Thursday, November 01, 2007

Drastic Fantastic

Finally! Berjaya mendapatkan keseluruhan lagu lagu album terbaru dari kak KT Tunstall =) and yang paling best ialah berjaya mendapatkan lagu dari album Acoustic Extravaganza. Puas hati dengar. She's very talented. Sangat menyukai lagunya. Yeppa!

These past few days aku mengalami tekanan tekiri yang agak hebat. Gara gara makhluk penduga mental emosi di makmal. Sekali lagi dia buat perangai hampes dia. Arahan yang diberi agak straightforward, kami diminta duduk and berbincang bersama over this one project la. Aku dah arrange kul brapa kat mana kena berkumpul and bincang. Lepas bincang finalize paper and submit pada supervisor. Buat sesama je la kan? Alih alih pepagi tadi, while waiting for others to come and dok berbincang seperti yang dijanjikan, supervisor call aku, dia cakap dia dah terima paper tu. Paper tu telah diemailkan oleh makhluk penduga mental emosi aku tu tanpa pengetahuan ahli kumpulan lain. Rupa-rupanya secara diam-diam, dia buat paper tu sorg-sorg, and submit pada supervisor and letak nama dia n supervisor sorg je. The funny part ialah, bila aku kontek utk confirmkan kul baper and dimana untuk bincang semalam, dia tak cakap lak dia dah submit mende alah tu kat supervisor (padahal time tu dia dah slamat submit!). And bila aku call dia (dia bukan jenis yang menepati masa), dia cakap dia on the way utk discussion tu (again, dia tak mention pun yg dia dah submit paper tu, SEMALAM).

Tapi part yang lagi buat aku lagi sakit jiwa ialah, supervisor takmo baca paper tu, dia suruh aku buat correction pada paper tu, then lepas tu jumpe dia utk finalize paper. Lagi la aku terasa berapi, dah la buat keje blakang tabir tak inform orang lain, nak makan sorg sorg, pas tu tak pepasal aku yg dicampak ke tepi ni jugak yg kena review keje and buat pembetulan paper dia FROM SCRATCH! Dari 200 patah perkataan yang diperlukan, tak sampai 15 perkataan dari paper yg dia buat aku gunakan dalam pembetulan tu. So just imagine la camne aku kena betulkan dari awal sampai akhir tentang keseluruhan proses project tu. Haih. Frust betul keje dengan makhluk perosak sebegitu. Takdak semangat teamwork langsung, reti nak naik sorg sorg je. Naseb ada kawan aku sorang untuk membantu aku tolong kumpulkan and analyze semua data project and extract apa yang patut bersama.

Lagi buat aku tersenyum dengan hati dok rapping agak menyumpah gak la, ialah apabila makhluk perosak mental emosi aku tu melangkah masuk ke makmal dengan muka puas hati giler tengok kami berdua tertonggeng terbalik depan laptop aku, dok cuba utk construct ayat yg menarik dan boombastic utk dimuatkan dalam project paper tu. Itu bukan project kami, so agak sukar utk kami faham and olah dalam cara yang paling ringkas. Muka puas hati dia tu seolah olah gembira melihat gelagat kami yang bertungkus lumus menyiapkan sesuatu yang dia dah terlebih dahulu setelkan diluar pengetahuan kami. Seolah olah dia menonton kami membuat satu keje bodoh. Aku saje tunggu bila dia nak inform kami yg dia dah submit paper tu, malangnya hanya selepas kira kira 30 minit dia jejak kaki dlm makmal tu, baru dia bagitau yang kami tak perlu susah susah buat paper tu, sebab dia dah setelkan semua and dah antarkan kat supervisor. (and dia buat muka bangga and puas hati yang buat aku menyampah gile)

AKHIRNYA. Dia buat pengakuan. The best part ialah, aku cakap kat dia . "Yeah, I know that. And guess what, Dr called me just now, asked me to review ur paper and do what is necessary to correct it" (time ni giliran aku lak yg senyum kat dia, puas hati betul). Lagi aku puas hati bila muka dia berubah giler nak mampos, macam tak percaya apa yg baru dia dengar kot. Pas tu dia cakap kat aku, paper dia tu takde masalah, sebab dah diterima conference kat America. Aku sembur la dia, aku cakap title dia totally menyimpang dari apa yg dah supervisor beritahu.

Aku tahu aku might berkelakuan agak kureng la, macam membalas dendam. Tapi aku cukup geram la dengan dia. Dia tak pernah hormat orang lain. Sangat selfish. Aku tak kisah if dia nak letak nama dia je kat paper tu. Dah memang bertahun tahun dia spend time buat project tu. Aku sedar aku ni baru je join, 5% ilmu pun lom tentu sampai, tapi yg aku tahu, setiap masa aku belajar untuk mengambil tahu. Sentiasa belajar. Bila diberi peluang untuk cuba nasib masuk pertandingan, aku grab the opportunity utk dapatkan pendedahan yang baik utk diri aku. Tak terlintas kunun nak takeover dia. Aku tak sehebat dia pun. Tapi tindakan tindakan dia terhadap aku memang sgt mengecewakan aku. Sebagai student yang bakal bergelar Dr selesai pengajian nanti, dia seharusnya mempunyai integriti yg tinggi, tapi malangnya di mata aku, dia hanya seketul makhluk perosak mental emosi aku. Mengakibatkan aku sentiasa berperang dengan perasaan di dalam makmal. Namun aku belajar untuk buat bodoh dan belajar protect diri dengan pelbagai cara =)

2 Comments:

Blogger kakok said...

nana..sabar eh. jgn tensen2 sgt, org faham and kita semua pun tahu his attitude yg mmg x best lgsg untuk dibuat abah pada anak2 kita nnti..hehehe. menganiaya anak sendiri je nnti.

p/s : sabar dgn segala dugaan and cabaran..sbb dari ini semua kita akan bljr utk menjadi lbh 'dewasa'. kalau rasa nak nangis..malu dgn org..msk bilik air ok :p

apasal lately rasa mcm 'pelik' hah?? adeh..

1:46 PM  
Blogger superunknown said...

makin gampang betul la baiya tu. sbg org teraniaya saya doakan agar selepas ni jika antara kamu dan dia yang mesti, terpaksa dan perlu rasa miserable dlm suatu situasi, atau teraniaya, biarlah org itu dia. amin.

ko terlalu cute dihatiku untuk diperlakukan sebegitu rupa. heh.

4:09 PM  

Post a Comment

<< Home