Thursday, May 29, 2008

Dedikasi

Salam

Buat diri-diri yang masih sendiri, bersabarlah anda. Yakinlah di sebalik keseorangan itu punya hikmah yang hanya Allah saja mengetahuinya. Meski waktu terus berlalu, namun tak bermakna yang penantian itu adalah sia-sia. Saat perjalanan dalam kehidupan ini adalah pencarian hakikat diri. Justeru, gunakan waktu ini sebaik-baiknya untuk memuhasabah , mentarbiyyah, dan memperbaiki diri, moga ada sinar telus yang menanti di akhir pencarian itu. Bersabar dan berdoalah moga diperteguhkan iman sehingga saat itu tiba. Yakinlah dengan ganjaran Allah di SANA nanti. Kerana hanya Allah yang maha mengetahui segala yang terbaik buat diri kita.

Buat diri-diri yang telah berpunya dalam erti kata yang sebenar, telah menemui teman seperjalanan dan buat bakal-bakal pasangan yang akan mendirikan 'masjid', tahniah diucapkan. Moga bahgia hingga ke akhirnya. Bersyukurlah kiranya anda dipertemukan dengan sang pendamping untuk saling melengkapi diatas redhoNya. Syabas juga diucapkan kiranya hubungan yang halal itu telah menjadi benteng hawa nafsu, bakal melahirkan mujahid mujahidah sejati, meramaikan umat Muhammad penerus generasi rabbani, yang berpaksikan samara (sakinah, mawaddah wa rahmah). Biarkan syaitan-syaitan itu menangis di atas terbinanya sebuah hubungan cinta nan suci dalam rahmat Ilahi.

Buat diri-diri yang masih berstatus kabur (in relationship/ its complicated?), muhasabah kembali diri anda, adakah anda benar-benar telah yakin untuk meneruskan perhubungan itu? Adakah anda mampu untuk menunggu hingga tiba saatnya perhubungan itu diiktiraf halal dengan lafaz ijab dan kabul tanpa melanggar syariatNya? Ermm, fikir-fikirkan. Bagaimana untuk membina sebuah rumah yang teguh andai tapaknya saja sudah tidak kukuh? Wahai diri-diri, jangan dikau terpedaya dengan cinta palsu yang menipu itu. Cinta yang hanya membuatkan syaitan tertawa suka, kerana telah berjaya menyesatkan anak adam. Hingga terkabur mata, dinampakkan yang haram itu halal dan indah belaka . Justeru, sedarlah wahai diri-diri, kembalilah kepada pencarian hakikat diri, moga di situ kan kau ketemui cinta hakiki miliknya Al-Khaliq, kerana itulah sebenar-benar CINTA.

"If you want to build a faithful family,you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah s.a.w has taught us. In every family that stands until their dying day,they have Allah on their side!"

Credits to miss ainnurhuda from iluvislam.com

Salam

Tuesday, May 20, 2008

Aku, Kamu & Mereka

Salam

Apa khabar semua? Harap sihat hendakNya. Sudah hampir seminggu diri ini dilanda selsema. Terasa perit tekak tak hilang-hilang dek kerana batuk tak berhenti, ditambah pulak dengan cuaca yang teramatlah bahang rasanya. Kerosakan manusia di atas muka bumi dirancakkan dengan fenomena pemanasan global dan perubahan cuaca yang memberi kesan terhadap setiap hidupan bumi. Bumi ini sudah uzur, begitu uzur. Menunggu masa barangkali. Ya, barangkali. Semoga rakan-rakan sekalian senantiasa sihat hendakNya.

Berkesempatan mengenali sebuah laman web, yang aku rasa sangat memberi kesan di hati. Asalnya aku terkesan dek puisi yang dipinjamkan dari laman web tersebut. Namun setelah merajinkan diri mengintai dan membaca, aku semakin tersentuh. Terkesan. Aku baru sahaja tamat mendengar dan menonton rakaman video mengenai sejarah Baitul Maqdis. Tapi baru aja bahagian pertama. Itu pun sekadar menceritakan sejarah ringkas bumi Palestin dan keistimewaannya serba serbi dari segala sudut pandangan, terutamanya di dalam konteks Islam. Bumi penuh keberkatan.

Rasa ingin tahu makin menular. Saat peristiwa Nakbah terbesar menimpa bumi itu sudah berusia 60 tahun, barulah aku terpanggil utk menelusuri perjalanan Baitul Maqdis itu sedari awal hingga dinihari. Sedih bukan? Aku sedih dengan diri sendiri.

Aku, Kamu dan Mereka. Kita sama sahaja, hamba Allah, umat Nabi Rasul Junjungan SAW. Tetapi sejauh mana kebersamaan kita dengan isu umat Islam yang lain?

Kutitipkan doa buat saudaraku di sana. Dan aku perlu terus berjihad di dalam pengajianku di sini.

Salam

Monday, May 19, 2008

Secebis Tinta

Salam

Lama aku tak update. Lama benar. Maaf ya.

Macam macam perkara berlaku. Ada yang ok, sedang sedang, ada yang tidak berapa ok. Yang pastinya, Alhamdulillah First Stage Presentation telah selamat dilalui. Tiada banyak halangan, aku cuma perlu focus pada apa yg aku rencanakan. Mudah mudahan jalan dipermudahkan, Amin.

Sambutan Mother's Day berlaku serentak dengan harijadi Mama yang ke 50. Aku pulang untuk meraikan hari penting ini bersama keluarga. Masa yang digunakan sepanjang hujung minggu itu tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk keluarga. Berkesempatan bertemu Farhan & Furqan, dua kekanak riang yang kini telah menjadi sebahagian dari keluarga kecil aku. Alhamdulillah, keluarga menjadi lebih ceria dgn keletah dua kekanak riang ni. Tak boleh lupa panggilan nyenyekk Farhan kepada mama aku. Comel sgt =)

Kemudian sambutan Teacher's Day =D aku terlupa ttg sambutan hari guru ni. Mungkin kerana dah berzaman since last aku really sambut, and kebetulan tuntutan kerja dan memacam lagi buat aku tak teringat tentang hari guru ni. Akan tetapi, malam tu, sedang aku mengajar anak anak murid, datanglah seorang murid aku, ucapkan Selamat Hari Guru, dan memberi aku hadiah. Apakah hadiahnya? Mug warna hijau. Kakok mmg pantang tengok hijau huhu, jgn jeles ye kakok. Terus terang, makin lama aku mengajar, terasa indah menjadi seorang pendidik, walaupun hanya sekadar tutor di pusat tusyen.

Ok la. Enough for today's entry. Entry akan datang, barangkali lebih hangat dgn isu hangat hehe.

Salam

Thursday, May 01, 2008

Sepetang di Angsana

Salam

Pukul 2 petang, aku gerak ke Plaza Angsana bersama dua kawan aku.Niat di hati, mahu mencari kedai pakaian yang ada perkhidmatan mengerat kaki seluar. Almaklum lah aku ni comel je orang nye, kalau beli jubah dan seluar, kena la kerat mengerat sket huhu. Alkisah, dok cari mencari, byk kedai tak sudi nak kerat, sbb bos depa tak bagi.Tak luak pun la tolong kerat dan jahit guna mesin tu. Tapi nak wat camne, orang tak sudi.

So aku decide, cari kedai kat Taman Universiti je la. Dan aku cadangkan pada kekawan aku, kita guna masa yg ada utk meronda dlm Plaza Angsana. Jeng jeng jeng, dapat panggilan telefon dari teman belajar, dia bakal pulang ke negaranya Isnin nanti. Dia mohon bantuan utk surveykan kerongsang ke ape ke utk dibawa pulang. Maka kami masuk lah satu butik pakaian ni.Sedang kawan aku dok try pakaian, aku terdengar sayup sayup lagu berkumandang dari speaker di kedai yang berhadapan dgn butik tu, dan aku nyanyi nyanyi kecil mengikut lagu tu. Tetiba aku mcm tersentak. Eh, ni lagu aku ni. Aku pasang telinga lagi. Cuba dengar dengan lebih teliti. A'ah la! Lagu Takkan Pernah. Lagu yang digubah oleh bandmates dan lirik ditulis aku.Aku macam terkejut, kedai mana dok pasang lagu ni kekuat ni.

Aku keluar dari butik tu, aku pergi ke kedai tu. Kelihatan pekerja dia pun bersiulan menyanyi nyanyi lagu tu. Aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku mcm mana. Rasa terkejut ada. Tak percaya ada. Rasa segan pun ada. Aku tersengih tak percaya selama 5 minutes kot. Aku dok situ sampai lagu tu abis. Then aku blah. Serious, after few years lagu tu tersebar, aku tak pernah sangka lagu tu akan berkumandang di dalam shopping complex dgn kuat sekali. Adei, teringat kekawan aku di PJ. Weh korang, aku rindu korang!

Di Angsana hari ni pun, ramai tegur yang pelik pelik. Masuk bodyshop, pekerja tu tanya aku, su dan sia adik beradik ke. Pergi butik tempat su beli pakaian, dorang tanye lagi adik beradik ke kawan? Pergi masuk kedai lain, ada yang tanye aku ni kakak kepada su ke? Haih, rekabentuk luaran pun lain bebenor, jadahnye adik beradik? Paling tak tahan, satu mamat pakistan/iran/bangla yang kerja di dalam kedai tu, dia dok tunjukkan aku barang yg aku berkenan. Harga beratus ratus gak la, tapi amat sesuai utk digunakan di majlis kawen. Apa dia? Rahsia. Aku kawen nanti aku nak guna benda tu haha. Ahaa, mamat ni, agak cikapot. Sambil dia tunjuk barang yg aku berkenan tu, dia cakap la, barang tu sesuai utk kenduri kawen. Aku angguk angguk la tanda setuju.

Pastu dia cakap, bila anak nak kawen? Anak umur berapa? Aku terdiam. Tersentak. Musykil. Terkejut haha. Pastu, dia tengok aku terdiam, dia tanye, dah kawen ke belum? Haaaa baru la aku jwb, belum hehe. Pastu dia tanye umur berapa, aku jwb 24. Dia kata, 24, tak kawen lagi? Patut umur 20 sudah kawen. Aku sengih je. Baik aku lari cecepat ni, cecepat aku dptkan kawan aku. Pastu aku tunjukkan la kekawan aku bende tu. Semua teruja tengok benda tu. Mamat tu kata kalau dtg beli bebila, dia bagi diskaun. Pastu sempat dia tanye kat su, aku ni kakak su ke? haha CIKAPOT! Nway, tahniah buat Kak Rozie, sepupu aku yang selamat bertunang dgn buipren nya pada hari ini. Yeay! Bila turn aku nih?

La la la
Salam