Saturday, November 25, 2006

Konvo

Ada apa dengan konvo? Aku belum pernah merasai apa itu konvokesyen. Sepanjang hidup aku, aku cuma pernah pergi ke majlis konvokesyen akak aku dan majlis konvokesyen abang aku. Erm itu pun, sekadar duduk di luar. Memandang ke tv kecik/skrin besaq. Aku takde perasaan sangat nak pergi ke konvokesyen orang ni. Melainkan teruja nak ke pesta konvo. Yerla, sepanjang pengalaman aku dok utm ni, and sepanjang pengalaman menyemakkan diri di pesta konvo ukm, aku dpt katakan aku mmg suka suasana pesta konvo. Ada gerai gerai makan, gerai tudung, gerai kasut, jual kereta pun ada. Meriah. Erm, and now, utm akan mengadakan majlis konvo bagi kolej kolej yg wat twinning program dgn utm. So aku berkesempatan melihat suasana keadaan graduan graduan berkumpul, beratus uruskan pendaftaran, mengambil jubah, menempah gambar etc. Terpancar wajah excited, wajah gembira kat muka masing masing. Itu lah masanya bertemu semula dengan kengkawan yg sekian lama tak jumpa. Bertanya khabar, berkongsi cerita. Sampaikan becerita seharian pun tak habis habis. Masing masing datang bersama keluarga. Mak, ayah, nenek, makcik, pakcik, abang, akak, adik, anak buah, pendek kata, sebolehnya kesemua ahli keluarga turut serta berkongsi kegembiraan di hari besar mereka. Ibu yang tua, jalan terjengkot jengkot, perlahan, menyusuri jalan, yg kalanya berbukit, ada kalanya lurus, landai. Sanggup berjalan jauh, semata mata nak melihat segala urusan anak, selesai dgn baik, tanpa sebarang masalah. Sangguh berjalan jauh, semata mata nak melihat anak menjalani raptai. Tetap menanti dengan penuh perasaan gembira walaupun giliran anaknya di pentas ialah yang ke 785. Aku sedikit tersentuh, dan aku menumpang gembira. Kini aku mulai faham, kesan dan ertinya sebuah konvokesyen. Bukan sekadar gulungan ijazah, bukan sekadar tradisi dan protokol. Ia mampu mengukirkan senyuman di wajah seorang ibu, juga pada masa yang sama, menitiskan air mata seorang ibu. Konvokesyen itu, pembawa rahmat dan kegembiraan kepada seisi keluarga. Ia simbol kepada harapan ibu dan ayah yg penat membesar dan berjuang utk memberikan yg terbaik kepada kita. Sebenarnya, hari konvokesyen bukanlah hari besar buat graduan, tetapi sebenarnya hari besar buat ibu dan ayah. Kepada yang bakal menjalani konvokesyen sepanjang hari sabtu, tahniah, kerana berjaya membahagiakan ibu dan ayah anda, dan tidak persiakan harapan yg dititipkan mereka ke atas kamu kamu sekalian. Tahniah =)

Saturday, November 18, 2006

Khas Untuk Mama&Papa





Happy 28th Anniversary!
Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke anak cucu cicit.
Sayang mama n papa!

Thursday, November 16, 2006

Mengidam

Tadi berbual dgn chatter carichat, regarding venue untuk adakan gathering (although aku 99% confirm takkan datang) tapi saje je gedik gedik bagi cadangan tempat. Ada yang cadang mama chop papa grill terminal 3 subang, ada yang cadang kelana seafood ( lemon chicken nye sangat la yummy!). Aku cuma cadangkan i-Thai di damansara (near atria-parkson damansara), and cadangkan chiang mai sungai buloh (huhu tak beragak jauh), and aku cadangkan kalau nak seafood sesungguh sungguhnye, cekau la di pulau carey (haha lagi tak beragak jauh nak mampos). Tapi pulau carey nye seafood serious best. And bila dok borak borak pasal seafood, aku terus terkenang seafood di muara, port klang. And aku terus termengidam. Macam mana ni. Aku kat johor ni, tapi dah asik terpikir nak makan kat sana. Aku suka nasi lemak muara tu, aku suke sotong tepung =) dua tu je dah cukup leh bagi aku syok sendiri makan tak pandang orang kiri kanan hehehe. Tapi papa tak ske makan situ. Aiseh, tapi kalau aku request sah sah papa akan turut, tapi tak best la kalau papa sekadar tengok anak dara dia ni makan. I know papa takkan makan, or kalau makan pun, secoet je. Erm, ngidam ni. Camne ni. Kepada kengkawan yang berhati mulia dan terlebih baik hati, tulung la postkan nasi lemak muara n sotong goreng nya ahaks =) post gambo pun jadi la, ubat rindu. Haha. Lapor.

:+:CikPayung:+:

Wednesday, November 15, 2006

Mama Oh Mama

Petang tadi bagi mengisi rasa kesangapan tahap dewa, aku telah menelefon mama. Tak lama la, for 15 minutes only. Tapi perbualan yang sangat sangat best =D Mama memberi pelbagai pesanan penaja. Dia pesan aku belajar sungguh sungguh, and jangan lupa mencari bf. Dia kata aku ni makin lama makin tua, kang tak laku. Pastu dia kata, if lambat sangat cari, nanti susah, sebab tak berapa kenal hati budi, kang esok lusa memacam masalah. Lagi elok kalau becinta dengan kawan kawan sesama belajar katanya, sebab dah kenal. Huhu! Yessss! Mama memang best. Aku tanye punye tanye, mama kata, tak kisah ape pun latar belakang lelaki tu, janji baik, jujur, ikhlas, boleh tanggung aku and membahagiakan aku. Papa pun pesan yang sama gak, papa suruh berkawan kawan, kenal kenal, and pilih mana yg serasi dgn diri aku ni. Papa nak tengok anak anak dia bahagia. Papa kata tak kisah la mcm mana pun keadaan lelaki tu, janji dapat beri kebahagiaan kepada aku hikhikhik. Ibu bapa mana yg tanak tengok anak bahagia kan? Now I know nilai air mata seorang ayah, bilamana melihat kesengsaraan dan penderitaan anak dengan mata sendiri. Aku merasakan seorang ayah itu tidak sanggup dan tak rela tengok anak menderita, kerana nature ayah itu sendiri adalah untuk melindungi dan provide a good love to anak anak. And papa never fails to do that. Papa just nak tengok aku diserahkan kepada lelaki yang dpt membahagiakan aku huhu. So kekawan, akan bermula lah hunting season aku hikhikhik. Rasa bahagia je =) mungkin sebab dapat berbual dgn mama and citer memacam kot, hehe bahagiaaaa nye rasa. Rindu mama n papa!
:+:CikPayung:+: