Saturday, February 07, 2009

Syukur

Salam

Alhamdulillah. Segalanya baik baik saja. Walaupun hidup semakin sibuk dengan pelbagai tuntutan kerja, alhamdulillah, semuanya masih baik.

Special wish to Kakok di atas hari ulangtahun ke 25 pada tarikh 2 Februari lepas. Hihi. Suku abad dah. Bila ai boleh renjis renjis yu ni?

Epi besday juga ditujukan buat Inchek Apit Oriplem yang menyambut arijadi pada hari ini! Maafin ya, malam tadi tak sempat reply your sms, gue sudah selamat mendarat di bulan.

Belated birthday wish to Inchek Gie juga. Semalam sambut harijadi yang ke aaa 24 rasanya. Muda setahun dari saya kan? Epi besday yer wak.

Another special wish to my dearest labpartners, Kak Azie and Abg Suardi

"Congratulation on Your New Born Baby!!"

Alhamdulillah Kak Azie telah selamat melahirkan Baby Zahra. Babynya sangat2 cute. Kami semua di makmal terasa sangat gembira dan teruja dengan kehadiran Baby Zahra. Khabarnya, selepas tamat tempoh pantang, Kak Azie akan bawa her Baby Zahra ke sini. Terngiang juga di kepala, bila agaknya tiba detik-detik untuk aku bergelar ibu pula. Huhu. Macam jauh lagi je rasa. Tiba masanya, ada lah, kan? =) Positive selalu hehe.

Oh yer. Semalam. Mengajar kelas Darjah 3 dan Darjah 4. Bila tamat kelas, ada masa terluang. Kami berbual. Bercerita tentang Gerak Khas dan SWAT. Menarik, di umur yang muda, mereka tahu apa itu SWAT. Berkat main games banyak sangat agaknya. Seorang murid mengangkat tangan dan memanggil aku.

Dia : "Cikgu.Saya nak tanya boleh tak?"
Aku : "Boleh"
Dia : "Masa Cikgu kecik-kecik dulu, Cikgu lelaki ke perempuan?"
Aku : "Kan Cikgu pakai tudung. Mestilah Cikgu perempuan" (aku jawab sambil confuse kenapa disoal begitu)
Dia : "Saya tahu Cikgu perempuan. Tapi masa Cikgu kecik-kecik dulu, Cikgu lelaki ke perempuan?"
Aku : "Kalau sekarang perempuan, dahulu pun perempuan jugak. Cikgu tak pernah tukar jantina. Dan nama Cikgu pun *** *****. Itu kan nama perempuan."
Dia : "Ooooooooo..."

Kemudian selit seorang lagi student bercakap pada student yang ajukan aku soalan cepumas tadi.

Student : "Kan beg tu boleh dipakai lelaki dan perempuan. Beg tu semua orang boleh pakai la. Tak semestinya lelaki jer boleh pakai beg mcm tu. Saya pun pakai beg Ben10, tapi saya perempuan"
Dia : "Tapi tu beg SWAT"
Student : "Boleh laaaaa. Ada je budak lelaki pakai beg powerpuff girl"

Aku pun tersenyum. Patut la dia bertanya adakah aku lelaki atau perempuan sewaktu kecil dulu. Baru aku teringat. Semasa bercerita tentang Gerak Khas dan SWAT, aku memaklumkan mereka yang semasa aku sekolah rendah dulu, beg skolah aku ialah beg skolah ada cop mohor SWAT. Papa beli di America sewaktu kerja di sana. Dan memang anak-anak murid aku amat teruja dan kagum bila mendengar cerita aku. Alahai, padahal beg sekolah je pun. Mungkin student aku tu memiliki pemikiran yang beg SWAT, Ben10, yang ada elemen ganas + hero tu hanya untuk budak lelaki. Dan powerpuff girl, barbie, segala yang pink pink dan sweet sweet tu, hanya untuk budak perempuan. Hinggakan dia boleh terfikir adakah aku seorang budak lelaki ketika di zaman sekolah rendah dahulu? Hanya kerana beg sekolahku bertemakan SWAT.

Oh kekanak riang. Korang memang tak pernah gagal buat aku terasa nak tergolek gelak gelak. Aku gembira betul bila bersama dengan korang. Huhu!

Hingga ketemu lagi ya.

Salam

p/s: 18hb hingga 22hb Feb, aku ke KL. PWTC. MTE 2009. Yeay! Boleh balik umah jap!

4 Comments:

Blogger Prof Azie said...

anak murid nana memang pelik2 n kelakar..huhu..kalau macam tu anak akak kena beli beg barbie je la..baru confirm perempuan..hehehe..

11:22 AM  
Blogger faizsaaid said...

leh le jumpa kat mte nanti, hehehe

8:24 PM  
Blogger Yazid Husain said...

alhamduillah

12:01 PM  
Blogger yana said...

hehe,,,karenah bdk2 mmg mencuit hati...spe yg xske bdk2 tu xtau la nk kate ape

11:52 AM  

Post a Comment

<< Home