Sunday, June 15, 2008

Lirih Hati

Salam

Barangkali agak terlewat untuk aku mengutarakan rasa dan rintihan hati kala menerima berita tentang kenaikan minyak berkuatkuasa hari Khamis lepas. Memang agak terkejut, hinggakan hati dan mulut bergerak seiringan berkumat kamit mengeluarkan kata-kata yang tidak berapa best terhadap PM. I know, my bad. Shouldn't have said it. Tapi waktu emosi menguasai diri, kita seringkali hilang kawalan diri, kan? Yang pasti tiada perkataan yang aku ucapkan yang merendahkan mentaliti aku. Dan fenomena stesen minyak dibanjiri kereta di malam itu, aku rasa, situasi itu boleh di saksikan mungkin sekali seumur hidup je. Dua kali seumur idup, kalau umur panjang.

Beberapa hari kemudiannya, aku bertolak ke Kuala Lumpur dengan teman serumah. Kami punya gathering kecil-kecilan dan aktiviti meronggeng ke Genting Highland bersama bekas teman sekursus. Sudah lama aku tidak ketemu mereka. Alhamdulillah, kami empat belas orang selamat pergi dan pulang. Ucapan terima kasih tak terhingga kepada Ijan, Wanie dan BangLong kerana bersusah-payah menguruskan tiket dan acara. Million thanks to Lina and her housemates yang baik hati kerana sudi menumpangkan orang jauh di rumah mereka. Makasih bebanyak juga buat kakakku yang terchenta, Nina, kerana belanja makan di atas Genting. Oh ya, pulang dari Genting, singgah di KL Sentral, aku membeli novel Ketika Cinta Bertasbih II, karya Kang Abik. InsyaAllah selepas ini akan mula ku selak novel Ketika Cinta Bertasbih I & II.Movie Kang Abik bakal ditayangkan di Msia (akhirnya!). Walaupun sudah menonton berkali-kali, tidak sabar rasanya mahu menonton di wayang.

Perihal tugasku sebagai tenaga pengajar sambilan di pusat tusyen. Aku kini telah diberi kepercayaan untuk mengajar kelas darjah lima, bermula Jumaat lepas. Maknanya, aku punya empat kelas malam setiap minggu untuk di ajar. Sekaligus memberi signal yang aku perlu serious membahagi masa untuk menyediakan tugasan mengajar bagi kelas darjah tiga, empat, lima, enam dan juga perlu kerja keras membuat eksperimen. InsyaAllah, mudah mudahan semua dapat diuruskan dengan baik.

Akhir sekali. Hari ini Hari Bapa. Ucapan Selamat Hari Bapa aku ucapkan buat ayahanda tercinta, Mohd Noor Bin Ramli. Terima kasih atas segalanya. I love you Papa! Tidak lupa juga kepada bapa-bapa dan bakal bapa yang di luar sana, semoga kamu sentiasa menjadi bapa mithali terhadap keluargamu. Amin.

Salam