Wednesday, December 19, 2007

Pokcik Bus Express


Selasa malam, aku tlg antarkan kakok, yatot dan su ke stesen Sri Putri. Depa nak pulang berhari raya di kampung halaman, yakni Kedah. Sejurus lepas aku parking kereta, kelihatan tiga dara pingitan sudah pun melabuhkan bagasi di ceruk tepi stesen minyak Shell. Waiting for the bus. Sambil sambil kami berbual. Tak lama kemudian bus pun tiba. Salam peluk cium dengan dorang then menyaksikan satu persatu menaiki bus. Tapi bus tak gerak-gerak jugak. Tunggu orang agaknya. Tapi lama jugak bus tak gerak. Musykil aku. Kebetulan ada pakcik-pakcik dok sebelah aku,seorang menegur.

Pakcik A
Bertanya kenapa tidak pulang. Banyak berpesan agar menjaga diri, belajar elok elok. Kukuhkan ekonomi dan kemudian baru fikirkan hal kawen. Usah pikir keseronokan duniawi sangat katanya. Juga menyuarakan rasa risau dan bimbang terhadap keruntuhan moral di kalangan remaja melayu. Sangat baik dan sopan bila berbicara dgn aku.

Pakcik B
Ni cikapot sket. Ada ka patut kata kalu belajar tinggi, kawen lewat, dan menyebabkan keruntuhan moral. Sebab bila kawen lewat, dok sakan buat perangai and zina tak tentu hala. By the time kawen, dah tak berapa subur, and ntah ape jadi esok lusa. Aku rasa nak sumpit je dia. Tapi tahan je la. Sengih =D Dia suruh aku belajar sampai abis, pas tu dok dapur, jadi surirumah. Cikapot tak?

Pakcik C
Ini pun mcm pakcik A, sopan dan berlapik bila bercakap. Dia pesan belajar molek molek. Dia tumpang seronok melihat aku belajar. Katanya, senang menjaga anak perempuan. Kalau kena gayanya, tak banyak kerenah, dengar cakap dan menjadi. Aku senyum je =)

So bila agaknye aku kawen ek? Hahaha.Blajo kasi abis. Keje sket, then rancang la masa depan bersama orang yang tersayang. Borang masih ada di kaunter, sape berminat sila beli borang. Huhu. Ayat terpilu tu. Selamat hari raya. Semoga berbahagia disamping keluarga.

Sini aku tempekkan lagu baru dari koleksi local indo indie band aku, The Mon's. Uhuks


3 Comments:

Blogger superunknown said...

teori hamba pada dasarnya pakcik b barangkali lebih hensem dari pakcik a dan c walaupun jelas mereka lebih berbudi bahasa.

borang masih ada? kalau habis yg original print boleh xerox ke? aww.

9:47 PM  
Blogger Yazid Husain said...

ko pergi ke url ini http://circleinspoon.blogspot.com/2007/12/mesin-kira-hantaran.html
untuk kira hantaran berapa. he he he

1:13 AM  
Blogger kakok said...

nana..gi la kelantan dulu bulan 2 nih, gi amek berkat..kekeke :)

p/s : jgn lupa intai2 url yg yazid kasi tu..wati dah try before blk raya haji aritu..wahaha!!

4:07 PM  

Post a Comment

<< Home