Monday, November 03, 2008

Teknik Yang Tersilap

Salam

Aku tersilap teknik. Tapi aku tatau. Serius aku tatau.

Tadi fetch Kak Faz kat Airport Senai. Then ke kedai hardware, mau cari pressure gauge untuk guna dalam makmal. Takdak la pulak. Sebelah kedai hardware ada kedai ikan la pulak.

Ting Ting Ting.

Teringat pada Anuar Damia S yang kegersangan dan kesunyian itu. Maka aku langkah masuk ke kedai ikan tu. Aku cakap pada Abang Bangla tu, mahu ikan betina sekor. Dia cakap dia tatau mana betina. Aku pun cakap, amik je la yang paling kecik. Dia pun amik, bungkus, bagi aku.

On the way, aku berbunga riang. Anuar Damia S dah ada makwe. Aku pun bawak balik umah. Inform Iryatot. Dia nampak teruja dan terharu. Kami pun satukan dua insan yang kesepian itu. Wow wee. Dedua memalu jer.

Aku namakan dia Alicia Damien X. Tak beragak namanya bukan? Tapi cukup sedondon dgn Anuar Damia S. Dan untuk nama pendeknya, aku gelarkan Icha =) Comel kan?

Tinggalkan sekejap. Tetiba nampak adegan kejar mengejar romantis campur ganas antara dua insan itu. Mengawankah? Tapi kenapa Alicia begitu agresif? PMS? Herm, tapi kalau sungguh itu gaya nak mengawan, aku tak berapa berkenan la. Aku tak bersedia nak cari nama untuk anak anak depa.

Aku pun surf, cari info pasal ikan ni. Cari punya cari, terjumpa gambar spesis ikan ni. Dia tunjuk la ikan jantan dan betina ghuper nyer macam mana.

Alamak!!!!

Alicia Damien X. rupanya jantan kabaret. Patut la ganas lain macam. Chait. Macam tak percaya pulak Icha adalah jantan isk isk.Punah harapan dan rumahtangga yang baru hendak dibina.

Aku dah suruh Iryatot pi carikan yang betina untuk jantan kabaret dua ketul tu.

p/s: korang rasa aku patut tukar nama Alicia Damien X tu ke? Atau kekalkan gitu?

6 Comments:

Blogger Amiene Rev said...

Wah nama ikan itu Alicia Damien X

nasib baik kamu tidak letakny Alicia Damiene Rev.

dan ia adakah seekor ikan emas?

4:14 PM  
Blogger :+:CikPayung:+: said...

awak

ianya hanyalah seekor ikan puyu =)

salam perkenalan

11:25 PM  
Blogger Izawati Che Rashid said...

hehehe merepek la korang ni. btw, tlg bagitau dekat pemilik Si Anuar Damia S tu kan, video yang ktorg gi Batu Layar tu, yang ada the real Mr. X dok menari-nari masa main satu game tu ada dekat dlm my PC. so kalau nak tgk tu jemput2 la ke bilik. and gambar masa open house kita aritu pun ada juga :)

12:08 AM  
Blogger Puan Ninie said...

hehheee..
kena laa tu kar nama dia...

kang xder identity plak kang naya jer...;)

10:21 AM  
Blogger Ah Zhu Wong said...

alicia damien wah hahahaha taknak kalah lagi. aku rasa ikan baru tu ko tu ponen kot hahahahah. weh alan balik ahad ni.bila ko nak balik kj kita buat edisi tergempak meletup ni?

8:47 AM  
Blogger :+:CikPayung:+: said...

kakok : sy tak amik lagi dari yatot. nanti nak tengok =) huhu

shafinee : nana tak tukar pun huhu.. biarkan nama tu..sedap

wan : aku tak dpt nak balik ni..akhir bulan aku usaha balik..giler lama tak lepak dgn korg..adei

12:39 AM  

Post a Comment

<< Home