Saturday, January 24, 2009

Takziah

Di kesempatan ini, Nana ingin mengucapkan takziah kepada sahabat serta teman rapat, Wati dan sekeluarga, di atas pemergian kedua nenda tersayang. Diharapkan agar Wati sekeluarga dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ketentuanNya. Kita sama-sama ditakdirkan mengalami perpisahan dengan insan yang tersayang. Doa dan harapan Nana, agar roh kedua nenda Wati akan sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Amin.

Dear Wati,

I am truly saddened to hear of your loss. You were there when I was facing hard times losing my dearest nenek. You were always there when I needed someone the most. And it was only nearly a month ago. Never had I imagined that you'll be losing yours too just few weeks after mine. I could imagine the pain you're dealing with right now. Be strong, as you will always be surrounded by the people who love you and support you. I love you. Always.

Nana

Yang Terjadi

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Israel mengumumkan gencatan senjata. At least buat masa terdekat, tiada lagi kedengaran berita yang amat memilukan. Pun begitu aku percaya, gaza dan warga palestin masih memerlukan bantuan kita semua untuk memulihkan keadaan. Mari kita sama-sama menyalurkan bantuan!

Obama pun sudah selamat bergelar Presiden US. Aku mengharapkan dia tidak seperti Bush. Dia menjadi harapan sekalian komuniti di seluruh dunia. Mudah-mudahan, dengan asal usul dan kedudukannya, dia dapat sedikit sebanyak memulihkan hubungan antara negara serantau dan juga mengembalikan keyakinan rakyat pada pucuk pimpinan negara sendiri. Juga tak lupa, agar dunia mula berasa yakin dan hormat pada US kembali.

Oh yer. Agak lewat aku mengucapkan ini. Tapi, better late than never, kan? Tahniah buat Adwa dan Man di atas pertunangan kalian. Harapan aku, urusan kalian dalam membina rumahtangga akan dipermudahkan. Jangan lopa jempot aku yer =)

Ucapan selamat harijadi yang ke 24 juga aku tujukan buat Cik Raihana yang jauh di mata, dekat di depan skrin hihi. Dia sambut besdaynya pada 23hb January 2009. Mudah mudahan perjalanan kita juga dipermudahkan dalam menamatkan pengajian kita ek ek ek =) Oh yer, hari ini pula, harijadi cousin aku, Warith Aifa atau lebih dikenali sebagai Addin ( asalnya makcik aku nak namakan dia Hafith Addin, tapi tak jadi, but melekat nama Addin tu sampai sekarang). Dia sudah pun berumur 14 tahun. Dan esok, 25hb January 2009, harijadi Incek Kamarul tercenta, yakni banglong yang kukasehi hehe. Cewah. Happy birthday yer banglong. Ni advanced sket. Esok aku sms ko pulak.

Berita dari keluarga pula. Kami mempunyai ahli keluarga yang baru. Rumah aku kini acapkali kedengaran suara tangisan baby yang mahukan susu. Mama tak abis-abis mengadu, penat menjaga anak kecil siang malam. Haha nak cucu sgt kan? Ni la waktunya nak prektis jaga baby. Al kisah, ada seekor anak kucing ditinggalkan ibunya. Malang sekali, ianya cacat penglihatan. Tidak tahu ke arah mana mahu pergi, maka diambil oleh keluarga aku utk dijaga. Mama bilang, persis menjaga baby baru lahir. Kadang kadang pukul satu pagi mama perlu bangun utk berikan dia susu (susu kucing yang dibancuh dan di letak dalam botol susu khas). Mama bedungkan anak kuceng ni, supaya dia tak meronta-ronta, dan susukan macam menyusukan anak kecil. Menyedari mama seorang yang sangat tidak menyukai kuceng, aku tak boleh membayangkan ketabahan mama berdepan dgn anak kuceng yang seekor ini. Kakak bilang, barangkali anak kuceng ni dah anggap mama sebagai ibunya. Sebab setiap kali dia terbau mama, dia akan bising yang amat sangat. Dan dia akan dok diam dgn mama jer. Dengan orang lain dia meronta. Hehe. Sekian je la kisah adik baru aku.

Supervisor aku dah dinaikkan pangkat. Bergelar Prof. Yuhu yuhu! Yabeda bedu! Teruja sekali mendengar khabar berita itu. Tetapi gerun jugak. Dimaklumkan, panel viva kami semua bakal bergelar Prof keseluruhannya. Tak ke gerun? Kalau sebelum ini, jika supervisor bukan pangkat Prof, hanya satu panel viva sahaja yang perlu berpangkat Prof. Sikarang, semua kena Prof. Selamat la kena paku paku centa yang menusuk kalbu hehe.

Sekian. Salam

Thursday, January 15, 2009

Bulan Pertama 2009

Assalamualaikum

Tidak banyak yang ingin diperkatakan. Yang nyata, hati aku semakin remuk melihat keganasan dan pencabulan yang berlaku di bumi Palestine. Begitu banyak nyawa terkorban dalam mempertahankan tanah mereka. Ya Allah, kau berikanlah kekuatan dan kemenangan kepada para pejuangMu di Palestine. Jikalau mereka gugur, gugurkanlah mereka sebagai golongan yang syahid di jalanMu. Amin.

Sedih mengenangkan negara-negara Arab seperti acuh tidak acuh dengan apa yang berlaku di depan mata. Seolah-olah melihat ahli keluarga sendiri dirogol dinodai depan mata, tapi tidak dipedulikan oleh adik-beradik yang lain. Setiap hari, setiap kali aku sentuh laptop, perkara pertama yang aku pastikan aku lakukan ialah melayari website palestinkini agar aku tidak ketinggalan dengan apa yang berlaku pada saudaraku di sana. Hiba. Sebak. Setiap kali melihat gambar gambar dan membaca segala laporan di situ, itulah yang aku rasa. Terus terang, aku tidak berapa sanggup menatap gambar-gambar itu lama-lama.

Haih

/me rasa sedih

Thursday, January 01, 2009

Maal Hijrah dan Tahun Baru

Salam

Tanggal 28hb Disember 2008, rata-rata muslimin dan muslimat di serata dunia berkobar menyambut kedatangan tahun baru Islam. Doa penutup tahun dibaca dan dituruti dengan doa pembuka tahun. Alhamdulillah. Masih berkesempatan meraikan ketibaan tahun baru. Mudah-mudahan diri ini menjadi lebih baik dari sebelumnya dan sentiasa berada di bawah jagaanNya.

Pun begitu. Dalam kesibukan dan keghairahan kita menyambut kedatangan tahun baru, kita disajikan dengan berita sedih berkenaan serangan pihak Zionis di Gaza. Amat menyedihkan. Hanya doa yang mampu dititipkan, agar saudara seIslamku tabah dan kuat menghadapi dugaan yang satu ini.

Tanggal 28hb Disember 2008 juga mencatatkan insiden yang agak memilukan buat aku sekeluarga. Sedang aku menonton dan berbual dengan housemateku di ruang tamu, aku menerima panggilan telefon. Telefon rumah sewaku berdering. Aku melihat jam. Sudah 12.30 malam. 29hb Dec! Terdetik, harijadi abangku! Akan aku wish sebentar lagi. Sudah terlintas difikiran, yg menelefon tidak lain dan tidak bukan ialah mama ku sendiri. Hp di bilik, pasti mama call tiada jawapan. Maka terus telefon ke rumah sewa. Aku jawab panggilan. Di hujung talian, kedengaran suara mama. Tersedu-sedu. Menangis.

Nenek kritikal. Di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Selepas solat Maghrib, nenek sakit dada.Di saat ramai orang selesai membaca doa awal tahun, nenek rupanya sedang bertarung nyawa. Terus di bawa ke klinik dan direfer ke hospital. Aku terdiam. Tak tahu bagaimana untuk respon. Letak gagang telefon. Aku beritahu Wati. Wati mintak aku bersabar. Dan dia sudi temankan aku ke Seremban malam itu juga. Aku nekad ke Seremban. Sia pun turut serta. Sekitar 2 pagi kami bertolak. Alhamdulillah tiba di Hospital sekitar 5 pagi.

Nenek koma. Komplikasi jantung. Buah pinggang tidak berfungsi. Dan menghadapi masalah peparu berair. It was heartbreaking to see her like that. Penuh tiub bersambung sana sini, dan bergantung pada machine. Ahli keluarga lain kelihatan sugul. Kesempatan yang ada, aku gunakan untuk menatap nenek dan mendoakan kesejahteraannya. Sempat aku bercakap padanya, dan dia memberi respon, menggerakkan tubuhnya sedikit. Mungkin benar, sesungguhnya insan yang mengalami koma, mendengar setiap apa yg berlaku disekeliling.

Petang 29hb Dec aku pulang ke Johor Bharu semula. Kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. Pedih hati meninggalkan nenek. Sempat aku wish Happy Birthday pada abang. Mesti sayu hati abang melihat insan yg menjaga dia sedari kecil terlantar di atas katil hospital. Doa aku, agar tidak berlaku apa apa pada hari ini, pasti luluh hati abangku.

Pada hari Selasa (30hb Dec), aku ke Fakulti seperti biasa. Tapi dengan separuh hati. Separuh hari sahaja di sana. Kemudian pulang ke rumah. Hari Rabu (31hb Dec), kami serumah berniat tidak mahu ke Fakulti. Dok rumah sahaja. Sedang sibuk di dapur memasak spaghetti, menerima sms dari papa. Nenek telahpun kembali ke rahmatullah tepat jam 1.20pm. Tiba-tiba aku hilang punca. Mata tidak berair. Jadi blur dan blank seketika. Aku sudahkan kerja memasak. Kemudian naik ke bilik dan mandi. Bila pili air sudah dibuka, barulah air mata aku mula menitis. Nenek sudah pergi buat selamanya. Selesai mandi aku mengambil wudhuk. Tunaikan solat Zohor dan doakan kesejahteraan arwah. Kemudian besiap sedia untuk bertolak ke Melaka, kampung nenek.

Su, Sia dan Wati menemani aku ke kampung. Cuaca sepanjang perjalanan agak tidak menentu. Hujan selebat-lebatnya. Hingga ada kereta yang terbabas. Doa aku, agar urusan jenazah nenek dipermudahkan. Aku tiba di kampung sekitar 5.30pm dan alhamdulillah, cuaca mendung, tidak menunjukkan akan hujan lebat dalam masa terdekat. Jenazah di dalam masjid, solat jenazah akan bermula tidak lama kemudian. Sekitar 5.45pm semua bergerak ke tanah perkuburan.

Jenazah tidak dapat dikebumikan berdekatan dengan kubur arwah datuk, kerana sudah ketiadaan ruang. Pun begitu, jaraknya kurang 30 tapak dari kubur arwah datuk. Alhamdulillah, urusan pengkebumian berjalan lancar. Air mata bergenang saat melihat jenazah di letakkan di dalam liang lahad. Selesai segala urusan. Aku membacakan yassin di kubur arwah nenek dan kemudian di kubur arwah datuk. Sekitar 7 petang bertolak pulang ke rumah nenek. Majlis tahlil akan diadakan selepas Isyak.

Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Pun begitu, ringkas kata, Maal Hijrah dan Tahun Baru kali ini disambut agak hambar bagi kami seisi keluarga.

Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali.

Moga nenek ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan sentiasa berada di bawah jagaanNya. Amin.

Salam Maal Hijrah. Selamat Tahun Baru.

p/s: terima kasih buat Wati, Sia dan Su kerana sudi menemani disaat2 Nana memerlukan sokongan daripada teman2.