Saturday, March 15, 2008

Kurita Demam Kepialu

Apa itu kurita? Kurita ialah sepisis bertayar empat yang ada stereng. Kurita berkemampuan menampung minima satu ketul org dan maksima beberapa ketul ikut kesesuaian dan jarak perjalanan. Kurita gue bercop mohor proton di dahi, dan di montotnya terukir nama wira yang indah. Kebelakangan ini, hujan kerap turun dengan lebat. Menyebabkan aku terlantar di rumah, demam, selsema, sakit tekak, batuk. Nak dijadikan cerita, kurita kesayangan buah hati beta juga dilanda demam kepialu. Terpilu sungguh kami serumah dibuatnya. Menumpang kasih di kurita ajaib orang lain.

Mulanya, seminggu sebelum Chinese New Year. Diserang demam denggi. Tak boleh start. Bateri problem katanya. Tukar bateri kereta. A week later, bertarikh 6hb Feb dilanda penyakit pelik. Tapi 'doktor kurita' cuma memberi bateri baru, katanya tak sempat nak buat diagnosis penyakit apa. Tambahnya lagi, bateri tu mampu tahan seminggu, kemudian sila lapor diri ke 'sepital kurita' untuk buat cat scan n mri. 'Doktor kurita' coti Chinese New Year, tu sbb takleh nak rawat kurita yg sakit itu. The next day (doktor kata leh tahan seminggu, ape nye doktor), kurita jatuh koma. So terpaksa panggil doktor kurita dari sepital kurita mutiara rini. Doktor kurita ni melayu, so dia tak cuti on Chinese New Year. Lepas wat full medical checkup, dikenalpasti organ alternator menjadi punca. Maka buat transplant. Kemudian kurita kembali beransur pulih. Alhamdulillah.

Namun, harap panas sepanjang hari, rupanya ribut taufan di tengah hari. Minggu lepas, hari Khamis, kurita diserang sawan. Tak boleh bergerak seperti dahulu. Aku terus la telefon doktor kurita mutiara rini, kemudian doktor bergegas ke rumah ku. Bantuan pernafasan terpaksa diberi pada kurita kesayanganku, kerana batery nya weak. Kejutan jumpstart diberikan, dan dipesan agar aku tukar bateri kereta dgn jenama yg lain di kedai doktor kurita yg pertama di taman unibersiti itu. Maka ku turutkan kata doktor. Pergi lah daku ke sepital taman universiti, meminta preskripsi ubat ditukar kepada ubat lain. Dari yuasa ditukar kepada bosch, dan perlu tambah doploh hengget. Tak kisah la. Kemudian alhamdulillah. Kurita beransur pulih.

Hari Rabu, (exactly 6 hari selepas ubat ditukar brand), kurita kembali sawan dan jatuh koma. Lemah sungguh semangat aku memikirkan keadaannya. Yang benarnya, aku punya pelbagai masalah, dan ditakdirkan kurita aku pun jatuh sakit. Aku pasrah bebenor. Ku panggil doktor kurita mutiara rini, kali ini mereka kata mahu kidnap dan sumbatkan kurita ke icu mutiara rini. Mahu pantau dan kenalpasti virus apa yg menyerang. Petangnya terima panggilan, ubat bosch yg baru ditukar bermasalah, perlu digantikan dgn ubat lain. Aku cakap, bagi je la ape jenis ubat, janji ok. Malas nak panjangkan cerita. The next day, terima panggilan, organ bernama fius box telah gagal berfungsi. Maka perlu jalani pembedahan, dan ganti dgn organ yg baru. Alhamdulillah, selamat ditukar. Dipesan agar check out kurita kesyangan pukul 5, tapi ku tak punya duit yg byk utk bayar harga rawatan icu itu.

Terus ku katakan esok saja ku ambil (Jumaat). Al kisah, tghari Jumaat, aku ke sepital mutiara rini, mau uruskan segala yg perlu utk check out kan kurita, only to find out that mereka terpaksa tahan. Kurita didapati mengidap penyakit lain pulak. Ada kebocoran yang menyebabkan kegagalan organ fius box untuk berfungsi. Maka perlu di pos lajukan kurita itu ke sepital taman ungku tun aminah untuk emergency operation. Janjinya, petang insyaAllah kurita akan ok dan boleh dilepaskan ke rumah untuk rehat. So aku tunggu dan tunggu. Alhamdulillah, pukul 5.30ptg tadi, kurita selamat checked out, dan ku pandu kurita dengan penuh rasa rindu dan syukur. Kurita sudah kembali sihat. Cuma angka nilai simpanan di bank ku sahaja yang tenat. Kira kira hampir seribu hengget ku bayar utk rawatan intensif kurita kesayangan dlm tempoh sebulan ini.

Apa apa pun, kurita dah menunjukkan recovery yg bagus. Baru sebentar tadi aku bawak dia exercise ke Jusco Tebrau. Aku nonton Spiderwick Chronicles bersama teman serumah. Best =) Aku seronot sekali. Mwahahahaha. Sekian sahaja karangan autobiografiku mengenai kurita ajaib ku yang dilanda demam kepialu.

7 Comments:

Blogger kakok said...

hehe..cute! semoga karangan anak2 murid cikgu bertambah baik juga :)

tumpang sedih dgn kesihatan kereta cikgu yang x berapa okeh itu :(

12:18 PM  
Blogger faizsaaid said...

itu kurita boleh kasi kita jalan sana-jalan sini, jalan situ,
itu kurita kasi kita kerja banyak siap,
itu kasi kita tebrau pun boleh pergi,
itu kurita kasi kampung juga ada sampai,
itu kurita kasi kita banyak pusing,
kalau itu kurita ada banyak sakit, demam-demam, kepialu,malaria tapioka.

12:23 PM  
Blogger Fairuz said...

hehe.. banyak kenangan bersama kurita mu itu kan? serta banyak membantu, kan? sebab tu la sanggup berhabis beriban riban untuknya ;)

1:18 PM  
Blogger Yazid Husain said...

takut betul, my friend sampai habis 10 ribu for his kurita masa kat Sabah. Aq turut bersimpati

12:09 AM  
Blogger :+:CikPayung:+: said...

kakok : =D cikgu pun kena prektis wat karangan nih. hehehe

faizsaaid : benar, apa saja untuk kurita terchenta. supaya tidak terasa patah kaki.

fa : hehe. byk sgt kenangan =D lgpun, kurita itu keperluan..perlu dibelai penuh kaseh syg gak la

yazid : apa saja di dunia skrg ni guna duit. nak buang air kat toilet pun kena bayar doposen =P kurita mmg pakai byk duit..

4:38 PM  
Blogger -fAiZiQ- said...

bykkan bersabar, tu sume ujian dr Allah.

1:32 PM  
Blogger Ah Zhu Wong said...

hahahaha kurita..ko mmg takleh blah~~ cerita ko lawak nak mampos. aku suka! :D

12:13 AM  

Post a Comment

<< Home