Sunday, September 30, 2007

Mimpi

Hari ni aku bermimpi. Kisah agak pelik. Semalam pun aku ada mimpi gak. Kisah yang pelik jugak. Tapi kedua dua mimpi ni tak berkaitan. Dan alhamdulillah aku tak pernah mimpi perkara yang sama berulang ulang kali.
Mimpi malam tadi.
Aku mimpi aku bekerja dan ditempatkan satu department dgn Karpal Singh. Dia treat aku agak dingin, selalu cari silap aku, tapi tak pernah la nak marah tak tentu hala. Orang opis kata aku beruntung sebab tak pernah kena hambur dgn dia, orang orang lain semua kena hambur kaw kaw. Tup tap, tetiba muncul adegan gelak ketawa antara aku dgn dia di taman. Macam romentik lain mcm jer. Tak sempat nak ke adegan lain, aku dah terbangun dari tidur. Terkejut agaknye dengan mimpi pelik. Aku bercinta dgn Karpal Singh? Haha ouhhh tidakkkkk.
Mimpi semalam.
Agak sadis. Aku bermimpikan Anuar Zain. Kunun kunun di kemuncak kejayaan dia, dia menghidapi penyakit yang agak kronik. Gangren Otak. Tahap kritikal sehinggakan dia nampak kurang bermaya dan keadaan dia semakin teruk. Hinggakan di press conference, dia mengucapkan selamat tinggal pada semua, memohon agar semua doakan kesejahteraan dia. Sadis woo. Tak sempat nak feeling ape ape, aku dah terjaga. Pas tu aku terpikir, wujud ke penyakit gangren otak ni? Aku tak cek lagi kewujudannye. Tapi aku dapat merasakan, nama penyakit tu main belasah je muncul dalam mimpi aku.
MORAL VALUE: jaga waktu tidur anda. jgn bangun lewat hari menghampiri tengahari kwang kwang.

Sunday, September 02, 2007

Causeway Link

Aku di rumah! Ya benar. Aku berada di teratak ayahanda dan bonda di pj. Kepulangan gue ke sini adalah bertujuan untuk menghadiri kenduri yang diadakan oleh maklong di melaka. Tapi bonda terchenta meminta agar aku pulang ke ghumah di pj, dan kemudiannya kami sefamili akan berangkat ke melaka bersama. Mari aku ceritakan apa yang berlaku.
Aku berjaya membeli tiket pulang ke kL di Sri Putri. Aku berangkat ke kL pada tarikh 29hb Aug pada pukul 9.00 malam. Naik bus CAUSEWAY LINK. Bus tiba sekitar pukul 9.50pm, dan aku selamat duduk di seat 5A (walaupun seat sbnar aku ialah 4A, sbb ada yg bijak pandai main redah je dok tempat aku). Sepanjang perjalanan, keadaan seperti biasa, sehinggalah kami terpaksa melencong masuk ke kawasan R&R Senawang. Rupa rupanya JPJ ada buat pemeriksaan ke atas lori dan bas yang melalui highway. Aku perhatikan, kesemua bus harus diperiksa dan kemudian dilepaskan. Jadi aku tak berapa amik pusing la apa yg pegawai JPJ dok buat atas bus yang aku naiki ni, instead aku lentokkan kepala aku and pejamkan mata, buat tak tahu. Waktu tu dah pukul 1 am. Kemudian aku perasan dah pukul 2 am, dan kami masih tak bergerak. Ramai penumpang lelaki terlebih dahulu turun dari bus, isap rokok, buang air and lepak di bawah. Penumpang perempuan pula rata-rata memilih utk berada di atas bus. Aku jadi musykil la, bus lain lain semua dah gerak, pesal bus ni tak gerak ni. So aku turun.
Aku menuju ke seorang pakcik ni, aku tanyakan apa sebenarnya yang berlaku. Pakcik tu mengatakan ada masalah dgn permit bas. JPJ tahan. Tapi tak pasti sampai pukul berapa. Then datang pulak dua lelaki muda (yang duduk di seat 5B dan 5C, dedua cute), datang join diskusi kami. Kami sama sama kumpulkan semua penumpang and ajak mereka jumpe pegawai jpj untuk bertanyakan situasi dan pilihan yg kami ada utk selesaikan masalah ni. Bila jumpe pegawai tu, inilah yang diberitahu kepada kami. Dan berikut antara perkara yg timbul gak.
1. Bus ini ada masalah permit. Perlu di tahan. Disita. Perkhidmatan harus diberhentikan serta merta.
2. Masalah perjalanan penumpang haruslah diselesaikan oleh pemilik bus sendiri (causeway link harus hantar bus ganti utk kidnap kami ke kL)
3. Pegawai JPJ rasa kasihan kepada penumpang, sebab dah lebih dari kul 2 pagi. Jadi depa keluarkan surat kelonggaran, bus boleh beroperasi hanya sehingga puduraya. Kemudian haruslah dihantar ke JPJ seremban
4. Malangnya, bila kelonggaran diberi utk selesaikan masalah semua pihak, driver tanak gerak, sbb mempersoalkan bagaimana dengan tambang dia dari seremban ke johor nanti, sape nak bayar?
5. Selesai bergaduh bertekak ber segala ber ber yang lain, akhirnya pegawai JPJ mengalah dan nak tanggung duit tiket driver dari seremban ke johor (baik kan? driver agak selfish la).
Kami pun teruskan perjalanan. Aku tiba di hentian serdang around 3am. Sekarang aku tatau la nak kata ape. Mungkin esok lusa bila aku beli tiket utk pulang ke pj, aku perlu tanye
1. permit ada ke tak?
2. pemandu ada lesen ke tak?
3. pemandu ada rekod tak bes ke tak?
4. minyak itam cukup ke tak?
5. dan memacam persoalan yang lain
Tapi... aku rasa tak mungkin orang kaunter jual tiket leh jawab persoalan aku. Huhu. Idup ini penuh risiko =D