Thursday, January 01, 2009

Maal Hijrah dan Tahun Baru

Salam

Tanggal 28hb Disember 2008, rata-rata muslimin dan muslimat di serata dunia berkobar menyambut kedatangan tahun baru Islam. Doa penutup tahun dibaca dan dituruti dengan doa pembuka tahun. Alhamdulillah. Masih berkesempatan meraikan ketibaan tahun baru. Mudah-mudahan diri ini menjadi lebih baik dari sebelumnya dan sentiasa berada di bawah jagaanNya.

Pun begitu. Dalam kesibukan dan keghairahan kita menyambut kedatangan tahun baru, kita disajikan dengan berita sedih berkenaan serangan pihak Zionis di Gaza. Amat menyedihkan. Hanya doa yang mampu dititipkan, agar saudara seIslamku tabah dan kuat menghadapi dugaan yang satu ini.

Tanggal 28hb Disember 2008 juga mencatatkan insiden yang agak memilukan buat aku sekeluarga. Sedang aku menonton dan berbual dengan housemateku di ruang tamu, aku menerima panggilan telefon. Telefon rumah sewaku berdering. Aku melihat jam. Sudah 12.30 malam. 29hb Dec! Terdetik, harijadi abangku! Akan aku wish sebentar lagi. Sudah terlintas difikiran, yg menelefon tidak lain dan tidak bukan ialah mama ku sendiri. Hp di bilik, pasti mama call tiada jawapan. Maka terus telefon ke rumah sewa. Aku jawab panggilan. Di hujung talian, kedengaran suara mama. Tersedu-sedu. Menangis.

Nenek kritikal. Di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Selepas solat Maghrib, nenek sakit dada.Di saat ramai orang selesai membaca doa awal tahun, nenek rupanya sedang bertarung nyawa. Terus di bawa ke klinik dan direfer ke hospital. Aku terdiam. Tak tahu bagaimana untuk respon. Letak gagang telefon. Aku beritahu Wati. Wati mintak aku bersabar. Dan dia sudi temankan aku ke Seremban malam itu juga. Aku nekad ke Seremban. Sia pun turut serta. Sekitar 2 pagi kami bertolak. Alhamdulillah tiba di Hospital sekitar 5 pagi.

Nenek koma. Komplikasi jantung. Buah pinggang tidak berfungsi. Dan menghadapi masalah peparu berair. It was heartbreaking to see her like that. Penuh tiub bersambung sana sini, dan bergantung pada machine. Ahli keluarga lain kelihatan sugul. Kesempatan yang ada, aku gunakan untuk menatap nenek dan mendoakan kesejahteraannya. Sempat aku bercakap padanya, dan dia memberi respon, menggerakkan tubuhnya sedikit. Mungkin benar, sesungguhnya insan yang mengalami koma, mendengar setiap apa yg berlaku disekeliling.

Petang 29hb Dec aku pulang ke Johor Bharu semula. Kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. Pedih hati meninggalkan nenek. Sempat aku wish Happy Birthday pada abang. Mesti sayu hati abang melihat insan yg menjaga dia sedari kecil terlantar di atas katil hospital. Doa aku, agar tidak berlaku apa apa pada hari ini, pasti luluh hati abangku.

Pada hari Selasa (30hb Dec), aku ke Fakulti seperti biasa. Tapi dengan separuh hati. Separuh hari sahaja di sana. Kemudian pulang ke rumah. Hari Rabu (31hb Dec), kami serumah berniat tidak mahu ke Fakulti. Dok rumah sahaja. Sedang sibuk di dapur memasak spaghetti, menerima sms dari papa. Nenek telahpun kembali ke rahmatullah tepat jam 1.20pm. Tiba-tiba aku hilang punca. Mata tidak berair. Jadi blur dan blank seketika. Aku sudahkan kerja memasak. Kemudian naik ke bilik dan mandi. Bila pili air sudah dibuka, barulah air mata aku mula menitis. Nenek sudah pergi buat selamanya. Selesai mandi aku mengambil wudhuk. Tunaikan solat Zohor dan doakan kesejahteraan arwah. Kemudian besiap sedia untuk bertolak ke Melaka, kampung nenek.

Su, Sia dan Wati menemani aku ke kampung. Cuaca sepanjang perjalanan agak tidak menentu. Hujan selebat-lebatnya. Hingga ada kereta yang terbabas. Doa aku, agar urusan jenazah nenek dipermudahkan. Aku tiba di kampung sekitar 5.30pm dan alhamdulillah, cuaca mendung, tidak menunjukkan akan hujan lebat dalam masa terdekat. Jenazah di dalam masjid, solat jenazah akan bermula tidak lama kemudian. Sekitar 5.45pm semua bergerak ke tanah perkuburan.

Jenazah tidak dapat dikebumikan berdekatan dengan kubur arwah datuk, kerana sudah ketiadaan ruang. Pun begitu, jaraknya kurang 30 tapak dari kubur arwah datuk. Alhamdulillah, urusan pengkebumian berjalan lancar. Air mata bergenang saat melihat jenazah di letakkan di dalam liang lahad. Selesai segala urusan. Aku membacakan yassin di kubur arwah nenek dan kemudian di kubur arwah datuk. Sekitar 7 petang bertolak pulang ke rumah nenek. Majlis tahlil akan diadakan selepas Isyak.

Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Pun begitu, ringkas kata, Maal Hijrah dan Tahun Baru kali ini disambut agak hambar bagi kami seisi keluarga.

Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali.

Moga nenek ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan sentiasa berada di bawah jagaanNya. Amin.

Salam Maal Hijrah. Selamat Tahun Baru.

p/s: terima kasih buat Wati, Sia dan Su kerana sudi menemani disaat2 Nana memerlukan sokongan daripada teman2.

8 Comments:

Blogger Izawati Che Rashid said...

sama-sama. thanks juga di atas layanan yang baik drpd famili nana, walau diketahui semua orang sibuk uruskan macam2 hal berkaitan dgn pengebumian dan majlis tahlil arwah nenek :), thanks!

slmt tahun baru 1430H and 2009M. harapnya di hari2 yang mendatang ni segalanya dipermudahkan Tuhan, insyaAllah.

*bila sama2 turut luangkan masa ziarah nenek seawal tiba di seremban, org turut terasa akan pemergian arwah nenek. nana kena kuat tau. jgn nangis2 lagi, nnti org pun ternangis sama! penat tau menangis..hehe. rasa mcm nak demam pun ada ;)

2:18 AM  
Blogger Yazid Husain said...

al-fatihah

7:51 AM  
Blogger Puan Ninie said...

selamat tahun baru nana...;)

al-fatihah yer nana..
innalillah...
sabar yer...

mungkin di sanna di alebeh bahagia..kiter doakan jer sama2...

11:35 AM  
Blogger Prof Azie said...

semoga dia tenang di sana, al-fatihah

2:10 AM  
Blogger Nazmy Mohamed said...

inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun....ta'ziah atas pemergian nenda trcinta

2:30 PM  
Blogger mizzninie said...

Nana...
Im so sorry..Sy x tau..kalo sy x bace blog ni langsung sy x tau..
I know how u feel...I had had worst than that..
Be strong and i know u are..

2:43 AM  
Blogger :+:CikPayung:+: said...

kakok : =) thank you for everything.

inchek yazid : makasih.

meiz aranda : selamat tahun baru juga =) makasih.

kak azie : thanks..and sorry to hear bout your loss jugak. kita sama sama berdoa yer.

nazmy : makasih inchek.

ninie : it's ok. thanks a lot. erm losing someone we treasure, most definitely will leave a hole inside us kan. takpe, i'll patch it up. bykkan doa. amin. thanks ninie

11:36 AM  
Blogger Norain MT said...

Salam Cik Payung. Sila update link anda ya? Saya dah tukar URL saya atas sebab2 tertentu. Terima kasih.

9:09 PM  

Post a Comment

<< Home