Monday, May 19, 2008

Secebis Tinta

Salam

Lama aku tak update. Lama benar. Maaf ya.

Macam macam perkara berlaku. Ada yang ok, sedang sedang, ada yang tidak berapa ok. Yang pastinya, Alhamdulillah First Stage Presentation telah selamat dilalui. Tiada banyak halangan, aku cuma perlu focus pada apa yg aku rencanakan. Mudah mudahan jalan dipermudahkan, Amin.

Sambutan Mother's Day berlaku serentak dengan harijadi Mama yang ke 50. Aku pulang untuk meraikan hari penting ini bersama keluarga. Masa yang digunakan sepanjang hujung minggu itu tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk keluarga. Berkesempatan bertemu Farhan & Furqan, dua kekanak riang yang kini telah menjadi sebahagian dari keluarga kecil aku. Alhamdulillah, keluarga menjadi lebih ceria dgn keletah dua kekanak riang ni. Tak boleh lupa panggilan nyenyekk Farhan kepada mama aku. Comel sgt =)

Kemudian sambutan Teacher's Day =D aku terlupa ttg sambutan hari guru ni. Mungkin kerana dah berzaman since last aku really sambut, and kebetulan tuntutan kerja dan memacam lagi buat aku tak teringat tentang hari guru ni. Akan tetapi, malam tu, sedang aku mengajar anak anak murid, datanglah seorang murid aku, ucapkan Selamat Hari Guru, dan memberi aku hadiah. Apakah hadiahnya? Mug warna hijau. Kakok mmg pantang tengok hijau huhu, jgn jeles ye kakok. Terus terang, makin lama aku mengajar, terasa indah menjadi seorang pendidik, walaupun hanya sekadar tutor di pusat tusyen.

Ok la. Enough for today's entry. Entry akan datang, barangkali lebih hangat dgn isu hangat hehe.

Salam

4 Comments:

Blogger faizsaaid said...

jadi pendidik kena sabar-selamat hari guru-selamat berjaya

12:14 PM  
Blogger kakok said...

wahai dang setia saya, selamat hari guru! mug hijau tu? owh, jeles sikit2 je, hehe.

apakah isu hangat itu? nak tahu boleh?

10:28 PM  
Blogger Nazmy Mohamed said...

sapa farhan & furqan tuh?anak sedara kaa anak sfufu?sdap nama tuh

12:33 AM  
Blogger :+:CikPayung:+: said...

faiz : hehe yaa, perlu ketabahan dan kesabaran peringkat tertinggi...

kakok : isu hangat?ngeeeee =D nantikan di pawagam berhampiran uhuks

nazmy : my sis nye kawan baik nye anak anak.. comel giler.. and nama dorg sedappp..nama penuh dorg lagi sedap, but can't remember =)

10:44 PM  

Post a Comment

<< Home