Hula!
Salam
Kelmarin malam aku ke Danga Bay. Bersama Sia. Niat di hati untuk makan malam dan kemudiannya ke mana mana di sekitar sana untuk operasi mencuci mata.
Dua tiga minggu kebelakangan ini terasa hidup seakan terlalu bosan. Mungkin kerana sudah hampir sebulan lamanya tidak menonton wayang di Tebrau City mahupun City Square. Aku perlu mencuri masa untuk menonton. Atau mungkin, mencari masa untuk membuat sesuatu yang tidak punya purpose. Semata mata untuk meluangkan masa begitu sahaja tanpa sebarang tekanan perlu capai sekian sekian objektif. Ah aku dah merapu pusing sana sini tak tentu hala. Ayat berterabur. Abaikan.
Minggu ni, aku bakal drive jauh. Ke Ayer Hitam pada hari Sabtu dan ke Muar pada hari Ahad insyaAllah. Hehe aku tersengih sendiri =)
Berbalik pada Danga Bay. Ronda ronda bersama Sia agak menarik. Ketemu pelbagai perkara yang menarik. Dan aku bukan pulang dengan tangan kosong. Aku pulang dari operasi mencuci mata dengan duit RM10 melayang.
Aku beli gelung Hula Hoop. Ya ya. Macam takde bende lain dah nak beli, kan? Aku amat teruja melihat itu. Sungguh sungguh aku membeli.
Kesudahannya. Di dalam rumah aku, takde sorang pun reti gelek dan berhula hoop. Semuanya keras keras dan tak reti goyang inul rupanya. Takde potensi menjadi penari mak yung gara gara gerakan terlalu keras. Kami lebih banyak gelak dari bergelek.
p/s: doakan aku reti berhula hoop dan tak putus asa. kiranya aku putus asa, maka gelung itu mgkin dibuat hiasan pada dinding haha.
Yang benar,
Gimnas Pencen =)