Saturday, August 16, 2008

Saya Demam

Salam

Maafku ucapkan kerana sudah terlalu lama tidak updatekan blog ni. Terlalu banyak perkara telah berlaku sepanjang tempoh tidak updatekan apa apa berita tentang diri ini. Dengan ringkas, sepanjang tempoh aku mendiamkan diri, aku telah dilanda demam. DEMAM SIBUK!

Yang pertamanya, anak anak ku yang berada di darjah enam akan menduduki peperiksaan UPSR. Aku kira, bagi mereka, peperiksaan itu di anggap sebagai peperiksaan terbesar dan terpenting dalam hidup mereka. Oleh yang demikian, aku juga terkena tempias dan bahang peperiksaan tersebut. Manakan tidak, siang malam aku tidak pernah lupa untuk memikirkan bagaimana caranya untuk memastikan mereka benar-benar bersedia. Tidak cukup dengan latihan yang diberi, akujuga kerap memberikan nasihat-nasihat dan peringatan kepada mereka (kadang kadang aku rasa macam dah membebel pun ada ). Sekarang ini aku sedang dalam proses menyiapkan nota-nota ringkas dan kemudiannya akan di fotokopi untuk dijadikan sumber rujukan mereka. Mudah mudahan Allah permudahkan perjuangan mereka di dalam dewan peperiksaan nanti.

Yang keduanya, aku dilanda kesibukan yang tahap dewataraya. Ini disebabkan pasukan penyelidikanku mengambil bahagian di dalam pameran INATEX 2008 yang diadakan di UTM bersempena dengan pesta konvokesyen UTM yang ke 41. INATEX itu merupakan akronim kepada Industrial Art and Technology Exhibition. Ini merupakan kali kesepuluh pameran sebegini di adakan. Dan biasanya bertapak di tapak pesta konvokesyen. Kami sepasukan perlu bergilir gilir menjaga lot pameran kami sepanjang pameran ini berlangsung. Ada tiga produk yang kami pertaruhkan. Mudah mudahan mendapat tempat di mata dan hati juri. Amin.

Minggu hadapan, pelbagai perkara menarik bakal berlangsung. Antaranya, sepupuku yang ku gelar Kak Rozie, insyaAllah bakal melangsungkan pernikahannya di Kuala Kangsar pada 18hb Ogos 2008. Kemudiannya, seorang teman seperjuangan di UTM, juga merupakan senior courseku bakal melangsungkan majlis kenduri kahwinnya di Johor. Yang terbaru, aku baru sahaja mendapat jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan senior sekolah menengahku. Doa dan harapanku, moga-moga hubungan yang terbina di atas nama pernikahan ini akan berpanjangan, sentiasa diberkati dan berada di bawah limpah rahmatNya. Amin.

Terakhir sekali. Aku merindui keluarga dan teman-teman ku di Petaling Jaya. Rasanya ada beberapa perkara yang aku tidak tunaikan lagi. InsyaAllah akan ditunaikan seberapa cepat yang mungkin. [Incek Wan, nanti aku bagi gambar tu, sorry, lambat gilos aku nak post laju kat ko]. InsyaAllah.

Oh ya! Ramadhan bakal bertandang. Mudah mudahan kita semua mendapat kekuatan yang berterusan untuk sentiasa melakukan amal ibadat bersama sama =)

Sampai ketemu lagi. InsyaAllah akan ku hiasi blog ini dengan gambar-gambar.

Salam