Sunday, February 22, 2009

Pulang Sudah

Assalamualaikum.

Aku baru pulang dari Kuala Lumpur. Menghadiri Malaysian Technology Expo 2009. Alhamdulillah, ketiga tiga project supervisor aku berjaya pulang dengan pingat. 2 Silver dan 1 Bronze. Ok la tu for first timer kan? Alhamdulillah, kesempatan bersua muka dengan wakil industri dan academician dari pelbagai ceruk benar-benar memberi aku pengalaman yang bernilai. Overall, kesemua 22 project dari UTM berjaya membawa pulang pingat masing-masing, alhamdulillah =)

Kesempatan lima hari di Kuala Lumpur aku gunakan untuk lari sebentar, pulang ke rumah, bertemu keluarga dan kawan-kawan(mana yang sempat la) dan juga adik baru aku. Rumah aku dah ada kuceng. Anak kuceng. Menariknya, dia dilayan seperti manusia. Pandai merajuk. Minum susu pun perlu dibedung dan dipeluk, sebijik macam bayi comel. Kalau dia mengantuk, dia akan memanjat sesiapa yang berdekatan, dia nak tidur dalam dakapan manusia hihi. Aku rasa kuceng ni lupa yang dia tu bukan manusia kot. Mama dan papa pulak memang layan dia macam baby sungguh.

"Alaa bucuk bucuk sayang mama...sayang mama nak minum yer..alaaa bucuk bucuk.."

Phrase ni byk kali aku dengar sepanjang tak sampai 12 jam aku duduk di rumah. Pening aku tengok mama layan kucing macam layan cucu. Bagi hint agaknya. Dia nak cucu haha. Kuceng tu pulak tak boleh ditegur kalau dia buat salah, kang laju je masuk ke kandang, takmo keluar. Takmo makan, takmo minum. Protest agaknya hihi. By the way, dia ada nama baru, family aku panggil dia Mayau. Aku gatal tambah sket nama dia. Kasi panjang sket. Mayau Karin haha. Kebetulan, betina la pulak =) So, itu sahaja tentang 'adik' baru aku yang kini menjadi pujaan hati semua ahli keluarga aku.

Oh yer. Aku pun mendapat berita gembira dari anak murid aku. Tak pasti if aku pernah cerita yang aku pernah membantu seorang anak murid tingkatan 3 (pmr 2008) untuk submit borang permohonan ke MRSM. Al kisah, dia seorang student yg amat rajin. Sangat sopan. Hinggakan kalu aku ada anak perempuan, aku nak jadikan dia menantu =D Nak jadikan suami, macam muda sgt hehe. One night, khamis malam, aku ajar dia, dia mcm ilang fokus. Rupanya rasa putus asa sbb tak dpt nak apply ke MRSM. Tiada borang. Dan dia baru tahu dateline pada selasa depannya. Mungkin dia nampak dia tak punya kemampuan utk membeli borang dan selesaikan segala urusan cop pengesahan dan antar ke bangunan MARA kL sebelum selasa or pada hari selasa. Sayang rasanya kalau tak membantu dia. Jumaat pagi, aku ditemani Kak Su, ke Larkin membeli borang MRSM. Kemudian ke sekolahnya, untuk beri borang. Selepas solat Jumaat, kidnap dia lagi, ke UTM, untuk minta supervisor aku sahkan segala dokumen. Kemudian, pesan agar malam itu, dia mengisi borang dan check berkali kali agar tiada kesilapan. Sabtu pagi, aku ke rumahnya, mengambil borang, terus bertolak ke KL. Isnin pagi pula aku menaiki LRT dan ke bangunan MARA, serahkan borang by hand kepada pihak MARA. Waktu itu, aku fikirkan, aku telah usaha segala yang termampu utk membantu dia. Mudah-mudahan ada rezekinya di situ.

Alhamdulillah. Dua Jumaat lepas, dia datang bertemu aku. Dia mendapat tawaran ke MRSM Mersing. Aku sangat gembira. Serious gembira giler! Bila dia mula nak melangkah turun anak tangga utk pergi ke kereta ayahnya, dia toleh ke arah aku, dan ucapkan "Terima kasih Cikgu". Ya Allah, sungguh aku katakan, aku rasa sangat sebak. Hampir menitis airmata. Aku tak tahu bila lagi aku bakal ketemu dia. Aku pun tak lama dok UTM dah. Lepas ni bawa haluan. Mungkin takkan ketemu dia lagi. Apa-apa pun, aku mendoakan kejayaan anak-anak murid aku. Semoga perjalanan mereka menempuh alam persekolahan dipermudahkan. Semoga mereka sentiasa berada di bawah jagaan Allah SWT.

As for me. Tomorrow will be just as same as any other day. Mari mendaki bukit FKKKSA dan bertapa di dalam makmal. Huhu.

Til then.

Salam

7 Comments:

Blogger Puan Ninie said...

wahhh
congratulationssssssssssssss..;)

baeknyer cikgu nie..;)
rindu cikgu2 saya dulu..;)

9:22 AM  
Blogger Unknown said...

Salam...kak nana ke ni?
exchange link ya?

11:37 PM  
Blogger mizzninie said...

nana..nana mmg baik hati..
tp nape nana smpai hati x call sy bile dh blk kj?

4:22 PM  
Blogger Yazid Husain said...

wah taniah

mayau karin chomel macam maya karin x?

3:18 PM  
Anonymous Anonymous said...

hehe
tahniah jugak
lama tak dgr cerita cik payung ni
letak la satu shoutbox kat tepi tu untuk pelawat²
hehe

6:51 PM  
Blogger Fairuz said...

baiknye cekgu..

untung juga budak itu jadi anak MARA..

3:52 PM  
Blogger yana said...

baik tul ckgu ni sggup bkorban mse utk ank murid...

11:48 AM  

Post a Comment

<< Home