Monday, December 15, 2008

Alhamdulillah

Salam

Cuaca sangat mendung semalam. Sedari pagi semalam hingga pagi ini masih hujan renyai di luar. Ikutkan hati, mahu ajer terjun tiruk di katil. Nasib baik aku tak turut kata hati =) Kini berada di fakulti.

Malam tadi, aku tidur awal. Terjaga dari tidur kerana mendapat sms. Daripada Nakib! Suami Mekna.

"Selamat melahirkan anak lelaki 3.6kg"

Mata aku terus tak boleh lelap. Lari turun ke bawah, maklumkan pada semua, Mekna selamat lahirkan anak. Alhamdulillah

Semoga Mekna and her baby boy berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Aku masih ingat, detik aku travel keseorangan ke Terengganu untuk menghadiri majlis pernikahan dan kenduri kahwin Mekna. Sekejap sahaja masa berlalu. Kali pertama mengenali Mekna ialah pada minggu suai kenal semester 1 UTM. Kami sama sama menamatkan pengajian ijazah, malah tinggal satu apartment during our final year. Kini sama sama melanjutkan pelajaran di UTM, dan semalam menerima khabar gembira yang kini Mekna bergelar seorang ibu. Masa berlalu begitu cepat. Sungguh!

To Mekna, selamat menjalani hidup baru bergelar Mama. Semoga menjadi pendidik anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.

p/s: siapa pula kaum kerabat SKB yang bakal bergelar ibu/bapa selepas ini? kita tunggu dan lihat =)

1 Comments:

Blogger Yazid Husain said...

wah taniah, dah jadi auntie cik payung

7:15 PM  

Post a Comment

<< Home