Saturday, January 26, 2008

Projek Malam Hari

Hari ini, pagi ku habiskan masa di makmal. Tengahari ke cafe k9 utk santapan tengahari, dimana satu kejadian yang agak mencuit hati berlaku. Seorang warga indonesia (seorang student, juga seorang ibu) pergi ke cafe membawa anak lelakinya yg aku kira berumur sekitar 5 tahun. Apa yang menarik, meja makan yg kakok, agnese dan aku duduki, telah bertambah bilangannya bilamana adik kecil tu berkeras hati mau dok di seat yg kosong lagi satu tu. (satu meja ada empat kerusi). Setibanya aku di meja, membawa makanan, kelihatan adik tu sedang sedaya upaya menghirup air teh ais di atas meja kami. Dahaga agaknya. Yg lawaknya, adik ni buat selamba je, ikut suka hati dia je, main redah hirup, walaupun itu air kami. Lagi haru bila tangan dia laju je kidnap ayam kakok hehe. Kami lak mcm huru hara nak handle budak ni, sbb dia tak bercakap, action speaks louder than word sungguh. Namun kami terhibur regardless of what he did.

Petang aku ada meeting bersama committee postgraduate society. Dua jam meeting, aku rasa sgt tepu, bilamana terlalu byk perkara dibincangkan.Hopefully next time limit meeting kepada 1 jam, aku kira 1 jam sudah cukup utk bincangkan agenda lepas, follow up, bincang hal baru, assign kerja baru.

Pulang dari makmal. Golek mayang di ghumah. Kemudian selepas maghrib gerak ke tebrau city. Yaaaa, sweeney todd dan cuci menanti kami.Overall yang aku mampu katakan, cerita sweeney todd agak kejam! Budak budak jgn tengok. Aksi kejam berleluasa. Tapi aku suka kepada grafik dan sinematografi nye, the fact that itu musical drama, buatkan aku syok je layan. Tang lawak tu mmg lawak, tapi tang kejam tu buat aku rasa nak muntah pun ada, nak pecah jantung pun ada. Tapi when we talk about lawak, CUCI mmg best sgt. Lawak gegila. Takde la lawak bodoh. Begitu bersahaja, namun ada byk msg. Kelibat and character dorang agak byk reflect reality attitude org persekitaran. (eg, hero dan musuh berlawan mata, kunun gangster abis la nak gadoh rebut perempuan, lawan punye lawan, musuh terkelip mata,hero leh lak cakap, ko kalah, ko kelip mata hahaha) rosak betul mood gangster tu. Aku nak beli dvd dia nanti. Ngee..

Byk menanti di pawagam. Aku rasa dua minggu skali tengok wayang kot pas ni hehehehe..kan kakok kan kan? =)

Wednesday, January 23, 2008

Jejak Untaian Senandung Kaseh

Blog keduaku.
Karya peribadi.
Dilahirkan semalam.
InsyaAllah akan dibesarkan dengan penuh kasih sayang =D

Link : Jejak Untaian Senandung Kaseh

Pemberitahuan

Aku bakal mempunyai satu link ke blogku yang lain. Blog ini masih kekal menjadi primary blog, tempat luahan rasa dan merapu aku. Blog kedua aku pula sebagai tempat aku menempekkan hasil karya ngeng aku. Lebih terjurus ke arah puisi =) nanti nanti akan ku link kan. Mwahaha

Monday, January 21, 2008

Bila Dia Berkata-Kata

Awal pagi aku bertolak dari shah alam untuk pulang ke JB. Bus Transnasional dari Klang akan berhenti di Shah Alam sekitar pukul 9.15pagi kemudian menyambung perjalanan ke JB. Setelah aku labuhkan punggung di seat no 10C, aku melambai-lambai mama dan papa. Saat bus memulakan perjalanan, aku pun adjust seat utk persiapkan diri dan tido puas puas.

Setibanya di machap, aku terjaga. Ramai yang turun, aku pun sama. Lelaki di seat 11C (dok blkg aku), menegur, dia meneka aku student UTM. Ternyata tepat telahan dia. Dan dia senyum. Aku turun dan beli waffle + coklat dan air mineral, seterusnya makan di dlm bus. Kelihatan dia masih tetap di seatnya, dan aku mulakan bicara. Terasa kekok bila org dah menegur dan kita dah berinteraksi dengan org itu, kemudian nak berdiam diri mcm tak pernah berbual. Rupanya dia adalah guru yang sedang menyambung pengajian di UTM juga. Fizikalnya kemas, dan ada janggut sedikit. Aku rasa itu normal di kalangan org yang aku kira sudah hampir berumur 30.

Perbualan yang awalnya berkisar tentang pelajaran, akhirnya berkisar tentang ibadat dan konsep ilmu di dalam Islam. Saat topik mula beralih, aku dapati diriku lebih byk mendengar dari memberi response. Banyak input yang berguna, berjaya memperluaskan minda dan membuka hati. Sedikit tak selesa juga, kerana saat bus mula bergerak, disebabkan kedudukannya di belakang aku, dan untuk memudahkan komunikasi, maka aku yg di depan inilah yang kena menoleh bukan? Slowly aku rasa pening, tapi dek merasakan kata-kata yang dia pertuturkan itu amat berguna, aku tahan je la rasa pening tu.

Benar katanya, bila aku tiba di rumah, kata kata yang dia ucapkan akan berlegar di kepala aku. Dan terpulang kepada diriku, untuk melakukan apa yang ku rasakan perlu. Benar juga katanya, setiap hamba Allah mempunyai roh amal masing masing. Kita lebih senang gelarkan ia, aura. Aku bersyukur, kerana perjalanan aku ke JB hari ini, dihiasi dengan titipan kata-kata yang sangat terkesan di hati aku. InsyaAllah, aku cuba dan cuba perbaiki diri dari masa ke semasa. Kami berpisah di Sri Putri selepas aku ucapkan terima kasih kepadanya.

Bila dia berkata-kata, roh amalnya melampiaskan kesedaran, terus ke jiwa. Kita juga begitu, mampu memberi kesan terhadap individu di sekitar kita.

Sunday, January 20, 2008

Rumah & Hibernasi

Aku pulang ke rumah. Temanku Izel mengikatkan tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati. Di kesempatan yang ada, kami mengambil kesempatan untuk berkumpul beramai-ramai,seperti yang selalu kami lakukan bila ada masa bersama. Izel sangat cantik, with the saloma hair nyer, the pink baju kurung lip lap berlabuci bermanik penuh gaya hihi, majlis yang sederhana tetapi cukup meriah.

Berkesempatan bertemu dengan few kawan lama yang berzaman tak ketemu. Teman yg sorang ini bernama Ain, kerja di Astro, antara orang yg bertanggungjawab memastikan program AF berjalan dengan ok. Dia dah kawen last year, unfortunately sy tak dpt dtg. So sempat la diperkenalkan dgn hubby nya. Rasa mcm tak percaya je melihat kawan kawan skolah dah bersuami dan dah punya tunang. Kemudian bertemu dgn Farouk, berbual dgn dia almost two hours. 9 tahun tak berjumpa, terlalu byk perkara utk dikongsi dan diupdatekan.

Kemudian di majlis yg sama, mendapat tahu kawan kami, Marina telah pun mengikatkan pertunangan sejak November lepas. Juga cik Ziah yg selamat bertunang baru baru ini. And aku baru je dpt tahu tunang Ziah merupakan dj hot fm. Aku ni dgr je radio, kenal org nye idak le sgt.

Anyways, cukup sekadar ingin nyatakan, punye la berlambak kawan menuju ke arah kawen kawen ni. Gerun tul memikirkan. Takpe la. Aku harus berjuang. And kepada yg bakal mendirikan ghumahtangga, selamat selamat dan selamat sy ucapkan. Aku tak buat apa di rumah ni, melainkan hibernasi dengan jayanya. Sungguhpun tak buat apa, tapi rasa best sbb dok dgn family. Esok pagi aku bakal pulang ke JB. Wish me a safe journey la yer kengkawan. Muwahssss

Saturday, January 12, 2008

Don't Quit

When things go wrong as they sometimes will
When the road you're trudging seems all uphill
When the funds are low, and the debts are high
And you want to smile, but you have to sigh
When care is pressing you down a bit
Rest if you must, but don't you quit.

Success is failure turned inside out
The silver tint of the clouds of doubt
And you never can tell how close you are
It may be near when it seems afar
So stick to the fight when you're hardest hit
It's when things go wrong that you musn't quit.


Tuesday, January 08, 2008

Korek Lagu Lama

Aku kebosanan, maka menggodek godek segala jenis lagu yang ada dlm laptop ni. Terus, terjumpa lagu lama yang satu ini.

Mgkin sebahagian besar yang view blog aku ni tahu aku pernah mengaktifkan diri dengan band satu masa dulu. Nama band pun diambil sempena nama samaran aku. Nothing much yang aku boleh katakan, xcept kami tertubuh secara tak sengaja disebabkan keadaan. Bermula dengan lagu cover, kemudiannya dihentam hebat kerana asik bawak lagu cover. Diasak untuk come up dgn lagu sendiri, maka terciptalah lagu Takkan Pernah, Berakhir Sudah dan Terbang Sayang. Ada lagi lagu dalam pembikinan, tapi semuanya tergendala gara-gara beberapa faktor yang aku malas nak citer pepanjang. InsyaAllah ada rezeki, kami sambung hasilkan lagu, and mgkin satu hari nanti akhirnya kami dpt hasilkan demo =P Time tu ntah aku dah ada brapa anak la agaknya haha.

Tapi tak ramai yang tahu tentang kewujudan vocalist lelaki di dalam band ini. Initially, kami tertubuh untuk membantu kawan, dan kesemuanya lagu yang kami bawa adalah lagu cover. Aku cuma pernah nyanyikan lagu cover Karma. Tapi tak ramai tahu, ada insan bernama Hazeem, geng kami juga, yang sempat menyumbangkan suara untuk pembikinan cover songs yang lain. Lagu yang dia nyanyikan, Semua Tak Sama dan Sesuatu Yang Tertunda. Both are Padi's songs. And our guitarist, Syamil pun pernah nyanyi satu cover song, Aku cinta kau dan dia =)

For the time being, aku tempekkan lagu yang Hazeem nyanyi.Cover song yg lain aku bagi dgr waktu lain lak. Suara dia sedap. Aku teringin nak bikin satu lagu utk nyanyi berdua dgn dia. Mudah mudahan one day dpt la berduet dgn incek Hazeem. Selamat mendengar.




P/s: aku sgt rendu kawan pj aku. 18hb aku pulang ke pj. Yeay!

Monday, January 07, 2008

Saya di tagged oleh incek Yazid

Dok makan dgn kakok tadi, kakok pesan aku cek blog yazid. Ropanya aku di"tagged". Well well well, here it goes.

[One] Who was your last text from?
Kakok. Asking what's for dinner.

[Two] Where was your default picture taken?
Do not have default pic =D ngee

[Three] What's your FULL name?
Nur Diana Mohd Noor

[Four] Your current status?
Absodefinitely SINGLE dan terpilu haha.

[Five] What is your current mood?
Tired

[Six] How old are you?
23 years + 12 days

[Seven] If you could go back in time and change something, would you?
Nah. Won't change a single thing. Things were meant to be, move on.

[Eight] What's your favorite color/s?
Always go for black. It suits everything. I love earth colors too. Anything la, as long as it suits my mood. No striking colors pls. It's a big no no.

[Nine] Ever had a near death experience?
Yerp. Few times. Alhamdulillah, masih hidup.

[Ten] Something you do a lot?
I talk-a-lot.

[Eleven] Who can you tell ANYTHING to?
Housemates n few other peeps.

[Twelve] Name someone with the same birthday as you.
Lars Ulrich. Yerp. Tapi dia lahir 21 years earlier than me. Kira halal la.

[Thirteen] If you could have one super power what would it be?
Shape shifter. Senang main nyorok nyorok. Leh jadi pen haha. Leh jadi tiang lampu. Woww ai like

[Fourteen ] What's the first thing you notice about the opposite sex?
The Q refers to the first thing i notice about the opp sex kan? Obviously the physical features. Normally, at the end of the day, it's the attitude that really matters. Jambu jambu ni tak guna gak kalu perangai ntah ape. Takat buat cuci mata aku yg rabun je.

[Fifteen] Favorite season?
Mating season haha

[Sixteen] Do you still watch kiddy movies or tv shows?
Hardly watching tv. Layan je semua.

[Seventeen] What are you eating or drinking at the moment?
Skyjuice

[Eighteen] What language do you speak?
Melayu, Inggeris, Melaris (Manglish), bahasa kuceng [kdg kdg aku rasa aku mmg boleh becakap dgn kuceng haha]

[Nineteen] Describe your life in one word.
Blessed

[Twenty] Do you have any tattoos?
Nope. Kematu pun takde =D

[Twenty-one] Who was the last person you hung out with?
William hung. Haha. Eerm let see, went to jusco the other day with Agnese Kakok n Su. We had lunch. Itu saja.

[Twenty-two] What are you thinking about right now?
Toink Toink Toink. Still thinking about what am i thinking right now. Toink Toink Toink. No clue.

[Twenty-three] What should you be doing?
I should be reading lottttts and lotttts of journal muehehe. Chayokkkk

[Twenty-four] Who was the last person that made you upset?
It was me, thanks to my stupidity. La la la. Kesilapan teknik selalu melanda.

[Twenty-five] What are you listening to?
Salah by Lobow Band. An Indo Band. Soundtrack movie apa ya. Coklat Stroberi rasanya.

[Twenty-six] Do you like working in the yard
Yard? Tak sangat. Prefer keje dlm umah lagi.

[Twenty-seven] Who is with you?
Currently : no one. Rumet aku tak pulang lagi ni.

[Twenty- eight] Do you act different around the person you like?
Not really. But i do act differently around people i dislike. Mahap la, once aku tak ske, aku tak ske. Tak reti belakon hehe.

[Twenty- nine] What is your natural hair color?
Black.

[Thirty] Last time you were really happy?
Really happy? Cant remember. But i live a good life. Syukran.

Thanks Incek Yazid. Aku tak reti nak tag tag ni. Sesiapa rajin nak tag kan diri sendiri. Sila.

Aku tempek kan lagu Lobow bertajuk Salah.