Friday, February 29, 2008

Sentuhan Ajaib

Ngeee.. Aku sudah kembali menyentuh barang barang makmal. Sekian lama lebih banyak membaca untuk memantapkan kefahaman dan memperincikan kerja makmal, akhirnya aku mula memerah keringat di makmal. Tapi baru je suam suam, lom panas lagi. Enjin baru nak start =P warming up dulu.

Project aku berkaitan dgn proses penghasilan membran. Membrane ini akan digunakan di dalam separation process, atau lebih khusus, kami akan gunakan membrane ini di dalam wastewater treatment technology, sebagai satu additional steps utk mendapatkan final discharge yg lebih berkualiti (dan menepati standard A atau B yang digariskan oleh DOE).

Labmate aku lebih terjurus ke arah aplikasi membrane ini terhadap wastewater dari kilang kelapa sawit, manakala aku pula (selepas menukar tajuk), lebih kepada mengkaji mechanisma yang terlibat di dalam pembentukan membrane itu sendiri. Lebih kepada theory, calculation, dan mengkaji effect condition terhadap morphologies membrane itu.

Al kisah, semalam aku test power la bikin itu membrane secara manual (untuk pengetahuan, di makmal, penghasilan membrane jenis flat sheet boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu menggunakan casting machine, atau guna kaedah manual). Kaedah manual ni memerlukan tangan yang stabil, untuk kita membuat acuan membrane tu. Malangnya, kelajuan tidak sekata, jadi tak berapa konsisten, and membrane pun tak cantik sgt. Lagi lagi di tangan aku, jadi huduh bebenor. Takpe, memang aku berniat mau familiarkan diri dgn machine machine tu sebelum budak phd tu blah. Kena blaja segala cara utk bikin itu membrane, esok lusa budak undergrad nak guna, at least boleh turunkan ilmu.

Benar, membrane aku huduh bebenor rupanya. Sentuhan ajaib rupanya ngak ada lagi. Barangkali tenggelam bersama titanic. Takpe, usaha tangga kejayaan. Cuba cuba dan cuba lagi huhu. Memandangkan kerja sudah mahu bermula. Aku rasa makmal tu perlu ditambah beberapa benda peribadi, supaya menjadi lebih seronot utk didiami setiap masa hehe. Yeay, mudah mudahan momentum semakin dasat.Korang doakan aku la yek..mwah mwah mwah

Monday, February 25, 2008

Kembali Bertinta

Emank lama bangat aku ngak update ini blog. Serious gila lama aku tak update. Bukan kerana tiada koneksi di rumah, tapi kerana tiada sebarang perasaan untuk bertinta.Terlalu banyak perkara yang berlaku. Untuk aku ceritakan secara detail di sini, aku rasa tak larat. I'll try as hard as i can to make it short la eh. Kiranya mcm summary bagi apa yg terjadi.

Aku pernah inform dlm previous post, yg aku sudahpun menukar tajuk project kan? Yerp, and now aku agak berjuling mata memantapkan diri untuk lebih memahami fundamental elements dlm few things yg aku perlu cover, such as thermodynamic studies and mechanisms di dalam membrane formation. Nuff said.

Di dalam huru hara kehidupan aku di sini, aku diperlukan (atau lebih tepat, diwajibkan hadir) ke research & methodology course yang dibuat oleh Research Management Centre. Sekadar pergi and tadah telinga je la. Ada yang menarik, ada yang buat aku nguap nguap. Overall, input input yang bagus utk diserap dlm kepala. Byk membantu utk carry out project dgn lebih bagus dan systematic. During the fourth session of course tu, aku dan memek melarikan diri ke pusat tusyen di taman universiti, utk hadiri temuduga terbuka.

A day later, aku dihubungi, dan diminta lapor diri di pusat tusyen berkenaan, utk diberi briefing.Berdebar, tak sangka dpt. Rezeki barangkali, alhamdulillah. Tambah duit poket. Cumanya, aku tiada pengalaman mengajar, pula dipilih untuk memikul tgjwb sbg guru sambilan di pusat tusyen, aku perlu serious and pegang amanah utk didik anak anak (or adik adik) tu dgn lebih bertanggungjawab. Kelas yg dijadualkan kepada ku hanya on Monday and Saturday. But sekali sekala jika perlu menggantikan kelas lain, aku akan dipanggil. So far, ok la, cuma aku masih mencari cara terbaik utk menyampaikan ilmu dgn lebih berkesan pada adik adik yg kecil tu hihi. Go go go cikgu nana! You can do it.

Aku tak hantar lagi buku buku spm kezen aku. Esok kena hantar!! Makcik aku dah tanye bila antar, sbb dia dah tertunggu tunggu. Hehe bertangguh tangguh, satu hapa pun tak jalan. Aiseh. Erm oh yer, tiket bus pun aku tak beli lgi nih. Cemana nih. Mau pangkah pangkah! =P iyo iyo je aku. Nanti balik umah, terbungkam je depan tv, bukan nye pegi mengundi.. Oppss! haha..

Tapi aku rindu rumah. Aku rindu family aku. I wanna go home, and spend some quality time with them. Rasa kosong pula dok sini lama lama. Jiwa kabus ribut je. La la la la..kerja sampai lobam la la la la.

Saturday, February 09, 2008

Apa Yang Berlaku

Tempoh seminggu ni mcm mcm berlaku. Ada yang best, ada yang tak best. First sekali, aku tukar tajuk untuk proposal master aku. Tukar tajuk bermakna aku kena buat byk bacaan semula (lucky me, aku mmg kumpul byk bahan). Cuma juling mata je la nak baca semua and extract apa yg patut. Dah settle, alhamdulillah, cuma perlu persiapkan diri untuk presentation.

Keduanya. Kereta aku tak berapa sihat. Awalnya aku ingat bateri kereta dah kong, so aku tukar bateri baru. Melayang duit. Ingatkan dah settle masalah tu. Rupanya tidak. Masalah bukan berpunca dari bateri. Kereta bertahan seminggu je, then takleh start. Jiran byk membantu, jumpstart kan and aku terus drivekan ke workshop. Malangnya dah nak dkt tahun baru cina, dorang tak cukup kakitangan nak tengok apa masalah. So apa dia buat? Dia tukar bateri baru (yg tak solve masalah), and dorang suruh aku dtg seminggu lagi. Katanya kereta boleh bertahan dgn bateri tu untuk seminggu. And guess what? Next morning kereta masih takleh start. Something wrong with other parts kot. I cant figure it out, due to my ilmu yg cetek tang kereta. Tapi aku terlintas alternater (alternator?) haha eja pun tak reti. Kejap lagi nak antar kereta ke kedai.

Ketiga. Aku tengok wayang dgn mekna, kakok n yatot. Dunia Baru. Menghiburkan. Molek sangat la, buat aku tergelak di kala memacam masalah datang menimpa. Takde la aku tensi sangat. Aku shopping few benda : buku buku spm utk kezen aku, satu baju utk aku. Arr itu saja rasanya.

Keempat. Dilanda migrain tahap gile. Aku tak tahu kenapa. Kepala mula rasa denyut sejak semalam. Tapi aku ingat sekadar pening biasa. Tak sangka pulak menjelang malam, terasa bagai di hentak hentak mcm nak pecah tengkorak aku. Biasanya aku cuma dok dlm gelap, and sakit akan beransur kurang. Tapi lain benar dengan semalam. Dah duduk dlm gelap, dah baring and lelap mata pun, denyutan makin kuat, makin mencengkam. Sakit sangat. Sampai menitis air mata aku, sampai aku mengerang kecil, sakit. Dari pukul 2 pagi hingga hampir pukul 7.30 pagi, aku masih tergolek ke kiri ke kanan pegang kepala tahan sakit. Nak berjalan pun rasa nak pitam n rebah, baring pun kepala rasa nak pecah. Duduk pun rasa kepala nak tercabut, semua tu buat aku rasa mcm nak hentakkan kepala kat dinding. Ya, itu la yg aku buat dulu semasa aku skolah rendah and aku tak boleh handle rasa sakit migrain ni. Hentakkan je kepala kat dinding. Alhamdulillah, sakit dah kurang. Boleh la aku berfikir and bergerak secara normal.

Oh yer, kepada yang menyambutnya, Happy Chinese New Year aku ucapkan. Kepada yang tak sambut, selamat bercoti dan meronggeng.

Saturday, February 02, 2008

Hari Yang Mendung

Hari ini mendung seharian. Bawa rahmat =) Hari ini juga ulangtahun kakok yang ke-24. Happy birthday kakok =) semoga yang direncanakan untuk hari hari mendatang akan dimakbulkan. Mudah mudahan tahun ini membawa kakok ke lembaran baru, ke destinasi cinta muehehheheheheheh =D

Hari dimulakan agak lewat, aku pun tak tahu kenapa aku tidur sampai tak sedar hari dah tghari. Mungkin kerana cuaca agak romentik, membuatkan everytime aku celik mata, terasa mcm awal lagi ni. Hehehe. Tapi hari ini ada project juta juta. Pukul 3 petang mekna akan tiba di rumah. Dan cadangnya mahu gerak ke Plaza Angsana (aku mahu memborong buku2 SPM di sana, untuk cousin aku) dan kemudian gerak ke Anjung Warisan (sesi santap menyantap bersama besday girl).

Sekitar kul 3.30 ptg, aku, kakok, kak su, kak ti dan kak na (memandai je kak kak kan dorang, mementang aku paling muda, muehehe jgn mare), gerak ke Plaza Angsana. Lama jugak di sana, sekitar pukul 6ptg, kami pinda rancangan, tak jadi ke Anjung Warisan, kami decide gerak ke The Zon. Wuhuu dah la ntah memana ceruk ntah aku pegi. Sampai je sana terus makan, and then ronda The Zon tu. Aku tak pernah masuk ke dalam tu sebelum ni. Well, not bad la. Tapi lagi meriah pi Tebrau City.

Aku cuma membeli handbag seketul (langkah awal menjadi ayu). Kebiasaannya, aku angkut beg laptop atau beg sisi yang gabak sekali (boleh muat botol susu anak, lampin anak, botol air, segala buku). Sampai kadang2 kakok tanye ape bende yg ada dlm beg aku ni haha. Now aku nak cuba jadi ayu sket la. Kita tengok sejauh mana aku leh transform diri hahaha. Oh yer, semalam pun aku ada gak shopping. Beli jam. Yang penting ada stopwatch, senang nak buat keje lab hehehhe.Secara ringkas, aku sgt seronok ini hari. Sbb dpt spend time dgn kekawan =) mwahaha

Next project : 7hb Februari 2008 (Dunia Baru The Movie) Muahahahaha