Monday, April 30, 2007

Pesanan Penaja

Akhirnya misteri pesanan penaja terbongkar. Last week, diwaktu malam, aku ingin menggerakkan diri ke kedai. So aku drive kereta memalam. Bila dah sampai kedai, baru aku tersedar kat wiper cermin depan bebetul hujung ceruk di bahagian penumpang belah kiri, ada sehelai kertas tertempek kemas di cermin kete aku. Aku punye la cuak "pakguard mane yg tabah gile dok menyaman orang memalam buta ni". Pastu aku pun nengok le surat cinta ape yg aku dapat. Rupa rupanya ada surat pesanan penaja. Menariknya, pesanan penaja tu bukan utk aku, tapi utk housemate aku, memek. Dia wish memek and kawan kawan memek good luck utk xm and utk psm. Di ceruk bawah surat tu, ada lak, from _ _ _ _ _ _. Number plet kete/motor beliau. Puas la aku gelak. Semenjak itu, agak tercari cari jugak la gerangan sape yg berjaya melihat kereta aku persis sebiji peti surat. Tapi tak pernah ketemu. Kereta byk giler weh dlm utm ni, juling la mata kalau asik nak tengok plet kete, kang tak pepasal eksiden. Al kisah la kan. Tadi pas setel keje sket, pi la ke cafe k9 nak beli makanan. Time aku nak parking aku nampak plet tu! Ianya bukan motor, tapi sejibik kereta, warna cekolat cekolat gitu ( aku tak reti nak describe kaler ape sbnarnya, tapi macam cekolat ). Pastu kebetulan ada sorang mamat tu tengah nak lintas jalan menuju ke arah deretan kereta yg parking. Obvious gile dia adalah pemilik kenderaan hikmat tu, sebab dia mcm terkejut tengok kereta aku and dia tersengih sengih sambil bagi signal kat kawan dia, yg jalan tak jauh di belakang dia. Pastu diaorang cecepat masuk kereta, and blah. Aku buat buat tak nampak la, kunun tak perasan langsung kewujudan insan yg telah menjadikan kereta aku seperti peti surat bergerak. And utk pengetahuan korang, aku mmg kenal pun dorg tu. Tapi kenal muka je la. Pemandunya aku tak prnah kenal, tapi aku pernah kenal kawan dia tu. Senior, yg pernah amik beberapa subject sekelas dgn aku (tak silap aku beberapa subject la). And both of them tu, master students. Kui kui akhirnya misteri telah diselesaikan. Terima kasih tummytrim kahkah

Cuaks

Tadi wati menyaksikan aksi cuaks aku yg mencapai tahap gaban. Semuanya gara-gara plet number motorsikal kepunyaan seseorang. Tengah syok-syok aku drive nak parking depan kedai ni, terus aku jadi tak tentu arah bila wati sebut number plet _ _ _ _ _ _. Terus terasa macam nak menyorok bawah kereta kahkah. Alkisah, plet motor itu kepunyaan someone yang aku kenal selepas biotech exhibition. Aku segan and malu. Tu pasal la aku jadi cuak. Awalnya, aku berniat mau join wati turun ke kedai tu, sebab nak beli something utk dikunyah sambil membuat kerja hingga ke subuh. Tapi bila dah jadi gelabah and cuak gitu, terus aku suruh wati tlg belikan je. Tu pun ntah merapu ape ntah aku pesan kat dia. Aku tamo twisties, tapi aku pi pesan kat dia twisties. Then, bila wati dah kuar, aku pandang mirror kete, aku nampak that guy berjalan keluar dari kedai menuju ke motor nye. Aku sekadar intai dari dalam kereta. Mamat tu berselisih dengan wati, tapi aku tak pasti if dia perasan itu adalah wati atau tidak. Then dia naik motor, start enjin and mula gerak. Aku dok intai diam diam dari dalam kereta. Mementang la gelap, aku bajet dia tak nampak. Tapi bila dia dah gerak, terkejut gak la aku bila aku perasan dia menoleh kepala memandang ke arah kereta aku, ke arah aku. Terus aku tunduk. Aku tak pasti dia toleh ke arah mana sebenarnya, tapi direct terpandang arah aku, tak pasti dia perasan aku ada ke idak, sebab gelap. Hehe. Inilah pengalaman aku cuaks cuaks tahap mendebarkan. Then bila dah confirm dia tarak. Aku cecepat pi kedai, and beli roti. Haha sebenarnya aku nak roti, bukan twisties. Harap maklum kehkeh.

Sunday, April 29, 2007

Ngeh ngeh

Uhuks. Baru pulang dari nonton wayang sbnrnya. Kuar dgn sorg budak ni yg gue kenali dari portal student. Dia budak fakulti aku. Cuma lain department. Kat fakulti jarang bersua muka, if bersua pun serious aku tak berapa nak recall dia yg mana satu. Dah lama contact dgn dia. Sejak sem lepas. Cuma tak pernah bertentang muka and berborak betul betul je.Then tadi masa kuar tengok wayang and makan, baru la aku tengok pepuas muka dia. Cute jugak. Suka senyum and tak banyak cakap. Kiranya aku je la yg asik mengarut cakap tak henti. Dah lama gak aku tak merasa jadi penumpang. Selama ni aku je dok drive ke hulu ke hilir. La ni bila dia drive kete, aku seronok je bersandar sambil borak borak. Hehe. Keterujaan masih terasa. Ok la. Tata

Ronggeng SKB

Huhu.Akhirnya exam dah selesai. Gile gaban kami merangka perjalanan untuk berfoya foya.Semuanya boleh dikira sebagai last minute nye aktiviti.Keluar je dari dewan exam, dah tanye soalan kat geng, nak gerak ke mana? Malam ni wajib berfoya foya ni.. So Miss Nassya smsed me, keluarkan pekeliling, meet at Shell near McD skudai kul 5.30pm. Then mana yg available kat situ, gerak buat aktiviti haram. Sampai je kat Shell, tak lama lepas tu, Eka and Nassya nye kereta pun sampai. Total of 10 pompran yg riang ria akan mengaktifkan diri pada malam tu. First kitaorang decided nak pi makan kat stulang laut. Hehe yang best nye tu kan, kereta aku tersesat masuk ke The Zone, kawasan bebas cukai kat stulang tu. Siap masuk ke parking lot bangunan tu, bayar RM3 and then keluar dari area tu (wajib lalu kastam weh). Naseb pakcik kastam tu tak byk songeh suruh turun kete ke ape ke. Sia sia je, niat di hati nak cari parking, terpaksa bayar 3ringgit sebab tersilap belok hehe. Then cari parking kat luar, sbb nak makan kat kedai tepi jln jer.Not bad ha makanan dia. Tapi aku tak lalu sgt la nak makan, sebab kul 3pm aku baru je makan.

After dah selesai makan we went to Danga Bay. Mmg posing mcm orang gila menangkap gambar, melompat lompat dengan tak berhenti kuikui. Seronok sangat tangkap gambar reramai. Mmg akan rindu gile kat dorg nanti.Serious la. Kemudian kami gerakkan diri ke Plaza Angsana, nak main bowling. Tapi ramai la pulak orang. So kami pi karaoke kat dalam box kecik tu, yg pakai token seringgit seringgit tu. Serious best gile. Macam orang gile je karaoke beramai ramai. Bila dah boleh main bowling, kitaorang teruja lagi, sebab kat tempat bowling pun ada karaoke box tu. So asik ulang alik ke bowling and nyanyi karaoke je. Mcm jakun je tak pernah karaoke hehe.

Puas berkaraoke dan berbowling. Kami nak gerak balik utm. Tapi semua dah kebulur, sebab byk bakar kalori dok main bowling and karaoke. So kami singgah ke McD near kidmart. Hehe dok makan makan lagi. Time tu dah kul 12 lebih dah. Abis je makan..gerak la pulang ke teratak. Spt biasa, kena scan kad matrik. Doa la byk byk agar takde surat cinta sampai ke umah. kuikui. Ok la. Poof..

Monday, April 23, 2007

Focus di mana?

Lately gue kehilangan fokus dalam membuat kerija. Fokus, di mana kamu ya? Ngeng Ngeng Ngeng je rasa. Rendu family. Rendu ghumah. Rendu pj. Rendu segalanya. Ouh especially nenek di kampong. Everyday dok gayut dgn family, mcm dah takde kerja lain dah. Haiyo, dah keronik dah gue di sini. Lagi beberapa ari je beb. Tabah tabah tabah kuikui. Haih.

Tuesday, April 10, 2007

Malam Ini Dalam Sejarah

Sepanjang empat tahun aku dok di skudai ni kan. Tak pernah dalam sejarah hidup aku, tidur di fakulti. So inilah julung-julung kali aku berjinak-jinak dan berkecimpung dalam arena tidur di fakulti. Naseb baik wati bermurah hati nak temankan aku. Kalau idak, terkucil la aku nak dok sini sorang sorang. Right now aku kat lab hiliran (downstream processing lab). Tunggu sample settle kul 1.30 pagi. Then aku akan gerak ke makmal analisis, naik bukit (kena drive), and stay there til subuh insyaAllah. However I really hope menjadi je eksperimen ni.. Erm. Good news.. Technician datang ke lab, jenguk aku. Encik malek namanya. A very nice person. He came all the way from taman U, untuk tengok aku yg sengal ini dalam keadaan ok or not. And yg best nye, aku tak perlu naik ke makmal analisis, because fridge di dalam bilik technician dah berada pada suhu yang aku nak. Yeay! seronot seronot. Leh dok sini je the whole night. Mwah hahaha. Ok la. Sambung wat keje. Tata.

:+:cikpayung:+:

Saturday, April 07, 2007

Study Week

Sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik tetiba jer dah minggu belajar. Meaning to say, 14 minggu belajar telah pun selamat berlalu. Sadis je rasa. Sebab aku sendiri rasa aku tak berapa prepare nak berdepan dgn minggu xm. Well, takde la banyak mane pun paper aku semester ni, cuma empat ketul je. Tapi, erm tak memberangsangkan. Sebab two of them ialah subject zaman dulu dulu yg aku rajin dropkan. Now bila amik, rasa cam seksa giler nak carry. Suppose nye dah final semester ni angkut subject yang ringan ringan je. Tapi lain lak jadinye kat aku =) haha. So adik adik, pengajarannye di sini, jgn gatal nak drop subject. Angkut je and redah.

Exam aku bermula seawal 15hb, subject food processing engineering. N then on 17th ada bioseparation. 18th ada fluid mechanics and 27th ada organic chemistry. Tapi, 13hb aku dah ada project presentation utk thesis aku. And aku kena submit thesis by 4th of may. And tak silap aku la, if educational trip kali ni menjadi, kami mungkin berangkat 30hb april. So aku agak kesuntukan masa sebenarnya. Kena rancang perjalanan idup gegila gaban. And insyaAllah if permohonan melanjutkan study aku ni diterima, aku akan mula menapak di utm bulan jun. Awal sebulan untuk settlekan few benda sket. Sekejap je masa berlalu. And aku dah hampir abiskan degree aku pun. Tapi few weeks yg tinggal ni la yg paling seksa.. Huhuhu. Korang doakan keselamatan dan kejayaan aku ek. Ok la. Lapar. And kesejukan. Harap maklum.

:+:cikpayung:+: