Tuesday, April 22, 2008

Kekalutan Yang Merugikan

Salam

Hai adik adik. Bertemu lagi kita di rancangan Bersama Cik Payung =D Hari ini Cik Payung akan mengajak adik adik utk menyelami kisah sedih di hari Isnin minggu lepas. Genap seminggu lepas, sebuah insiden telah berlaku yang mengakibatkan rakan kita ditipu dan ditimpa kerugian.

Kisahnya begini tau. Pada satu malam (Isnin malam Selasa), seorang guru sandaran di pusat tusyen di sekitar Taman Universiti baru saja tamat mengajar tusyen pada malam itu. Jam menunjukkan sekitar 9.50 malam. Kemudian guru tusyen tu mendapat sms dari seorang kenalan, yang memintanya singgah di rumah kenalannya itu utk mengambil makanan. Rupa rupanya, kenalannya itu memasak pai epal, dan berniat memberi sedikit kepada guru ni. Maka, gembiranya meluap luap la, sudah la penat mengajar, rezeki dapat pai epal free pulak tu. Nyum nyum.

Dalam perjalanan pulang, guru ni terlupa la nak memakai tali pinggang keledar. Kemudian di tahan oleh pulis. Menyedari kesalahan sendiri, guru ni mengaku jer lah dia buat salah. Kemudian pulis meminta lesen memandu. Guru tu beri la. Pulis tu ckp, kena bayar 70 hengget. Guru ni angguk angguk je la tanda setuju. Masih berada di dalam keadaan terkawal (tapi dalam hati rasa macam aiseh, nyesalnye terlupa pakai). Al kisah, pulis meminta ic. Selongkar punya selongkar, guru itu mendapati ic nya ngak ada. Maka jadi cuak dan kalut. Mana pergi ic ni? Patut nye ada dlm purse. Sejak bila takde ni? Macam macam bermain di fikiran, guru ni mula bermonolog sambil menyelongkar segala beg yang ada di dalam kereta. Pulis tu menunggu punya menunggu. Dia suruh guru ni bertenang, sbb nampak kalut sangat aih. Di dalam kekalutan yang menggaban, maka guru itu bercakap pada pulis, mungkin ic nya tinggal di rumah. Menyedari diri guru itu sah sah akan di saman, maka guru itu bertanya pada pulis, bolehkah membayar duit saman itu on the spot? Sebab takut tak sempat nak berurusan di balai polis esok lusa. Senang settlekan time tu gak. Pulis tu jawab BOLEH. Maka guru tu dengan kepala yang kebiolan penuh persoalan di mana ic nya, menghulurkan 70 hengget pada pulis tu. Kemudian, rasa mcm segala benda dah settle, guru itu mohon pulang, mahu gegas pulang sbb risau ic ni ada kat mana sebenarnya. Mintak mintak ada di rumah. Pulis tu pun pesan pakai tali pinggang lenkali. Guru tu angguk angguk je. Bagi salam. Pastu blah.

Dalam perjalanan tu, tetiba guru tu terpikir. Eh! Aku kena saman, tak diberi ticket ke? Apa bukti aku kena saman? Biar betul ni? Ouh, mungkin polis tu dah ada cop kat situ tulis paid kot, macam kat kedai kedai biasa. So guru itu pun pulang la ke rumah, dan dia mendiamkan hal ni dari ahli rumah nyer. Malu mahu cerita, silap sendiri.

Al kisah, guru ni ceritakan hal ni pada temannya. Temannya budak Shah Alam. Teman mengatakan duit saman TAK BOLEH di bayar di tempat yang disaman. Itu ibarat MEMBERI RASUAH. Alangkah tergezut nya guru itu. Wahhh, ditipu la ni? Patut la tak dpt ticket. Kata temannya lagi, bila di saman, perlu di bawa ke balai dan boleh mohon kurangkan. Haih. Melayang duit guru tu, free free je.

Begitu lah kisahnya adik adik. Kita seharusnya tenang dalam semua perkara. Rasional setiap masa. Tika ditimpa masalah atau kehilangan benda, tidak seharusnya menjadi kalut, kerana kekalutan akan membuat kita hilang pertimbangan dan tidak fikir panjang, lalu terjadilah perkara sebegini. Sentiasa pakai tali pinggang keledar untuk keselamatan yer. Akhir kata, kita jumpa lagi di waktu yang sama minggu depan ya. Bye adik adik. Muahhhhssssss

* Aku tak pernah kena saman dari pulis di tepi jalan raya. Itu pengalaman kali kedua aku ditahan pulis. Tapi kali pertama di tahan pulis, aku disakat oleh pulis sampai hampir menangis, tapi dia lepaskan aku. Kali kedua ni, dia mintak 70 hengget dan aku bayar budus budus gitu. Kiranya ni pengalaman saman pertama aku (walaupun tak mengikut cara yang halal). Kira kena saman la tu. Sesungguhnya aku tatau langsung yang takleh bayar kat tempat kena saman tu. Pulis tu tipu aku la ni. Bila fikir fikir, aku rasa sedih, pulis tu tipu aku. Duit tu mmg la 70 hengget je, tapi duit aku tu, leh beli memacam. Ntah apa dia buat kat duit tu. Aku terfikir memacam, duit haram ditelan oleh anak bini etc. Ya Allah, aku Nur Diana Binti Mohd Noor menghalalkan duitku 70 hengget yang dimiliki oleh pulis itu, dunia akhirat*

Sekian.
Salam

Saturday, April 12, 2008

Mari Mengupdate

Salam
Sekadar sedikit update tentang perkembangan diri yang sudah sedia ada kembang sedikit ni =P

Antivirus aku sememangnya agak ngeng sejak zaman dolu kala. Entah kenapa, setiap kali install antivirus (lanun nyer la kan), selepas beberapa tempoh, jadi biol biol gitu. Sekarang sdg meneruskan pengajian di sini, aku merasakan sedikit terpanggil (dpt kesedaran la), untuk betul betul jaga kesemua data aku. So perkara pertama yg aku perlu buat ialah clearkan apa yg aku tamo dari laptop aku yg usang ini. Then suntik antivirus baru yang insyaAllah takde masalah (beli yang ori). Then burn apa yg patut ke cd. Beli external hardisk untuk backup info bende blaja aku. And acara burn baby burn akan berlangsung dengan rancak mulai sekarang. Banyak la cd yang aku akan standby. Itu sahaja.

Yang kedua, aku sekali lagi rasa tak puas hati dgn pihak celcom. Aritu caller id aku dah berjaya dikembalikan (alhamdulillah), tapi semenjak id caller aku ada, aku dah tak boleh nak nganto sms ke luar negara. Hairan gak. So nanti if berkesempatan, ingin juga menjenguk opis celcom kat johor ni yang gedabak nye besar tak ingat.

Thirdly. Aku mau mula bersukan (haha killer statement di sini). Ntah berapa lama boleh bertahan kwang kwang. Sesungguhnya, aku ni bukan lah seorang yg gila sukan. Tapi aku menchentai renang sejak kecil. Sekarang dah jumpe kaki, leh la pi berenang dgn kawan. Nak pi sorang sorang, segan ha. Hehehe. Tapi sini, seming fool dia kecik jek, tak besaq mana. Fee dia agak mahal. Tapi tak kisah la. Nak harap UTM ada seming fool sendiri, sampai aku menopaus pun lum tentu ada kot hehe. Loji sistem rawatan kumbahan UTM ada la tersergam indah di tepi jalan nak keluar dari pintu blakang tu haha.

Fourthly, aku ingin pulang ke rumah. Tapi ngak ketahuan bila. Nanti la aku bincang bincang dgn mama. Kang aku redah je balik, semua orang takde kat umah lak. Woo rendu nenek rendu nenek. Ape lah kabar nenek kesayangan di Melaka.

Itu je kot. Updates yang tak berapa update sgt la.
Sekian
Salam