Friday, March 07, 2008

Berita Terkini

1. Aku udah menonton cerita Step Up 2 dan Anak pada minggu lepas. Step Up 2, best giler! Membuatkan aku rasa nak goyang inul je setiap masa. Shake it bebeh ouh yeah. As for cerita Anak, ceritanya biasa aja. Tapi teknik perfilemannya agak berbeda dari yang biasa (ku rujuk pada Yusof Selam dan Razak Mohaideen). Cukup la aku buat statement yang aku suka sgt citer menari nari ni.

2. Aku udah mendapat gaji pertama aku di pusat tusyen yang aku keje part time tu. Kemudian aku diberi tanggungjawab untuk mengajar dua lagi kelas. Total of 4 kelas seminggu aku kena ajar. Mcm-mcm perangai la budak budak ni. Paling senang nak handle ialah kelas Form 1 n kelas communication, sbb rata-rata dah sekolah menengah. Yang sekolah rendah ni bikin kepala aku bingit jugak la. Huru hara. Tapi pelajaran kebanyakkan nya ok. Bila buat kuiz and test, ok je. Ada la beberapa ketul yang aku dpt identify agak lemah dlm subjek yg aku ajar.

Paling aku sedih, ialah bila mendapat tahu ttg seorang student ni. Darjah 3. Melayu. Disekolahkan ke sekolah cina sejak darjah 1 sampai la skrg ni. Mak ayah dia antar dia ke tusyen utk mantapkan bahasa melayu dia. Bila mengajar, aku dapati, dia tak boleh construct ayat sendiri, walaupun aku dah beri isi penting. Dia tiru ayat aku bulat bulat. Then aku rasa mcm dia ni bermasalah sket, so aku suruh dia baca arahan dlm teks tu kepada aku, dia takleh baca. Dlm kepala aku "Alamak, darjah tiga and tak boleh baca, masalah ni!". Tamat sesi membuat karangan bergambar. Ada la kira kira 15 minit masa terluang, aku ambil kesempatan untuk buat sesi mengeja (tujuan utama aku adalah untuk melihat sejauh mana dia boleh mengeja), tapi of course aku terpaksa libatkan budak budak lain.Dia hanya boleh mengeja suku kata yg ada dua huruf (eg susu kaki kuku buku). Kalau bagi bersih, patut, telefon, pinggan mmg lari sungguh bunyi dan ejaan. So banyak masalah utama kat dia ni, masalah membaca, masalah mengeja, masalah tak faham maksud dan masalah nak buat ayat. Jelas sekali, dia agak jauh ketinggalan, erm aku dah inform pengetua, kena selamatkan budak ni menerusi kelas khas. Tengok la cemana. Risau la. Erm i wonder, takkan kat umah mak ayah langsung tak ajar dia baca buku cerita? Bz barangkali

3. Aku udah pulang ke rumah. Atas alasan mahu mengundi. Tapi erm rasa malas pun ada. Lagipun aku tak berapa sihat. Tengok la. Mgkin esok aku gerak dgn family aku, and aku pangkah pangkah apa yg patut. Talk about mengundi. Aku perasan tahun ni agak gaban jugak promosi dan iklan yg BN buat samada menerusi TV, surat kabo, radio dan juga papan papan iklan billboard di tepi jalan (aku perasan sepanjang perjalanan dari johor ke KL). Lom campur banner sana sini, bendera sana sini, poster sana sini, segala jenis risalah yang di antar dari rumah ke rumah. Mungkin sebelum ni aku tak cukup aware, tapi aku terasa mcm kali ni, promosi iklan terlalu gaban. Adakah mgkin kerana pihak tertentu terasa kedudukan agak tergoyah? Maka perlu merancakkan promosi ke tahap yg gaban. And yes, media terlalu biased la. Menyampah nak bukak tv. Ouh yer, talk about media. Just now aku bukak cnn. Ada la sesi interview pembaca berita tu dgn Abg Lah, regarding kes poverty di Msia and hindraf, and also berkenaan 5 yg kena sumbat dlm ISA. Tergezut nye gue melihat cara Abg Lah berhujah dan pertahankan tindakan kerajaan keatas aktivis itu, agak kalut, tak tenang pun and melenting seolah kena sumpit. Herm.. entah la, aku kurang keyakinan kepimpinan dia.

HAHA! Funny je rasa. Last time rasanya aku tak pendulik mende pun pasal politics. Mgkin aku rasa aku tak perlu ambil tahu, and things are doing good je. But right now, aku terasa mcm aku perlu ambil tahu, sbb melibatkan idup aku secara tak langsung. And the fact that during the previous prime minister nye tempoh memimpin, aku masih belum cukup akal utk menilai and mengkritik, aku sekadar menerima seadanya, now aku terasa aku cukup byk memprotes dan mengkondem segala benda yg dibuat hehe. Darah muda yang tak tahu apa apa tentang arena politik agaknya. Sekadar menilai dari pandangan mata kasar. Selamat mengundi kengkawan! Oh yer, undi adalah rahsia. Herm, betul ke? Hehehehehehhe

4 Comments:

Blogger kakok said...

kita sudah besar la..heh :)

kirim salam pada semua eh!

7:15 PM  
Blogger Azhar Ahmad said...

Satu je nasihat saya. Kita mungkin boleh bawa air untuk kuda minum, tapi kita takleh nak paksa kuda tu minum, kalau kuda tu tak nak minum...

11:09 PM  
Blogger Nazmy Mohamed said...

dah besar dh dpt nilai sndiri,mai p lah popaganda mcm ribut skalipon, hati kita tetap pilih yg satu...ssungguhnya yg BATIL akan jatuh jgak akhirnya, yg HAK akan mngambil tmptnya..ini janji Allah dlm kitab sucinya

5:08 PM  
Blogger :+:CikPayung:+: said...

kakok : yaa kita sudah besar.. =) dah leh kawen pun kuikuikui

abg azhar : ya, pernah dengar kata kata ini dari mulut abg azhar. sgt benar =) sy cuba sekadar termampu..

nazmy : yaa..terbukti tepat kata kata incek nazmy =)

1:02 AM  

Post a Comment

<< Home