Wednesday, January 31, 2007

Comeback

Sekian lama (more than two months) aku berjaya menghilangkan diri aku dari dunia blog ni. Bukan sebab aku nak hilangkan diri, tapi keadaan memaksa. Internet connection kat kolej macam hampes nak mampos. Tukar management katanya. Kena guna LAN cable lak sekarang. Tapi bila di cucuk, takleh nak online. Kemungkinan ada dua je, samada kitaorang je biol tak reti nak cucuk configure ape yg patut, atau internet connection mmg biol. Ape ape pun, aku sangat mengharapkan wireless connection kembali datang menjelma dalam hidup aku. Sengal seketika rasanya.

Tiada apa yang hendak diupdatekan. Except that, sem ni mungkin sem terakhir belajar di sini. Makin cepat masa berlalu, and makin sedih terasa bila kenangkan kenangan dgn kekawan (especially kenangan dgn housemates aku). Sekarang bz dgn final year project and memacam aktiviti. Korang doakan kejayaan aku la ek, doakan aku berjaya tempuh sem ni dalam keadaan waras.

Senin lepas, pi interview dgn MOX. Saje je pegi. Cuba nasib. Aku tak letak harapan sangat dpt post tu, sbb niat nak pergi and cari pengalaman ditemuduga. Dlm hidup aku, tak pernah lagi pi any interview. Awal awal rasa gerun gak nak pi, rasa takut, seram sejuk. But bila dah hadapi, takde la teruk sangat pung. Ok la. Tak sabar nak pi interview lagi, kutip pengalaman =)

By the way, minggu depan aku pi kursus kawen kuikuikuikuikui. Walaupun daku tak punya buipren, tapi daku bersemangat pi kursus kawen di utm ini ihiks. RM60 jer. Luar lagi mahal. Alang alang housemate pi, elok aku join sekali.. kan kan kan ahahaha...

Ok la. Ngak boleh lelama kat sini. Ni kat pusat komputer ni. Nenanti aku update lagi. (lagi dua bulan la tu agaknye haha) Poof!

:+: CikPayung :+: