Friday, February 29, 2008

Sentuhan Ajaib

Ngeee.. Aku sudah kembali menyentuh barang barang makmal. Sekian lama lebih banyak membaca untuk memantapkan kefahaman dan memperincikan kerja makmal, akhirnya aku mula memerah keringat di makmal. Tapi baru je suam suam, lom panas lagi. Enjin baru nak start =P warming up dulu.

Project aku berkaitan dgn proses penghasilan membran. Membrane ini akan digunakan di dalam separation process, atau lebih khusus, kami akan gunakan membrane ini di dalam wastewater treatment technology, sebagai satu additional steps utk mendapatkan final discharge yg lebih berkualiti (dan menepati standard A atau B yang digariskan oleh DOE).

Labmate aku lebih terjurus ke arah aplikasi membrane ini terhadap wastewater dari kilang kelapa sawit, manakala aku pula (selepas menukar tajuk), lebih kepada mengkaji mechanisma yang terlibat di dalam pembentukan membrane itu sendiri. Lebih kepada theory, calculation, dan mengkaji effect condition terhadap morphologies membrane itu.

Al kisah, semalam aku test power la bikin itu membrane secara manual (untuk pengetahuan, di makmal, penghasilan membrane jenis flat sheet boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu menggunakan casting machine, atau guna kaedah manual). Kaedah manual ni memerlukan tangan yang stabil, untuk kita membuat acuan membrane tu. Malangnya, kelajuan tidak sekata, jadi tak berapa konsisten, and membrane pun tak cantik sgt. Lagi lagi di tangan aku, jadi huduh bebenor. Takpe, memang aku berniat mau familiarkan diri dgn machine machine tu sebelum budak phd tu blah. Kena blaja segala cara utk bikin itu membrane, esok lusa budak undergrad nak guna, at least boleh turunkan ilmu.

Benar, membrane aku huduh bebenor rupanya. Sentuhan ajaib rupanya ngak ada lagi. Barangkali tenggelam bersama titanic. Takpe, usaha tangga kejayaan. Cuba cuba dan cuba lagi huhu. Memandangkan kerja sudah mahu bermula. Aku rasa makmal tu perlu ditambah beberapa benda peribadi, supaya menjadi lebih seronot utk didiami setiap masa hehe. Yeay, mudah mudahan momentum semakin dasat.Korang doakan aku la yek..mwah mwah mwah

12 Comments:

Blogger izzat said...

ada kaitan dengan odour dissoder x?cepat2 lah siapkan penemuan tu..boleh merawat tikus di sungai segget

12:41 AM  
Blogger :+:CikPayung:+: said...

incek herizat : aa odour kah? labmate gue pun ada masalah dgn bau bauan yang sangat best dari palm oil mill effluent.. tapi kebiasaannya, yang paling berkesan utk get rid of bau bauan yang ngak bagus ini, pakai activated carbon dlm system je.. sungai segget ada tikus ka? tikus sungai ke atau tikus mati? hehe

12:46 AM  
Blogger Fairuz said...

banyak sungguh istilah yang aku tak paham. baca komen pon tak paham gak ;p

2:45 AM  
Blogger Yazid Husain said...

bukankan membran telalu halus mcm ko boleh sentuh pulak?

segget, ada hilang odour pakai mikrob la,mikroorganisma dari soil dan food kalu di combine boleh hilangkan bau, act mereka ini kawan baik boleh hidup secara simbiosis. ko read paper Prof Tero Higa

2:56 AM  
Blogger :+:CikPayung:+: said...

fa : hehe awal awal dulu pun aku ngak berapa faham..tapi lepas membaca sampai juling mata..faham la sket sket =)

yazid : adakah maksud kamu, itu effective microorganisms atau nama glamernye EM? Rasanya aritu ada team utm dah test EM ke atas sungai mana ntah.. results agak memberangsangkan.. oh yer, ini bukan biomembrane, ini polymeric membrane..nanti aku tunjukkan bende alah itu di post akan dtg..

9:37 AM  
Blogger kakok said...

nana..sekali dua try cast membrane but tak comei2 jugak, itu biasalah. wati yang dah berbulan bulan ini pun, belum lepas nak clone anak2 kesayangan itu [rasanya nana pun tau kan betapa tertekannya budak yang seorang ini, nak lagi every 3 months ada meeting besar dgn bdk2 uni lain!!]..cuba dan terus mencuba okey? dont give up..

p/s harap2 momentum seperti zaman undergrad dulu muncul kembali :)

raja aku pun tak faham bahasa2 math kamu itu. bahasa math+comp hanya MATLAB sahaja yang aku boleh terima..heh.

7:14 PM  
Blogger Fairuz said...

tak sanggup gue nak julingkan mata semata mata nak pahamkan beberapa perkataan yang aku rasa aku akan jumpa 4 5 kali je seumur hidup ;p

10:48 PM  
Blogger Fairuz said...

kakok..
haha. ekceli itu lah dia. lain lain bidang. memang le susah nak faham ;p

tapi tak taw la lepas ni maybe kite akan bertukar tukar pemahaman istilah pasni disebabkan cross-bidang (;p)

10:57 PM  
Blogger Azhar Ahmad said...

Seronok sungguh kamu buat Master... Saya teringin nak gi wetlab, tapi kat UM je ade....

5:50 AM  
Blogger -fAiZiQ- said...

:+:CikPayung:+:

Untuk pengetahuan kamu, effective microorganisms atau nama glamernye EM masih dalam ujian utk sungai segget. Ada 3 jenis mikrob yg terkandung dalam EM. Ada 3 jenis edisi buku Teruo Higa yg kamu bleh baca.
Saya x lah pakar dlm bab ni, kamu bleh tanya Yazid tentang hal ini.


p/s: masih teringat lg, saya menolong Yazid menghantar tong EM ke sungai segget.

10:38 AM  
Blogger Nazmy Mohamed said...

tumpang laloo, sekadar mncelah yer..EM ada digunakan dalam bdang pertanian cndawan tujuan untuk mmpercepatkan prtumbuhan maisilium dalam beg media, so dpt hrvest dgn lebih cpat.arigato

1:08 AM  
Blogger A t i Q a h said...

wah...nasib baik saya masih simpan background knowledge saya tentang membran, dah 3 tahun tinggalkan terma-terma sebegitu. rindunya duduk di makmal zaman matrik dulu. isk

12:18 AM  

Post a Comment

<< Home