Aku, Kamu & Mereka
Salam
Apa khabar semua? Harap sihat hendakNya. Sudah hampir seminggu diri ini dilanda selsema. Terasa perit tekak tak hilang-hilang dek kerana batuk tak berhenti, ditambah pulak dengan cuaca yang teramatlah bahang rasanya. Kerosakan manusia di atas muka bumi dirancakkan dengan fenomena pemanasan global dan perubahan cuaca yang memberi kesan terhadap setiap hidupan bumi. Bumi ini sudah uzur, begitu uzur. Menunggu masa barangkali. Ya, barangkali. Semoga rakan-rakan sekalian senantiasa sihat hendakNya.
Berkesempatan mengenali sebuah laman web, yang aku rasa sangat memberi kesan di hati. Asalnya aku terkesan dek puisi yang dipinjamkan dari laman web tersebut. Namun setelah merajinkan diri mengintai dan membaca, aku semakin tersentuh. Terkesan. Aku baru sahaja tamat mendengar dan menonton rakaman video mengenai sejarah Baitul Maqdis. Tapi baru aja bahagian pertama. Itu pun sekadar menceritakan sejarah ringkas bumi Palestin dan keistimewaannya serba serbi dari segala sudut pandangan, terutamanya di dalam konteks Islam. Bumi penuh keberkatan.
Rasa ingin tahu makin menular. Saat peristiwa Nakbah terbesar menimpa bumi itu sudah berusia 60 tahun, barulah aku terpanggil utk menelusuri perjalanan Baitul Maqdis itu sedari awal hingga dinihari. Sedih bukan? Aku sedih dengan diri sendiri.
Aku, Kamu dan Mereka. Kita sama sahaja, hamba Allah, umat Nabi Rasul Junjungan SAW. Tetapi sejauh mana kebersamaan kita dengan isu umat Islam yang lain?
Kutitipkan doa buat saudaraku di sana. Dan aku perlu terus berjihad di dalam pengajianku di sini.

5 Comments:
teruskan usaha
update jejak untaian senandung kasih, boleh?
:)
ermm...saya pon tumpang sedih dgn umat kita hr ni...d mulut d kertas caci maki yahudi laknatullah, tp apa komen pmimpin perdana kita tth hari nakbah?NONE! sngguh memalukan & sayu.
sjauh mana sumbangan kita utk bantu rakyat palestin?kita masih asyik nk tukaq keta baghu,nk tukaq h/p baghu,nk tmbah bini baghu...& asik tiap2 tahun nk p umrah(no pun intended)...walhal pjuangan hamas & hizbullah mlwn yahudi kparat sapa nk mnolongnya kalau bukn kita manusia seagama?sy sndiri dah pledge akn salurkan bntuan kwangan yg trmampu menerusi tabung hizbullah cawangan m'sia sikit masa nnti insyaAllah..walk the talk :)
faiz : =)
kakok : insyaAllah, dlm proses
fa : =) juga
nazmy : kita doa dan usaha bersama sama, insyaAllah
Post a Comment
<< Home