Saturday, March 15, 2008

Kurita Demam Kepialu

Apa itu kurita? Kurita ialah sepisis bertayar empat yang ada stereng. Kurita berkemampuan menampung minima satu ketul org dan maksima beberapa ketul ikut kesesuaian dan jarak perjalanan. Kurita gue bercop mohor proton di dahi, dan di montotnya terukir nama wira yang indah. Kebelakangan ini, hujan kerap turun dengan lebat. Menyebabkan aku terlantar di rumah, demam, selsema, sakit tekak, batuk. Nak dijadikan cerita, kurita kesayangan buah hati beta juga dilanda demam kepialu. Terpilu sungguh kami serumah dibuatnya. Menumpang kasih di kurita ajaib orang lain.

Mulanya, seminggu sebelum Chinese New Year. Diserang demam denggi. Tak boleh start. Bateri problem katanya. Tukar bateri kereta. A week later, bertarikh 6hb Feb dilanda penyakit pelik. Tapi 'doktor kurita' cuma memberi bateri baru, katanya tak sempat nak buat diagnosis penyakit apa. Tambahnya lagi, bateri tu mampu tahan seminggu, kemudian sila lapor diri ke 'sepital kurita' untuk buat cat scan n mri. 'Doktor kurita' coti Chinese New Year, tu sbb takleh nak rawat kurita yg sakit itu. The next day (doktor kata leh tahan seminggu, ape nye doktor), kurita jatuh koma. So terpaksa panggil doktor kurita dari sepital kurita mutiara rini. Doktor kurita ni melayu, so dia tak cuti on Chinese New Year. Lepas wat full medical checkup, dikenalpasti organ alternator menjadi punca. Maka buat transplant. Kemudian kurita kembali beransur pulih. Alhamdulillah.

Namun, harap panas sepanjang hari, rupanya ribut taufan di tengah hari. Minggu lepas, hari Khamis, kurita diserang sawan. Tak boleh bergerak seperti dahulu. Aku terus la telefon doktor kurita mutiara rini, kemudian doktor bergegas ke rumah ku. Bantuan pernafasan terpaksa diberi pada kurita kesayanganku, kerana batery nya weak. Kejutan jumpstart diberikan, dan dipesan agar aku tukar bateri kereta dgn jenama yg lain di kedai doktor kurita yg pertama di taman unibersiti itu. Maka ku turutkan kata doktor. Pergi lah daku ke sepital taman universiti, meminta preskripsi ubat ditukar kepada ubat lain. Dari yuasa ditukar kepada bosch, dan perlu tambah doploh hengget. Tak kisah la. Kemudian alhamdulillah. Kurita beransur pulih.

Hari Rabu, (exactly 6 hari selepas ubat ditukar brand), kurita kembali sawan dan jatuh koma. Lemah sungguh semangat aku memikirkan keadaannya. Yang benarnya, aku punya pelbagai masalah, dan ditakdirkan kurita aku pun jatuh sakit. Aku pasrah bebenor. Ku panggil doktor kurita mutiara rini, kali ini mereka kata mahu kidnap dan sumbatkan kurita ke icu mutiara rini. Mahu pantau dan kenalpasti virus apa yg menyerang. Petangnya terima panggilan, ubat bosch yg baru ditukar bermasalah, perlu digantikan dgn ubat lain. Aku cakap, bagi je la ape jenis ubat, janji ok. Malas nak panjangkan cerita. The next day, terima panggilan, organ bernama fius box telah gagal berfungsi. Maka perlu jalani pembedahan, dan ganti dgn organ yg baru. Alhamdulillah, selamat ditukar. Dipesan agar check out kurita kesyangan pukul 5, tapi ku tak punya duit yg byk utk bayar harga rawatan icu itu.

Terus ku katakan esok saja ku ambil (Jumaat). Al kisah, tghari Jumaat, aku ke sepital mutiara rini, mau uruskan segala yg perlu utk check out kan kurita, only to find out that mereka terpaksa tahan. Kurita didapati mengidap penyakit lain pulak. Ada kebocoran yang menyebabkan kegagalan organ fius box untuk berfungsi. Maka perlu di pos lajukan kurita itu ke sepital taman ungku tun aminah untuk emergency operation. Janjinya, petang insyaAllah kurita akan ok dan boleh dilepaskan ke rumah untuk rehat. So aku tunggu dan tunggu. Alhamdulillah, pukul 5.30ptg tadi, kurita selamat checked out, dan ku pandu kurita dengan penuh rasa rindu dan syukur. Kurita sudah kembali sihat. Cuma angka nilai simpanan di bank ku sahaja yang tenat. Kira kira hampir seribu hengget ku bayar utk rawatan intensif kurita kesayangan dlm tempoh sebulan ini.

Apa apa pun, kurita dah menunjukkan recovery yg bagus. Baru sebentar tadi aku bawak dia exercise ke Jusco Tebrau. Aku nonton Spiderwick Chronicles bersama teman serumah. Best =) Aku seronot sekali. Mwahahahaha. Sekian sahaja karangan autobiografiku mengenai kurita ajaib ku yang dilanda demam kepialu.

Monday, March 10, 2008

Kepulangan Yang Dinanti

Title yg poyo bukan? Tapi benar, kepulangan aku sememangnya dinanti seisi keluarga. Pertamanya, kerana aku memang jarang benar pulang ke rumah. Keduanya, kerana ini julung julung kali aku mengundi di dalam pilihanraya umum. Mencerita suasana pada tanggal 8hb Mac 2008, kawasan perumahan aku tidak semeriah election sebelum sebelumnya. Barangkali kerana aku sendiri lewat bangun tidur, so tidak dapat melihat suasana huru hara bercampur keghairahan mengundi terlampau yang selalu dihidap oleh sebilangan besar jiran tetangga aku. Sekitar pukul 11 aku gerak ke sekolah rendah lama aku bersama kakak, lengang je rasa. Tak meriah. Lewat sangat kot. Selesai pangkah, balik rumah. Then aku meronggeng dgn teman sekolah menengah. Kami banyak bercerita ttg hal keluarga. Dan juga perkara peribadi, mostly ttg relationship.

Mungkin ada sebilangan yang tahu apa yang menimpa keluarga aku. Mungkin ada yang tak tahu. Ringkasnya, bapaku tidak punya pekerjaan sekarang. Mama masih kekal dengan status surirumah sepenuh masa. Kes papa yang dikendalikan oleh Karpal Singh masih di dalam proses, entah bila boleh settle. InsyaAllah, ikhtiar dan yakin, pihak yang benar akan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. Apa yang pasti, perkara yang menimpa keluarga benar-benar merubah keadaan keluarga aku.

Kakak mengenepikan kepentingan diri, untuk sama sama membantu papa menyara keluarga. Papa dan mama mencari peluang dari pelbagai sudut untuk sentiasa memastikan keluarga mampu survive. Abang baru abis belajar. Aku harap sgt dia cukup kesedaran untuk cepat bertindak mencari kerja and membantu keluarga. Aku? Sedaya upaya di bumi johor ini, elakkan diri dari meminta duit dari keluarga, malah mencuba nasib bekerja part time, untuk mencari duit poket.

Kepulangan kali ini, beri sedikit kesan di jiwa aku. Setibanya di rumah, mama menyambutku dengan senyuman yang paling indah. Kemudian papa tergesa-gesa keluar dari bilik mencari aku. Dari anak mata dia, aku nampak dia gembira dengan kehadiran aku yang sgt sgt jarang ada di rumah sejak aku sambung belajar di johor ni. Kemudian papa suarakan rasa berat hati mau hadiri temujanji bersama teman, hanya kerana dia mahu spend time dgn aku. Dia tak sudah sudah mempelawa mama dan aku utk singgah di tempat temujanji tu. So aku cakap aku akan pegi sana, but later, papa pergi la dulu.

An hour later, abg aku drivekan aku n mama ke driving range bukit jelutong. And i saw papa, busy mengajar orang golf swing. He looked very happy to see me there. And bergegas jugak la dtg meluru ke arah kami. Dia ajak aku sama sama pukul bola, aku mcm aiseh, dah la pakai selipar je. Tapi aku nampak kesungguhan papa nak tengok aku, nak ngadap aku.So aku setuju. Lama tak melibas, abis sengal satu badan. Tapi 100 bola yg aku pukul tu, aku perasan mata papa memandang dari jauh. Entah kenapa perasaan kali ni lain la. Papa byk memerhatikan aku and banyak mengajak aku berbual.

Malamnya, aku belanja akak n mama dinner di secret recipe. Papa masih tak pulang dari bukit jelutong, so tak dpt join. Tapi aku tahu papa suka sgt cheesecake, so aku belikan caramel cheesecake and expresso cheesecake utk dia. Tiba di rumah, mama excited becerita dgn papa, anak bongsu belanja dinner and belikan cheesecake gak utk papa. Tapi response papa benar benar buat aku tersentuh.

"Sian anak anak papa. Dulu papa yang beli dan bayarkan semua. Sekarang ni anak-anak papa pulak yang belikan semua untuk papa dan mama. Terima kasih".

Aku sekadar senyum, tapi di dalam hati, rasa pedih sgt. I know papa is trying his best to be a good provider, sejak dulu hingga sekarang, sampai bila-bila. Semoga Allah SWT beri aku kesempatan untuk spend masa bersama dgn papa dan mama dan berjasa pada mereka selama mana yang mungkin. Moga mereka dimurahkan rezeki dan perjalanan hidup mereka dipermudahkan. Amin.

Aku baru sahaja tiba di rumah sewa Mutiara Rini ku tepat jam 10.30pm tadi. Tapi aku sudah pun mula rasa rindu dgn mama, papa, kakak dan abang aku.Haih.

Friday, March 07, 2008

Berita Terkini

1. Aku udah menonton cerita Step Up 2 dan Anak pada minggu lepas. Step Up 2, best giler! Membuatkan aku rasa nak goyang inul je setiap masa. Shake it bebeh ouh yeah. As for cerita Anak, ceritanya biasa aja. Tapi teknik perfilemannya agak berbeda dari yang biasa (ku rujuk pada Yusof Selam dan Razak Mohaideen). Cukup la aku buat statement yang aku suka sgt citer menari nari ni.

2. Aku udah mendapat gaji pertama aku di pusat tusyen yang aku keje part time tu. Kemudian aku diberi tanggungjawab untuk mengajar dua lagi kelas. Total of 4 kelas seminggu aku kena ajar. Mcm-mcm perangai la budak budak ni. Paling senang nak handle ialah kelas Form 1 n kelas communication, sbb rata-rata dah sekolah menengah. Yang sekolah rendah ni bikin kepala aku bingit jugak la. Huru hara. Tapi pelajaran kebanyakkan nya ok. Bila buat kuiz and test, ok je. Ada la beberapa ketul yang aku dpt identify agak lemah dlm subjek yg aku ajar.

Paling aku sedih, ialah bila mendapat tahu ttg seorang student ni. Darjah 3. Melayu. Disekolahkan ke sekolah cina sejak darjah 1 sampai la skrg ni. Mak ayah dia antar dia ke tusyen utk mantapkan bahasa melayu dia. Bila mengajar, aku dapati, dia tak boleh construct ayat sendiri, walaupun aku dah beri isi penting. Dia tiru ayat aku bulat bulat. Then aku rasa mcm dia ni bermasalah sket, so aku suruh dia baca arahan dlm teks tu kepada aku, dia takleh baca. Dlm kepala aku "Alamak, darjah tiga and tak boleh baca, masalah ni!". Tamat sesi membuat karangan bergambar. Ada la kira kira 15 minit masa terluang, aku ambil kesempatan untuk buat sesi mengeja (tujuan utama aku adalah untuk melihat sejauh mana dia boleh mengeja), tapi of course aku terpaksa libatkan budak budak lain.Dia hanya boleh mengeja suku kata yg ada dua huruf (eg susu kaki kuku buku). Kalau bagi bersih, patut, telefon, pinggan mmg lari sungguh bunyi dan ejaan. So banyak masalah utama kat dia ni, masalah membaca, masalah mengeja, masalah tak faham maksud dan masalah nak buat ayat. Jelas sekali, dia agak jauh ketinggalan, erm aku dah inform pengetua, kena selamatkan budak ni menerusi kelas khas. Tengok la cemana. Risau la. Erm i wonder, takkan kat umah mak ayah langsung tak ajar dia baca buku cerita? Bz barangkali

3. Aku udah pulang ke rumah. Atas alasan mahu mengundi. Tapi erm rasa malas pun ada. Lagipun aku tak berapa sihat. Tengok la. Mgkin esok aku gerak dgn family aku, and aku pangkah pangkah apa yg patut. Talk about mengundi. Aku perasan tahun ni agak gaban jugak promosi dan iklan yg BN buat samada menerusi TV, surat kabo, radio dan juga papan papan iklan billboard di tepi jalan (aku perasan sepanjang perjalanan dari johor ke KL). Lom campur banner sana sini, bendera sana sini, poster sana sini, segala jenis risalah yang di antar dari rumah ke rumah. Mungkin sebelum ni aku tak cukup aware, tapi aku terasa mcm kali ni, promosi iklan terlalu gaban. Adakah mgkin kerana pihak tertentu terasa kedudukan agak tergoyah? Maka perlu merancakkan promosi ke tahap yg gaban. And yes, media terlalu biased la. Menyampah nak bukak tv. Ouh yer, talk about media. Just now aku bukak cnn. Ada la sesi interview pembaca berita tu dgn Abg Lah, regarding kes poverty di Msia and hindraf, and also berkenaan 5 yg kena sumbat dlm ISA. Tergezut nye gue melihat cara Abg Lah berhujah dan pertahankan tindakan kerajaan keatas aktivis itu, agak kalut, tak tenang pun and melenting seolah kena sumpit. Herm.. entah la, aku kurang keyakinan kepimpinan dia.

HAHA! Funny je rasa. Last time rasanya aku tak pendulik mende pun pasal politics. Mgkin aku rasa aku tak perlu ambil tahu, and things are doing good je. But right now, aku terasa mcm aku perlu ambil tahu, sbb melibatkan idup aku secara tak langsung. And the fact that during the previous prime minister nye tempoh memimpin, aku masih belum cukup akal utk menilai and mengkritik, aku sekadar menerima seadanya, now aku terasa aku cukup byk memprotes dan mengkondem segala benda yg dibuat hehe. Darah muda yang tak tahu apa apa tentang arena politik agaknya. Sekadar menilai dari pandangan mata kasar. Selamat mengundi kengkawan! Oh yer, undi adalah rahsia. Herm, betul ke? Hehehehehehhe