Saturday, October 27, 2007

Beli Dan Nonton

Huhu. Gue baru pulang dari Jusco Tebrau City. Kali ini, misi ke sana adalah untuk menonton Resident Evil 3 lakonan kak mila kesayangan gue. Aksi aksi mantap bejaya dilemparkan oleh kak mila, bejaya buat aku terkejut terkejut lantas melopong melihat ketangkasan dia membunuh makhluk perosak itu. Tapi aku tak puas hati la. Awat la ada sambungan. Hati tak tertahan nak tengok citer ni abis camne. Aiseh. Takpa, sabo sabo.

Oh yer. Tak banyak perkara yang dilakukan. Melainkan berborak sakan dengan kamarul, man and wati. Entah la. Everytime jumpa, ada jer benda yang sakan diborakkan. Tak pernah la senyap suasana kalau bertemu diaorang ni semua. Kami tiba di sana around 6pm and beli tiket tayangan 11.30pm. Banyak masa untuk membanci keseluruhan kedai mengikut nafsu kami. Aku membeli beberapa benda. Yakni guitar picks and digital tuner kehkeh. Untuk membantu aku mula belajar main sitara sahabat gue. Kemudian masa banyak dihabiskan dengan membuat tinjauan ke atas kedai kedai telekomunikasi, bagi melihat segala jenis model handphone dan melihat harga =D tapi nenanti je la beli, tak jumpe apa yg dok berkenan lagi.

Okies, itu aja mau hapdet. Esok ada open house, jiran buat. Segan nih, tapi redah je. Wajib pi =)


Sunday, October 21, 2007

Selamat Hari Raya

Aku sudah pulang dari bercuti menyambut Syawal. Tiba di sini lewat tengahari semalam (Sabtu). Syawal kali ini disambut sederhana seperti tahun-tahun yang lepas. Secara ringkas, sebahagian besar masa raya aku dihabiskan di atas jalanraya.

Pagi raya pertama, kami gerak ke Manjoi, Ipoh dari Kelana Jaya. Selepas solat sunat dan bersalaman, gerak ke Kg Pasir Puteh untuk ziarah kubur arwah makngah dan arwak pakngah. Tu pun sejam setengah tersesat ntah ke mana. Lepas tu kami ke Kg Pasir Panjang Laot di Sitiawan yang memakan masa sejam setengah juga. Ziarah ke kubur arwah tok ayah dan rumah sedara mara yang masih tinggal di situ. Dan kami kemudiannya gerak ke Kuala Kangsar untuk bermalam di rumah pakngah Sahak (abgngah mama).

Tengahari raya kedua, bersiap siap untuk gerak ke Bercham, makcik Yati buat open house. Sekitar pukul 4 petang kami gerak ke Melaka. Setibanya di Melaka, salam nenek dan berbual dengan saudara mara.

Keesokan hari, masa dihabiskan di depan tv. Belah malam pula menziarah rumah maklong dan paklong.

Raya ke empat, masa dihabiskan di dalam rumah nenek. Tengok tv, tidur, baca buku, selongkar majalah dan tidur. Selepas Isyak, gerak pulang ke PJ.

Raya aku dah tak semeriah raya di zaman kanak-kanak. Barangkali kerana banyak perkara bermain di fikiran, tidak seperti dulu, ingusan. Banyak juga insiden menarik dan tak menarik yang berlaku. Ape ape pun, beberapa perkara yang aku mahu senaraikan, untuk dikongsi bersama.

1. Rajin2 tunjuk muka pada saudara mara, jika tidak, ramai yang mungkin tidak mengenali kamu (especially askar askar kenit merangkap sepupu/anak buah kamu). Ramai kezen aku yg cinonet tidak mengenali aku, dan ada juga makcik aku yang tidak mampu cam aku.
2. Berhati2 bila memakan juadah raya, kerana kebanyakkan agak terdedah saja di atas meja. Jika tidak bernasib baik, kamu bakal diserang sakit perut tahap gaban. Yer, raya pertama je aku dah selamat keluar masuk lebih 10 kali di tandas.
3. Harus bijak pancing undi. Kalau tak bijak, tak dapatlah duit raya. Mimik muka perlu diadjust agar memancarkan sinar muka seposen. InsyaAllah kamu dapat la satu dua duit raya daripada mereka yang sudi. Yer, aku dapat duit raya. Dari beberapa orang sahaja. Tapi itu dah cukup membahagiakan. Ada jugak yg masih sudi bagi duit raya ihiks.
4. Peluang yang ada, harus dicekau tanpa was-was. Jika tidak, nyesal dan kempunan tak sudah. YER, aku sangat kempunankan rendang mak aku. Kali ni dia tak masak rendang, dan tak sempat aku nak rasa. Haih. Harap harap cuti deepavali sempat la aku paksa mama buat rendang.
5. Raya sekarang dah tak sama macam dulu. Itu memang sangat dirasai. Walaupun kemeriahan ada, tapi berbeda rasanya. Hambar pun ada jugak, mungkin sebab dah tak boleh nak serang rumah ntah sape sape, hunting for duit raya. Atau mungkin, aku je yang tak letak effort lebih untuk memeriahkan raya aku. Apa apa pun, syukur masih dapat menyambut raya dengan keluarga terchenta.

Akhir kata, salam Aidilfitri, mahap zahir dan batin.

Sunday, October 07, 2007

Tik Tok Tik Tok

Yer, aku menghitung hari untuk pulang ke petaling jaya. Banglong habaq nak gerak rabu pagi, so insyaAllah akan tiba di putrajaya around tengahari. Sangat can't wait to balik pj. Still have another two good days untuk dimanfaatkan di sini. Banyak perkara tak settle lagi. I still need to bayar bil telefon, ambil buku-buku yg diphotocopy, pulangkan buku library, buat senarai list barang untuk di bawa balik and also kirim kad raya kepada lecturer (if sempat).
Ada baju yang masih tak settle dicuci, perlu diselesaikan sebelum pulang ke pj. And nak check belakang rumah if terdapat apa-apa bekas yang ada potensi menakung air, aku tanak rumah jadi pusat ternakan komersial nyamok-nyamok yang sehat-mehat. Ihiks, tak dilupakan jugak, aktiviti terlampau yang berkemungkinan dilakukan. Cadangnya Selasa malam nanti mahu gerak tengok wayang (idea tertimbul di dalam kereta bersama kakok). Tapi masih tidak decide lagi samada we'll go for it atau tunggu lepas raya baru lepaskan rindu tengok wayang. [i know kakok will read this, amacam? mau gerak ke idak? =D ]
Yesterday, kakok informed me satu perkara yang membuatkan aku rasa macam ada sedikit motivasi atau tergerak untuk membuat satu anjakan paradigma la. It's regarding gelak tawa. Sesungguhnya, gelak terbahak-bahak itu adalah gelak syaitan, dan gelak tawa Nabi adalah melalui senyuman. Ehek, daku ini amat maklum dengan keadaan diri yang amat sakan ketawa suka ria setiap hari. Perlu perbaiki diri ni. Mahu menjadi insan yang baik budi pekerti ihihihihi. So, prektis senyum penuh sopan la pas ni. Harap maklum huhu.
me : counting down the days!

Thursday, October 04, 2007

Gangren Otak?

Gangrene is a medical term used to describe the death of an area of the body. It develops when the blood supply is cut off to the affected part as a result of various processes, such as infection, vascular (pertaining to blood vessels) disease, or trauma. Gangrene can involve any part of the body; the most common sites include the toes, fingers, feet, and hands.

Gangrene amat sinonim dengan pesakit kencing manis. Di mana berlaku deficiency blood supply di kaki mereka. Meh sini tengok gambar.




Aku tak baca dengan mendalam. Sekadar gitu gitu ajer. Sesungguhnya, aku merasakan bahawa tiada penyakit bernama gangren otak. Ye la, terang terang benda ni disebabkan blood supply tak cukup pada satu satu bahagian badan kita. Setahu aku, if blood supply tak cukup kat otak, tandanya oksigen tak cukup. Sbb dalam darah kita, selain ada eritrosit dan leukosit, kita juga ada hemoglobin. Hemoglobin ni ada kumpulan haem yang mengandungi iron atom. Iron atom ni lak penting sbb mampu bind oksigen padanya. So kita ni dpt oksigen oksigen dari hemoglobin la sbnarnya. Kalau tak cukup sket, kita menguap, ngantok. Oh yer, setahu aku, angin ahmar biasanya tercetus disebabkan saluran darah tersumbat, yang mengakibatkan darah tak sampai otak, dan ketandusan bekalan oksigen. So kesimpulan nye, aku merasakan tiada kes diberi nama gangren otak. Tak sempat nak lebam pun tisu otak tu akibat tiada darah dan oksigen, dah stroke.

Sekian harap maklum.

Tuesday, October 02, 2007

Korek Album

Inilah saya di kala ingusan masih berkaler pelangi yang mampu glow in the dark! Huhu

Monday, October 01, 2007

Raya!

Housemate aku dah balik raya. Su namanya. Dah selamat tiba di kampung halaman di utara semenanjung pada hari Sabtu lepas. Wohoho gue ngak puas hati. Tinggallah aku brsama kakok tercinta je di rumah =D romentik romentik.

Mama suruh balik awal. Buat kuih raya. Berkobar aih nak bakar kueh and kek dengan oven yang baru. Haha lebih kepada jakun sebenarnya uhuks. Dah berzaman lamanya rumah tidak mempunyai oven. Selepas ubahsuai dapur, oven lama itu tidak digantikan dengan oven baru, so tiadalah oven di dapur bukan sekian lamanya.

Geng KJ dah atur majlis berbuka puasa. Di KL Executive Residence, bangunan yang terletak berhadapan dengan Mid Valley Megamall. Tak sabar aku nak jumpa diaorang gak. Masing masing akan membawa partner memasing kot. Sebab ami msg and suruh inform if nak bawa partner, kena inform lebih awal. Huhu solo molo la aku gamaknye. Tapi tak kesah la, janji dapat berkumpul.

Pesanan Penaja: Sesiapa yang bakal pulang ke kampung halaman, atau mungkin travel di atas jalanraya , sila lah memandu dengan berhemah. Check engine and kondisi kurita kuda anda, serbis apa yg patut. And have a safe journey la ek.