Saturday, October 28, 2006

Large

Haih pesal takleh upload gambo yg large lak ni =( tgh nak compare size mana yg best ni. Ampes betul lah. I guess the medium would do just fine. Huhu

Medium

Small

Operasi

Well, memandangkan kakngoh dah pulang, kami mempunyai operasi mencari makan malam di luar. Operasi yang bermula pukul 8pm ini disertai oleh kaklong gak. We went to Payung Skudai, but unfortunately, kedai makan tu masih tak bukak. So kitaorang headed ke Taman Universiti lak. Pun pening kepala dok tengok kedai kedai makan tak bukak lagi. Alamatnye kami terpaksa pergi ke Jusco Taman U.

Masuk jer Jusco tu, kami terus ke Sedap Corner, tapi ada function lak, so diaorang tak entertain sebarang order dari luar. Kampet betul la. Lenkali letak la board ke ape ke kat depan tulis ada function. Then kami ke foodcourt jusco tu, cuma ada dua menu je dan tak menarik hati langsung. And then kami pegi upstairs and try to intai apa yang ada. Alih alih lalu depan kedai kasut VISS, and kakngoh berkenan lama dah dengan satu sandal ni, and dia terus beli tanpa banyak pk. Aku lak sambil sambil dok intai handbag.

Pas tu kami decide pi makan kat Ayamas je la. Aku dgn kaklong cekau set A (chicken rice with black pepper chicken), kakngoh cekau noodles with black pepper chicken. Selesai makan kami pun ke kedai yang jual handbag, aku teringin nak tengok sebab ternampak ada tulis 70% less huhu. Pas tu intai punye intai, aku tak berkenan. So terus kami ke kedai music kat sebelah tu, haha, kat situ aku berjaya melaburkan duit raya aku. Aku beli cd citer indon, Lovely Luna. Nanti nanti la aku tengok. Malam ni tak boleh, nak buat kerja sket.

Korang nampak kan? Part nak beli kasut nak beli handbag, punyeeeee la bezaman aku amik masa nak survey and cari yang berkenan di hati, tapi bila masuk kedai cd je, rosak akidah aku. Terpesong segala niat. Aku seolah olah kena pukau je, dok senang je keluarkan duit beli cd. Bezanya tadi, aku beli yg original hehe. Kebiasaannya aku sokong cetak lompak je hahaha =)

Okies la. Mau membuat sedikit kerja. Mwah

:+:CikPayung:+:

Yeay

Kakngoh dah balik. And aku tak keseorangan di rumah lagi =) I woke up and aku perasan selipar kakngoh yg terletak tepi pintu masuk mlm tadi dah takde. I knew dia dah balik. Rasa nak terkam je bilik dia and borak borak dgn dia, but pintu bilik kakngoh terkatup rapat, and tiada bunyi yang kedengaran dari dalam bilik tu. Tidur agaknya. So aku buka sliding door, selak langsir nak bagi cahaya masuk ke dalam umah, and aku sambung tidur hehe.

And bila aku terjaga dari tidur buat kali kedua, I found kaklong and kakngoh di ruang tamu dok borak borak. Aku sangat lah happy. At last dapat jugak mulut ni bercakap dan berbual dengan seseorang. Kalau idak asik jari je menaip berbual, tak syok =D Macam-macam kami bualkan, and korang bayangkan je la, aku dengan tak mandi + baju kelawar + rambut tak tentu hala dok sakan nak berbual, lepas gian berbual jap. And then kakngoh nak pi mandi, aku pun decide nak pi mandi gak. Then kaklong pun pulang ke kolej dia, yg located not far from our apartment, three minutes driving jek.

Herm. Overall, both of them terkejot bila aku beritahu aku pulang ke kampus on second day of raya. Dedua macam tak percaya. Aku pun sebenarnya mcm tak percaya. But hehe, aku berjaya buat kerja gila, yeay! =) Kaklong told me kampung dia banjir, kakngoh pun cakap, kedah banjir, tapi area rumah dia tak kena la. Herm, mmg selalu banjir ke kat sana? Aku ni geografi mmg hancur sket, monsun timur laut ke barat daya ke tenggara ke, semua fail. So aku tatau la sekarang ni musim ape, nak masuk musim tengkujuh agaknye. Patut la hujan, ye dak? Erm tapi kaklong said abis padi nenek dia, and I was like, herm, sian nenek kaklong. Penat penat tanam, dah elok elok dah, tup tap ditenggelami air. Nak buat macam mana. Hebat mana pun teknologi, hebat mana pun kita, kita tetap tak mampu melawan forces of nature.

Ok la. Mau sambung buat kerija. Mwahahaha aku dah ada geng yea yea. Takde la kesangapan lagi. Alhamdulillah. Poof!

:+:CikPayung:+:

Friday, October 27, 2006

Annoucement

Kalu korang perasan, ada huge gap between entry aku yg Testing and Tora Datang Lagi. August and October? Jauh kan gap tu. Time tu blogspot mcm ada masalah. So aku lari memblogkan diri di livejournal. So if u wanna know more bout what really happened during that period of time, feel free to jenguk to http://cikpayung.livejournal.com thanks. Simply click Archive if u want to read all the entries yg aku buat sejak August til October =) huhu. Epi ari raya.
:+:CikPayung:+:

Lengang

UTM lengang. Aku dah terlajak balik awal. Seawal hari raya kedua. Niat di hati tak nak susahkan family. Erm, family pun dah beraya di perak. Isk kekawan semua balik lewat. Aku tak dengar bunyi motor pun, tak nampak kelibat orang bergerak pun. Aduih sakit nye jiwa ni. Aku tak pernah dok sorang sorang gini. Rasa kesangapan terserlah. Dah la tak sempat angkut rendang and ketupat hehe. Mama just bekalkan mihun goreng je (alhamdulillah). Aku wishkan semua orang selamat hari raya, maaf zahir batin. And jangan la buat kerja gila balik kampus seawal hari raya kedua mcm aku ni, serious laaa jatuh giler dok sorang.
Aku ada berbual dgn sorang akak ni. Dia bakal berjauhan dengan suami dia sebab suami dia nak pursue phD. Depa ada baby girl umur 8 bulan. Herm, if aku la, aku tak sanggup berjauhan dgn suami. Sungguh. Akak tu tak dpt nak ikut suami sbb living cost sana tinggi, and dia tak mampu nak cope dgn lifestyle kat jepun (dia pernah cuba, tak lepas). Aku lak erm, entah, rasa tak sanggup berjauhan la dengan org yg aku kasihi. So aku akan avoid la daripada bercenta dgn orang yg nature kerjanya berjauhan dgn family berhari hari, tak sanggup weh. Talk about kawen, during raya aritu nenek and kezen aku dah pesan cari boipren cecepat. Infact before aku balik, time bersalaman dengan nenek, dia peluk cium aku, dengan pesanan kot kot la dia tak sempat tengok aku kawen nanti. Haih.
Senang je aku jawab, "nenek mana leh mati dulu, nana tak kawen lagi" hehe. Aku sambung gelak la. Tapi serious, aku nak nenek aku sempat tengok aku. Nenek dah tua. Aku just terfikir, if tak sempat tengok aku kawen, at least aku sempat pertemukan bf aku dgn nenek. Itu je harapan aku. Herm. Sadis nye bila pk. Aku benar benar sayangkan nenek.
Ok la. Tanak citer meleret pepanjang. Gtg. Nak wat keje. Mwah

:+: CikPayung :+:

Sunday, October 22, 2006

Tunang

Budaya melayu mengajar kita untuk terlalu mengambil kisah perihal apa kata orang itu, apa kata orang ini, sehinggakan di saat kita mahu membuat keputusan terpenting dalam hidup pun, kita kena amik kira apa kata orang. Aku melihat perkara ini dari banyak sudut. Sudut tirus, sudut mencapah hehe. Well, apa yg aku cuba sampaikan ialah, kita terlalu banyak mengambil kira pandangan orang, dan membiarkan orang lain menjadi memberi pengaruh yg besar dalam hidup kita. Secara tidak langsung, kita ni hidup dibayangi kemahuan orang lain, bukan di atas kemahuan dan kehendak kita sendiri. Akhirnya? Kita rasa tak puas dengan hidup, tak gembira.

Apakah yang anda faham tentang konsep tunang? Aku tak pasti apa sebenarnya definisi tunang ini. Tapi bertunang itu satu perkara yang dianjurkan oleh islam, bertujuan agar pasangan diberi tempoh untuk berkenal kenalan bagi tujuan mencari keserasian utk hidup bersama selepas berkahwin kelak. Itu yang aku faham. Aku tak pasti apa yg orang lain faham tentang itu. Dan semaklum aku, zaman tok kaduk dulu, orang tak bercinta sgt before kawen. So mereka ditunangkan, kenal kenal sket, and kawen, and bercinta after kawen. Dan bagi anak anak dara yang zaman tok kaduk dulu tu, mereka tak boleh nak bantah apa pun yang telah dirancang dan direncanakan, just follow apa yg mak bapak uruskan, and redha je dengan apa yang dirancang. Dan bezanya perempuan dahulu dengan perempuan sekarang ialah, perempuan sekarang sudah tahu apa hak dan pilihan yang sebenarnya dia ada. Zaman dahulu, kalau family dah plan nak kawen kan si dara ni dgn mamat sorang ni, perempuan tu tiada pilihan lain melainkan tunduk patuh pada apa yg family uruskan. Kemudian, tak kira la mamat tu perangai macam mana, si dara (yg kemudiannya bergelar isteri) perlu redha je dengan perangai suami tu. If dapat yg baik, alhamdulillah. If dapat yang suka sepak terajang pun, WAJIB patuh, jangan lawan.

Itu adalah fenomena zaman tok kaduk dulu.And like i said just now, zaman sekarang perempuan sudah bijak berfikir. And zaman sekarang, definisi dan fungsi bertunang itu pun dah bertukar gamaknya. Kalau dahulu, tiada cinta cinta tahap gaban nak mampos before kawen. Zaman sekarang bercinta sebelum kahwin itu adalah lumrah. Dan bertunang itu sekadar mengikut adat. Why aku kata mengikut adat? Sebab, fungsi bertunang yang dahulunya adalah untuk berkenal kenal dan mencari keserasian telah pun selamat dilakukan semasa bercinta. Malah ada yang lebih dasat lagi berlaku di zaman cinta cinta (tanpa ikatan tunang dan ikatan kawen), yakni having sex dgn pasangan memasing tanpa ikatan. So why bertunang? After dah bercinta sakan bertahun tahun, dah confirm pun nak kawen dgn minah/mamat tu, why nak bertunang? Kan dah jumpe keserasian tu, kan dah kenal kenal dah, kenapa nak bertunang? Why not kawen je terus, nikah je terus. Fungsi bertunang dari pandangan agama telah pun sedikit sebanyak pudar. Ramai orang menggunakan tempoh bertunang itu sebagai tempoh persiapan, bukannya untuk berkenal kenalan. Yang pasti, yang bertunang itu akan disatukan dengan ikatan perkahwinan.

Tapi, ada jugak segelintir yang masih berpegang pada definisi sebenar bertunang. Especially for those yang jenis tak pernah bercinta and tak banyak kenalan lelaki and perempuan. So mereka bertemu, kenal ala kadar, dan kemudian bertunang untuk mencari persepakatan dan keserasian.Kemudian after bertemu keserasian, diharapkan dapat lanjutkan hubungan ke ikatan yg sah di sisi Islam. Itu kalau jumpe keserasian. But what if sepanjang tempoh pertunangan, keserasian itu sebenarnya jauh menyimpang? What if after bertunang, baru dpt discover yang sebenar benarnya, misi dan wawasan tidak sehaluan, cara pemikiran berbeza, dan lifestyle berbeza? Well, aku faham, perkara itu lumrah, itu sebabnya dalam perkahwinan perlu bertolak ansur, perlu bertoleransi, perlu komunikasi yang bagus supaya jurang perbezaan itu dapat didekatkan. But what if hanya satu pihak je yang bertolak ansur, hanya satu pihak yang asik mengalah dan bertoleransi, dan satu pihak saja yang really work hard to make sure the communication sentiasa berjalan between two pihak. Isnt that hard? Seolah olah komunikasi satu hala je. Macam mana nak hidup bersama, kalau komunikasi tiada.

Dan bila sudah bertunang, sudah berkenal kenal, sudah mencari keserasian, tetapi tidak jumpa. WAJIB ke kahwin? Budaya kita mengajar kita untuk teruskan saja perkahwinan walaupun sudah tiada keserasian di situ. Sbab, nanti apa pulak kata orang? Malu keluarga, banyak duit dah keluar, dah kecoh satu dunia, tapi tak jadi pulak majlisnye. Malu nanti, malu nanti. Elok kahwin je. HABIS TU, esok lusa kalau masih tak mampu serasi, bercerai? Haih... Benar, dianjurkan dalam agama, bertunang dan berkenal kenal, kemudian kahwin kalau serasi. Tapi harus di ingat, kita tak boleh mengambil sikap redha di atas apa yg ada.

Misalnya.Aku ditunangkan, dan aku tak gembira di atas pertunangan ini, tapi redha je la, redah je la, mudah mudahan pas kawen semua ok. Terima je la dengan hati yang terbuka, ini sudah ditentukan, semua ini sudah tertulis, aku harus redha. Persoalannya di sini, bukankah kita mempunyai PILIHAN? Bukannya hidup ini menghidangkan kita dengan seribu satu pilihan, agar kita dapat menjalani hidup yang bagi dan membahagiakan. Kita punya akal, dan selepas menggunakan akal untuk pertimbangkan yang baik dan buruk, kita buat pilihan, dan setelah membuat pilihan, kita berusaha jadikan pilihan itu yg terbaik buat kita, dan kemudian barulah kita redha dengan apa yg berlaku. Aku percaya, itulah the right way. Jadinya, if aku tahu aku tak gembira atas pertunangan ini, if aku tahu keserasian sudah jauh terpincang dari jalan aku dan jalan dia, aku punya pilihan kan? Untuk teruskan, atau untuk putuskan. Semuanya demi aku, demi hidup aku, demi kebahagiaan aku. Bukan demi orang lain, bukan demi jiran jiran tetangga yang banyak mulut tu, bukan demi orang kampung yang akan bercerita memacam. Kan?

Itu je la kot yg aku nak bebelkan.

:+: CikPayung :+:

Saturday, October 21, 2006

Tora Datang Lagi

Berkali kali aku cuba untuk update blog. Tapi tak lepas. Aku tak pasti what went wrong, aku cuma sekadar dapat simpulkan, blogspot tak sayang aku, tu je hehe. So hari ini aku ingin membuat attempt ke ntah berapa kali untuk update blog ni. Harap harap lah lepas. Sakit sangat jiwa ni bila dah taip byk byk, and then tak dpt nak update. Terseksa sket rasa.Agaknya Allah SWT mahu menduga tahap kesabaran aku sepanjang bulan puasa ni kot. Hehe

By the way, Rabu aritu aku ke Jusco Tebrau. Aku pegi dgn housemates aku, memek and kakngoh. Memek ajak adik dia ikut sekali, and terus overnight di umah kami, so that the next morning tak perlu kelam kabut nak fetch her sis and and ke sri putri utk naik bus balik kampung. All of us berniat nak mencari kasut raya. As for me, dlm list things to buy aku cuma ada dua, sepasang kasut and sebuah buku.

We bertolak dalam sekitar 2 lebih, after zohor. And then sampai sekitar 2.45 kot. Terus meronda mencari kasut. Mula mula aku ke Elle, and aku test kasut, macam best je. And time tu dalam kepala dah take note, elle dah ada pilihan. Then aku ronda, ke kedai kedai lain, and malangnya aku tak jumpe kasut lain yg berkenan di hati untuk dibuat perbandingan. So before aku buat keputusan ngeng, better aku pi cari buku.

So all of us ke bookstore. Aku rasa aku boleh jadi gilerrrr dok dalam tu. Terlalu banyak buku yang menarik narik hati dan perasaan. Rambang mata, and tak secomplicated nak cari kasut. Aku berminat dgn buku koleksi poems by Emily Dickinson. And then aku berminat nak beli Anne Rice's Memnoch the Devil, sebagai menyambung perjuangan the vampire chronicles aku tu. And then ternampak pulak Mitch Albom punya latest buku. Pas tu aku tengok koleksi east vintage, and mata terpaut and hati terpanggil panggil utk cekau Haruki Murakami's Norwegian Wood. And then aku terpandang lak Chinese Dilemma. Hehe kalau aku senarai lagi, memang lagi sakit jiwa. Aku tak tahu nak pilih ape, ikutkan hati nak borong je semua, tapi bajet takdak haha. Disebabkan aku berada dlm mode undecided, so aku decide jgn beli dulu. Jangan terburu buru membeli =) But sebenarnya, aku hampir angkut Norwegian Wood ke kaunter dah. Then pikir pikir punye pikir, aku decided not to. Erm how i wish aku dpt bina rumah di dalam kedai buku =)

So, sambung perjuangan mencari kasut. Cari punya cari, sambil sambil tu aku survey gak la handbag. Bertahun gak aku survey mencari yang berkenan di hati, amatlah payah. Aku ni sangat susah nak beli barang untuk diri sendiri, especially baju or aksesori. Aksesori yang ada pun dlm simpanan aku kat sini ialah jam (ini dah kita necessity), erm cekak (tu pun pakai dlm umah je) and erm erm erm, brooch tudung? Haha. Serious la, aku sangat tak reti nak beraksesori tambahan ni. Aku tak tindik telinga, so tak perlu beli or kumpul fancy earrings. Aku tak pakai bracelet, sbb rimas. But aku ada satu charmbracelet, bought it di Sunway Pyramid after spm, aku beli sebab pendant dia tu comel, ada pepatung, ada ladybug, ada lebah, hehe. Comel, tapi tak pakai sgt pun. Rasa kekok utk suddenly buat/pakai something yg aku tak biasa pakai.

Ok berbalik pada survey handbag. Aku bajet nak cari beg yg besar, so that leh angkut and simpan telekung memana aku pi, and leh sumbat segala memacam benda dlm tu la, such as botol susu anak ke, lampin anak ke, lampin aku ke haha, botol air, and memacam la. So aku dok aiming yang agak besar la, tak pandang langsung kat yg kecik kecik. Ada yg aku berkenan, tapi sangat expensive, dah cop pun renoma, tau tau je la harga brapa.

Ekceli last two months aku dah terjumpa satu beg pierre cardin yang sangat menarik narik hati,sekali pandang aku jatuh cinta, tapi time tu beg tu tak masok senarai benda penting utk dibeli, so aku tangguh tangguh le plan nak beli. And everytime i went to jusco taman U, aku akan masuk kedai tu utk lepas rindu kat beg tu. And on one fateful day, aku pegi ke kedai tu, and betapa frust nye jiwa and hati perasaan bila tengok beg tu dah takde. Haiyoh, orang tu dah jual, design tu dah takde lagi, and itu yg terakhir. Erm frust weh. Tapi takpe, takde rezeki and silap aku sbb tangguh tangguh, redha je la memandangkan duit perlu digunakan utk benda lain yg aku consider lebih penting.

So bila dah hampir habis tawaf setiap floor mencari beg saiz agak besar dari handbag cinonet tu, tetiba aku terpikir. Erm aku perlukan handbag supaya pergerakan aku ringkas especially kalau pi kenduri kawen ke, atau majlis majlis tertentu. Which means, aku hanya perlu beg yg kecik, sbb nak letak hp, purse, kunci kereta, and benda kecik kecik je. So why aku perlu beg gedabak ni? Aku macam, ish bodohhh nye aku, tadi tanak pikir pepanjang, la ni kena ronda satu mall dari awal. Sebab aku bukan spesis tangkap muat je. So aku ronda la semula. Sebab once otak aku dah setuju handbag yg kecik pun boleh diterima masuk utk dijadikan pilihan, automatically scope aku jadi besar, pilihan jadi banyak and aku perlu recheck semula semua kedai. So aku cek la, and utk beg kecik, ada satu di MNG (RM265), and TopShop (RM119), as for beg yg agak besar aku berkenan dgn Dorothy perkins (RM80) and Roxy (RM150 kot, lupa harga dia). Tapi yang paling berkenan di hati adalah MNG tu nye. Aku hipertensi tahap nak mampos semalam. Bilamana, di bahagian handbag and purse, rata rata harga semua tu mmg ok la. Other bags semuanya ranging from RM60-RM150 at most utk handbags, while purse boleh ranging from RM30-RM100 gitu. So bila mata aku dah terpaut kat satu beg tu, aku capai and terus test, mmg selesa, and aku sangat suka ha. Aku bajet bajet la dia seratus lebih pun paling tinggi. Skali RM265. Aku terus, aiseh, belanjawan terpesong akidah terus. Boleh jer nak kuar duit and beli, tapi aku rasa itu satu tindakan yg tidak rasional la, utk terus menerus memenuhi kemahuan nafsu. So aku memilih utk tidak beli and berharap esok lusa beg tu ada lagi =( erm tanak le jadi mcm pierre cardin tu. Haih, pesal la dalam byk byk beg tu, yg aku bekenan jugak yg mahal nak mampos. Renoma pun mahal nak mampos, tapi design simple and aku suka giler. So tengok je la rezeki camne nanti, ada duit lebih, beli la, if takde, takde hehe. Tapi lepas tu, aku tensi betul tengok sesapa yg jalan bawak shopping bag MNG tu haha. Geram sambil tersenyum. hikhik

Ok after solat asar, aku jejalan dgn kakngoh menuju ke Elle, sebab situ je yg ada pilihan yang sudah pun tersemat dalam otak. Sedih sebab takde kasut lain utk dibandingkan harga and keselesaan and design. Bila dah sampai Elle, tetiba rasa tawar hati. Pulak! Buku tak beli, kasut tak beli, ape ni? Tak mencapai objective. Tiba tiba je aku rasa tawar hati and aku cakap kat kakngoh, jom la gerak, aku takde rasa nak beli.Tgh jalan jalan aku and kakngoh terlintas depan kedai Theme. Ada sale kat kedai kasut tu, and aku rupanya dari tadi aku tak pernah lalu kat situ, so aku decide utk tengok. Then aku terpandang satu kasut ni. Black and white la tapi, tapi design dia sgt simple and elegant. Kakngoh pun angguk angguk setuju. Bila aku try, kakngoh kata dia suka sgt tengok sbb kaki aku cerah, so dia kata elok pakai kasut kaler gelap, biar nampak contrast. Aku berbelah bahagi lapan, nak plain black je ke atau nak cekau hitam putih. Then pikir nye pikir, aku decide nak beli black, because hitam masuk dgn semua spesis baju, aku nakkan pelaburan yg aku buat ni sangat value for money. Aku leh pakai time jadi pengapit nanti, aku leh pakai masa presentation, aku leh pakai masa raya nanti, hehe =) And discount 50%, aku tersenyum je. Kakngoh faham la kenapa aku senyum. Aku pun pi bayar =)

Sesungguhnya, aku memang mengambil masa yang agak lama untuk survey barang and membeli barang, sebab aku mahukan pelaburan aku tu berbaloi and tiada rasa menyesal di kemudian hari. Sometimes after berjam jam cari barang, aku tak beli barang pun, sebab tak berkenan. Cara aku decide beli barang adalah, survey utk cari yg terbaik, bandingkan dari sudut harga, keselesaan dan design, as for color, aku mmg akan beli hitam, takkan beli kaler lain. And last skali, aku merujuk pada hati. If dah menepati criteria sebelumnya, tapi hati rasa berat atau rasa tak dpt seru, I wont buy it. Tapi semalam aku sangat puas hati and sangat gembira atas pelaburan aku. A pair of kasut itam, selesa, cantik, design simple, and 50% less =) cara pembelian ni aku apply kepada hampir semua benda yg aku beli, except for dvds and cds. Itu kes terkecuali hehe. Aku ada masalah nak kawal diri when it comes to pirated dvds and pirated cds, and aku berniat nak overcome masalah ni la hehe. Sebab kat umah ni aku dah mcm anak lanun, asik beli cd lanun cetak rompak tu je. Haha

Pulang ke kL, aku akan survey handbag and buku. Aku rasa aku nak beli Haruki Murakami tu nye buku la. Menarik narik hati dan perasaan. As for handbag, aku harap mak aku akan jadi penaja rasmi hehe. Harap sgt hehehehe. Tak sabo nak pulang ke KL. Yeay esok pagi aku balik =)

:+: CikPayung :+: