagi itu bagi ini kat aku. Aku tak faham tul, memacam nak sogok aku. Biar lah dia, malas aku nak amik peduli. Esok lusa dia akan gunakan aku lagi, dah mmg spesis kejadian cam gitu, takleh nak buat ape dah. Anyway, dia akan dok mesia lagi 6 bulan, so i guess aku kena tabahkan hati dan buat muka ketat selalu di depan dia selama 6 bulan haha =D


4 Comments:

Blogger superunknown said...

sabtu: wow masih semangat beropen haus. perut jgn sampai meletup ya.

ahad: resident evil, kim salam mira sorvino.

isnin: kill kill. die die.

12:56 AM  
Blogger :+:CikPayung:+: said...

abewan : haaaa kak mila jovovich (ntah betul ntah idak eja surname dia ni)..bukan kak mira la bang hehehe

=D yeayyy kill kill killl...die die die

10:25 AM  
Blogger kakok said...

nana..lately byk benda sgt yg nak disetelkan..tp mood nak bekerja and setelkan semua nih, momentum semua ntah hilang ke mana?? letih la cmni and SERABUT!!

3:32 AM  
Blogger :+:CikPayung:+: said...

kakok : sabar kakok.. nana pun rasa gitu..kenapa eh, focus and momentum tak spt masa kita degree dulu.. mcm ntah... ape pasal ntah.. takpe..kita cuba usaha yg terbaik k =) mwah...

7:09 AM  

Post a Comment

<< Home