Salam
Hari-hari minggu sebegini, mmg enak saja bergolek gelantang di atas tilam yg empuk. Tapi bosan juga, kerana terperuk within these four walls. Langkah kanan sungguh bilamana housemate terchenta, kakok memberi cadangan untuk menonton wayang. Terus aja setuju!
Selepas solat mghrib, kakok, aku dan sia (another housemate of mine) bertolak ke Jusco Tebrau. Menonton filem Histeria. Cerita seram yang bagus (pada perkiraan peribadi aku). Oleh kerana masa agak terhad, kami tidak sempat menjamu mata di kedai-kedai (merata-rata terpampang perkataan keramat SALE). Sekaligus, tidak sempatlah jugak aku menjejak kaki ke Harris, gedung buku di situ.Tak mengapa, esok lusa ada rezeki, aku akan ke sana.
Aku suka ke kedai buku. Sangat teruja melihat buku-buku teratur kemas dari satu rak ke satu rak yang lain. Tapi kadang2 aku rasa takut jugak, sebab aku seolah-olah tidak mampu mengawal diri di dalam kedai tu. Jangan kata di gedung buku, berada di gerai menjual buku di pasar malam pun aku tidak dapat mengawal diri untuk melihat, menelek dan membeli. Nak kata ketagih, idak la, macam kronik je bunyi. Tapi sungguh, terasa macam bnyk sgt buku yang menarik narik hati untuk dibaca.
Kalau dilihat pada koleksi buku, ada potensi membuka library mini di dalam bilik. Tapi disebabkan ruangan aku agak terhad, jadi aku perlu kreatif dalam menyusun buku. Kesudahannya, meja penuh buku, malah tidak cukup untuk menempatkan buku di meja (aku ada dua meja, satu utk menelaah, satu khas utk buku). Kotak toyogo yang besar juga penuh buku. Malah ruangan tidur, betul betul di sebelah bantal tidur, aku susun buku. Sebelum tidur aku gemar membuat light reading. Hihi, so beratur la buku-buku di tepi bantal. Kalau terasa nak membaca, capai dan baca sahaja.
Currently, aku sedang bergilir gilir membaca buku berikut:-
1) The Palestinian Issue : Its Background and Development Up To 2000 by Dr Mohsen M Saleh. (An Assoc. Prof. Of Palestinian Studies and Modern Arab History)
Buku yang pada perkiraan aku, sangat penuh input berguna ttg keseluruhan isu palestin. Terutamanya bagi aku yang kurang input ttg apa yg berlaku pada saudaraku di luar sana, buku ini semestinya banyak membantu aku menyelami dan memahami apa punca dan apa yg berlaku sekian lama ni. Cuma penggunaan bahasanya agak tinggi, tapi kesempatan ini diambil utk aku perbaiki kefahaman dan kutip vocabulary baru =)
2) Masjid itu Hidupku oleh Mohd Gunawan Che Ab. Aziz.
Menceritakan ttg fungsi masjid secara total. Merangkumi aspek individu hinggalah komuniti Islam. Sarat dengan penceritaan yang menggambarkan suasana di dalam masjid semasa zaman Rasulullah SAW dan kisah-kisah di dalam masjid. Mudah-mudahan dengan pembacaan ini, bercambahlah rasa rindu dan sayang pada Rumah Allah =)
Bercerita tentang masjid. These past few months, aku prefer untuk berada di masjid sekiranya aku ingin membuat bacaan (journals mostly). Aku kureng sikit ke library. Mungkin kerana terlalu byk kelibat org di library, mengganggu focus aku. Dan mungkin kerana ada segolongan pelajar yang suka buat bising di dalam library, jumpa orang sekampung la katakan, ala ala reunion gitu. So, aku memilih untuk berada di masjid.
Perasaan di dalam masjid hanyalah aman, tenang dan damai. Mungkin kerana bilangan orang yang agak minimal (kecuali ketika masuk waktu solat dan semasa semester berjalan). Dan bila tiba waktu solat, aku berkesempatan solat berjemaah dengan yang lain. Dan bertambah seronok bilamana dpt sama2 bersolat jemaah dgn pelajar tempatan dan antarabangsa. Aku suka perasaan berada di dalam masjid. Sedikit sebanyak menimbulkan keinsafan, dan mengingatkan aku ttg keagungan Allah SWT. Pun begitu, bila bercakap tentang masjid, aku sedikit kureng dgn tebiat segelintir umat ni. Terus terang aku sedikit terganggu dengan gelak tawa, senda gurau, perbualan yang agak kuat suaranya di dalam masjid. Aku tahu aku pun tidak sempurna mana, tapi tinggalkan lah yg tidak perlu tu di luar masjid. Jagalah adab kot ye pun. Aku akui, aku pun spesis yang ringan mulut, suka bercakap dan bergurau senda dgn rakan2. Tapi bila jejak kaki di dalam masjid, automatik la mulut ni set kepada silent mode, macam handphone gak. Hehe aku dah masuk mode membebel la pulak. Takpe la, ni ingatan untuk diri sendiri jugak. And kepada sesiapa yang membaca, diharapkan juga kita sama2 dapat mengawal diri dan menghormati rumah Allah bersama-sama, Amin.
Bercakap ttg masjid, aku teringin nak travel dan merasai pengalaman menunaikan solat di dalam masjid di merata rata tempat di dunia. Mesti pengalaman yang sangat best kan kan kan. Pernah aku pergi ke China. Ada lawatan ke University and research centre di sana. On our way menuju ke tempat lawatan, dari kejauhan aku nampak kubah masjid. Wah, ada masjid! Pasang niat bersama rakan lain untuk mengunjungi masjid tu bila ada kesempatan memandangkan jarak masjid tu dgn hotel macam tak jauh mana. Then malam tu, aku bersama rakan muslim yang lain, diiringi seorang pensyarah mulakan perjalanan menjejak semula mana masjid tu. Nasib la sorg senior aku sempat snap gmbr kubah tu. Dek kerana kekangan bahasa (takdak sorg pun reti ckp bahsa cina time tu), kami terpaksa tunjuk gambar pada org2 tempatan and mintak dorg bagi direction. Cari punya cari, yang kami jumpa, cuma restoran muslim, and hotel. First floor nya restoran. Second til 6th floor adalah hotel. Tapi bila diamati , pandang ke atas bumbung hotel, baru lah perasan, kubah masjid! Rupa rupanya masjid di tingkat 7. Menarik kan? =) Semua under one roof. Pengalaman yg best.. Oklah, aku rasa dah berjela. Korang yg baca mesti juling juling hihi. Terajin pulak taip pepanjang. Til then la ek, nenanti aku sambung, InsyaAllah.
p/s: Ada rezeki, insyaAllah aku nak beli umah dekat dgn masjid. Senang nak didik diri dan anak2 nanti, insyaAllah =) ngeeee
Salam