Tuesday, August 21, 2007

Konvokesyen

Yeay! Udah konvokasi pun gue akhernya. Alhamdulillah, cuaca molek aja sepanjang sesi berlangsung. Unfortunately, sesi petang mengalami kesukaran sket dek hujan yang lebat. Anyway, sangat gembira bergambar bersama kawan kawan. Entah lah. Entah bila agaknya dapat bertemu dengan mereka mereka itu. Empat tahun bersama, alhamdulillah dapat bersama sama tamatkan pengajian. Ape ape pun, tahniah buat kengkawan and bbudak lain yg konvo. Doakan aku selamat tamatkan masters kat sini. Supaya boleh naik stage lagi ihiks.

Saturday, August 18, 2007

When You're Gone

I always needed time on my own
I never thought I'd
Need you there when I cried
And the days feel like years when I'm alone
And the bed where you lie
Is made up on your side

When you walk away
I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

When you're gone
The pieces of my heart are missin' you
When you're gone
The face I came to know is missin', too

When you're gone
The words I need to hear
To always get me through the day
And make it okay
I miss you...

I've never felt this way before
Everything that I do
Reminds me of you
And the clothes you left they lie on the floor
And they smell just like you
I love the things that you do

When you walk away
I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

When you're gone
The pieces of my heart are missin' you
When you're gone
The face I came to know is missin', too

When you're gone
The words I need to hear
To always get me through the day
And make it okay
I miss you...

We were made for each other
Out here forever
I know we were
Yeah yeah

All I ever wanted was for you to know
Everything I do I give my heart and soul
I can only breathe I need to feel you here with me
Yeah...

When you're gone
The pieces of my heart are missin' you
When you're gone
The face I came to know is missin', too

When you're gone
The words I need to hear
Will always get me through the day
And make it okay
I miss you...

:+: Avril Lavigne:+:

Setiap kali menghayati kata-kata lagu ni, hati menjadi sayu. Entah kenapa. Tapi cukup menggambarkan kehilangan yang amat. I've watched the video clip, menitis air mata. Haha

Friday, August 17, 2007

The Good Old Days

Kebelakangan ini, aku berkesempatan untuk menjejak kaseh dengan kenalan lama. Pertamanya, kenalan irc aku sejak form two dahulu. Kini sudah bekerja di petronas. Aku dpt jejak melalui kawan skolah aku. Kemudiannya, seorang akak yang dahulunya merupakan jiran di lorong umah aku. Seingat aku, sewaktu aku form two mungkin, atau form one, keluarga akak itu berpindah ke negeri lain. Semenjak itu, tiada perkhabaran dari keluarga mereka. Aku berjaya menjejaki dan mengenali akak itu melalui group sekolah menengah aku. Tak sangka kemudahan teknologi ini begitu memudahkan idup. Dapat menjalinkan hubungan yang sudah jauh lama terputus. Terbaru, mlm ini, akaun friendster ku di sapa oleh seorang lelaki. Yang mana bila aku cek connection di antara aku dan dia, kami dihubungkan pada sekolah yang sama. Pastinya senior aku. Sekali pandang gambarnya, aku sudah kenal, dia adalah abg senior yang menjadi org kuat kadet remaja sekolah aku semasa aku form one. Yerp, it was indeed, a long long time ago nye story mory ni. The last time i met him was back in year 2003. Dia tegur aku di depan hostel sewaktu aku matriks di bangi. Dia kenal aku time tu, mgkin sbb aku tak jauh berubah. Aku sgt gembira, dpt berhubung semula dengan kenalan lama. Walaupun tak begitu rapat di waktu lepas, tapi usaha boleh dilakukan utk rapat sekarang kan?
Berkesempatan juga utk beryahoo msger dengan teman lama. Yang sangat lama. Setiap kali aku berkesempatan berbual dengan dia, hanya perasaan ini yang aku rasa, gembira dan bahagia. Mungkin kerana terlalu banyak perkara telah dikongsi bersama. Segalanya rasa mudah dan senang. Walaupun masing masing dah besar, tetapi bila kami besama sama mengenang kembali detik detik dulu, rasa seperti baru je jadi. Masih segar dlm ruang kepala. Emosinya sedikit terasa. Walau ape pun yg terjadi, suatu yg pasti ialah, aku rasa gembira dan bahagia dengan perjalanan hidup aku seadanya. Perkara yang lepas, walau ada detik pahit dan suramnya, semua itu bertukar menjadi manis dan bahan yang mampu mengukir senyuman aku untuk aku lalui idup sehari harian. Harap sangat persahabatan yang dijalinkan dengan sesiapa ini akan dpt bertahan untuk tempoh yang lama.
Aku gembira. Hubungan bertaut kembali.

Wednesday, August 15, 2007

Minyak dan Nenek

Tadi aku buat request kat su. Tolong kerat rambut aku. Dia pun mengerat dengan kaedah cuba jaya, tapi aku tak kisah le camne pun jadi, yg penting aku nak rasa selesa. Then selesai aku, wati pulak nak join hehe. Ghumah kami dah jadi salon rambut la pulak. Tup tap, su tekerat jari dia sket. Pastu aku selongkar la apa jenis minyak yg aku ada. Dlm koleksi aku ada aloe vera gel and minyak angin cap lang. Minyak angin cap lang ni, kaler ijau, botolnye kicik je, tapi cukup spesel. Aku beli bukan kerana aku perlukan sgt minyak angin ni, tapi sbb minyak ni mengingatkan aku pada nenek. Ini minyak angin feberet nenek. Infact, bila bau minyak ni je, seolah olah dok bau nenek aku hehe. Lama sgt dah tak berjumpa dengan nenek.Last sekali aku ketemu nenek ialah pada raya pertama tahun lepas. Dah hampir brapa bulan ek tu? Rasa spt dah sangat lama.Kalau this coming raya baru bertemu dgn nenek, that means hampir setahun tak jumpe nenek. Wohohohohoho rendu nenek wooooooooo. Alahai

Monday, August 13, 2007

Jubah!

Huhu.. Today is Monday. Smart Day in UTM. All the students must wear formal attire (baju kurung, kemeja and seluar, bukan baju melayu ek). All these while dok bajet utm dah tadak budak budak kiut. But today, berjaya nampak ramai gak yang kiut miut uhuks. Muka baik jer, mayb because pakai molek molek kot. Ok la. Talk bout the jubah part.
We arrived at the stor jubah area around 9.10am. And to my suprised, line dah panjang dah. Kalau nak dikira kira,I might have been the 100++th person yang kena beratur. Matahari pun memanjat naik slow slow dengan penuh romentik. So I decided to go to my car, to fetch my umbrellas... Dua ketul aku bawak. The colorful caltex umbrella tu aku nak guna dgn wati n su, while the blue giordano umbrella nak bagi pinjam pada sesiapa yang aku kenal. Cuaca akan jadi sangat terik tak lama lagi. On my way menuju ke arah wati n su, I saw kak nifah and kak ila tengah beratur gak. I went to them and asked them, datang amik sapa punya jubah. Dia kata, dia tlg amikkan jubah Ir. So aku bagi pinjam la payung giordano tu.
Beratur punya beratur, aku rasa dahaga. So aku tinggalkan barisan, to buy air teh ais. Lucky me, datang bertiga dgn wati n su, so bebila langkah aku panjang, depa boleh jagakan tempat aku. So bila aku beli air, aku ada nampak la muka muka penuh mengharap dok pandang air teh ais aku tu hehe.. Sian gak. Tapi aku tak serajin itu utk offer membeli air utk semua org, or tak semurni itu utk membelanja ramai orang beli air. Kalau aku kaya raya, mungkin aku dah bukak kedai air and bagi air free je kat situ. Serious mmg terik sangat sangat.
Later kak nifah and kak ila dah selesai guna, sebab dorg dah tiba ke dalam stor jubah tu. So depa pulangkan payung tu. And aku buat aktiviti mencari memana muka yg aku kenal utk pinjamkan payung, so the next person yg berjaya dpt payung ajaib kaler biru tu, ialah ayu, my coursemate. Then aku pulak selamat tiba ke dalam stor jubah. Aku curi masa scan barisan tu untuk cari memana kengkawan, and aku nampak mai, so aku pinjamkan payung caltex yang besar itu. And then aku perasan queue mmg sgt panjang. And ada dua barisan sebenarnya. Barisan yg super panjang itu adalah utk degree student, yg lagi satu (barisan yg ramai orang tak perasan kewujudannya) adalah utk diploma, master and phD. So aku buat lagi satu kerja amal. Aku amik kertas and pen, aku tulis kata kata pesanan penaja.
" Sila beratur di barisan yang betul. Terdapat dua barisan menuju ke stor pusat. Barisan yang panjang adalah untuk pelajar degree, manakala barisan yang lagi satu ialah untuk diploma, phD and master. Tolong pass kan kertas ini ke belakang"
And di situ aku lukiskan peta sket, kedudukan barisan barisan yg ada. Aku paskan ke sorang budak cina ni, and suruh dia paskan ke belakang, dengan harapan, dorg aware yg sbenarnya ada dua barisan, bukan satu barisan. Sian pulak kalau makcik pakcik master phd dok beratur panjang, sedangkan itu bukan barisan dorang.
Sementara tunggu turn dapatkan jubah, aku sempat berborak dgn budak laki depan aku. Nama dia aku terlupa nak tanya. Tapi cukup ramah tamah, and pandai begurau. So kami asik berbual la, sangat seronok. Sedar tak sedar, sampai la giliran aku amik jubah. Aku diberi jubah saiz S. Aku dah la kemetot. Elok sangat la dapat S. Aku tamo M, kang jadi hip hopper sesat lak aku ni. Pastu, tunggu wati n su setel. Kami menuju ke parking lot and gerak untuk lunch.
Oh yer, ketika kami bertiga berjaya memegang beg jubah memasing, jam menunjukkan pukul 11.40am.. LAMAAAA giler. Lenguh kaki tak terkata. Harap maklum =)

Haiya

I can't seem to shut my eyes and doze myself to sleep. It's already late. Three in the morning. As for tomorrow, there's nothing much will be goin on. I have to collect my convocation dress at 9am. The dress must be collected at somewhere near the dewan besar, called stor jubah agaknya. Aiyo, it's Monday, and I can't park my car anywhere near the dewan. Then I guess the nearest parking lot would be the one located not far from P19.
Convocation. Yerp, convocation is just few days away and I'm absolutely counting down the days. I can't hardly wait to meet all my friends, in their convocation dress outside the dewan after the ceremony dah tamat. I can imagine, akan jadi sangat meriah. Rehearsal will be held on Friday morning, and FKKKSA students akan naik pentas on the second day of convocation day, that is on Sunday (morning session). Barangkali kesemuanya tamat sekitar 1.00pm. Hopefully it will. Because I've already booked a session di studio untuk berposing sakan with my family di Taman U, at 3.15pm. Harap2 sempat bergambar with my friends di luar dewan, go for lunch with my dearest family and then make it for the studio photo session.
I am proud to be a part of SKB family for four years bersama kekawan yg best ini. We've been through the good times and the bad times together. Tapi sedih sket. Banglong said he won't be around to witness our big day. Dia kata tak sanggup nak tengok. He'll park his car di umah aku, and balik kL. But the good news is that he's goin to buy me bunga!!! Although tak berapa suka bunga, tapi sempena convocation day ni, suka sukakan la jugak. Boleh melaram. Ape ape pun, one thing yg pasti. During banglong's convocation day, I will absolutely be there, utk memberi sejambak bunga kepada dia.
Yerp. I'm counting down the days =) terujanyaaa

Sunday, August 12, 2007

Astrid - Jadikan Aku Yang Kedua

*
jika dia cintaimu
melebihi cintaku padamu
aku pasti rela untuk melepasmu
walau ku tau ku kan terluka

jikalau semua berbeda
kau bukanlah orang yang kupuja
tetapi hatiku telah memilihmu
walau kau tak mungkin tinggalkannya

reff.
jadikan aku yang kedua
buatlah diriku bahagia
walau pun kau takkan pernahku
miliki selamanya

kembali ke *, reff



Artist: Astrid Sartiasari (also known as Bjork Indonesia hehe)

Special thanks to Rasso kerana introduce ini lagu pada cikpayung. I hardly listen to the radio, so tatau latest songs di udara. Catchy song, berjaya menarik perhatian and melekat di halwa telinga gue uhuks.

Hari Ini dan Semalam

Tido lena bebenar semalam. Mau tak nyer. Dengan tak cukup tidur malam sebelumnya, campur aktiviti terlampau yang berlansung seharian, membuatkan mata aku benar benar berdenyut. Mungkin faktor tak cukup tidur, campur dgn takpakai spek semasa memandu (silau wooh), campur dengan manusia sesak giler nak mampos kat city square tu gara gara pc fair and also jualan murah. Terasa mata sakit nak fokus pandang sana sini.Ape ape pun, aku berjaya mencari kasut konvo (50% less) and ianya dari kedai kegemaran ai, Theme. Pas tu ai ada beli baju dua ketul, very the murah one. Ihiks. And hari ni, aku bangun tidur pun lewat. Seronok golek mayang atas katil. Sepanjang hari setiap minggu dok penat wat memacam kerija. Ahadlah waktu yang paling tepat utk balas dendam kehkeh. And while posting this blog, aku berkesempatan tenet dgn wanie the great. Lama tak borak dgn dia. Ouh my former katilmate. Really mish yu la hikhik..

Tak sabar nak tunggu wanie and kekawan lain datang bermukim di rumah kami sempena konvo nanti. Mesti meriah =)

Friday, August 10, 2007

Sampah dan RM3

Hari ni hari jumaat. Ada pasar malam. Tapi aku gerak dari fakulti agak lewat. Few minutes sebelum pukul 5pm, ada budak nak guna peralatan di dalam makmal aku. Nak tanak, terpaksa tunggu dia abis guna, baru la aku leh kunci bilik tu. Kiranya aku gerak menuju pasar malam, agak agak sekitar 5.30pm la. Tapi banyak pit stop aku. Singgah maybank, shopping di jusco. Sampai ke pasar malam nye pun dah kul 6.45pm.
Al kisah. Seperti biasa, aku akan benti membeli di kedai yg jual ayam goreng, and aku akan mintak bungkus nasi goreng beserta sambal extra extra super extra.Then aku akan gerak mencuci mata melihat apa yg orang jual, melihat gelagat orang membeli, tak kurang melihat gelagat kanak kanak riang di pasar mlm tu. Dok jejalan, aku rasa haus sgt, aku beli la air. Kongsi minum air dgn kawan aku, and bila kehabisan air, of course la aku nak membuang bekas air tu kan.
SEPANJANG PERJALANAN aku mencari tong sampah. Tidak ketemu. To no avail la.. Punye la aku musykil. Cemana nak buang sampah ni. Takkan nak baling. Huh, membaling sampah merata rata is a big no no for me. Paling koman pun aku buang tisu je ke dalam longkang, tu pun kalau dah takde poket nak sumbat mende alah tu. Isunye di sini, aku nak sgt buang sampah tu ke dalam tong, tapi tiada tong yg available. Sampai penghujung jalan aku dok peganggggg la bekas air tu, hoping to find tempat yg agak proper utk buang sampah. Tiba tiba mata aku terpikat dgn kain yg dijual di pasar malam. Punye usha punye usha, last last aku beli. Tu pun wati bayarkan, sebab aku tak cukup duit hehe. Dah takde duit pun boleh lagi nak shopping itu ini. Aku nak jadikan tu baju raya. Walaupun serba itam, tapi ok la. Aku mmg suka itam. Then masa tengah nak pilih and bayar tu, ada satu lelaki ni datang kat stall tu, and bagi resit RM3 pada penjual kain tu. And penjual kain tu pun bayar la tiga hengget.
Aku eran gak. Takkan bayar tapak gerai tiga hengget je. Tapi tak pedulik sgt la, bukan hal aku pun. So bila dah bayar, aku tanye la, ada tong sampah tak. Penjual tu kata, takdak. Dia suruh aku buang je memana. Buang je merata rata. Aku terkejut la. Kenapa? Kenapa tak buang ke dlm tong sampah? Dia kata, sebab dia and semua penjual kat situ dah bayar RM3 kat pihak tu utk settlekan sampah yang takpe dibuang merata rata tu. Aku mcm terkejot sgt sgt la. Tak puas hati pun ada. Just because ko bayar RM3, then it's ok baling je segala gala kat merata rata. Orang lain leh kutip ek? Sepatut patutnye, bayar tetap bayar, utk persekitaran yg lebih baik. Tapi sediakanlah tempat buang sampah yg proper, so that orang nampak kat mana leh dicampakkan sampah tu.
Sepanjang pasar malam tu, tiada satu pun tong sampah yg berjaya mata aku nampak. Unlike pasar malam di taiwan, setiap 15 langkah normal aku ni, aku akan jumpe tong sampah besar di tengah tengah laluan pembeli pembeli. And pasar malam dia bersih giler. Semua orang membuang sampah di dalam tong sampah. Why? sebab dah ada kemudahan tu, so diaorang guna, campur lagi dengan penguatkuasaan kesalahan membuang sampah merata rata, membuatkan semua tu lebih komited dalam menjaga persekitaran.
Jadinya di sini. Relevenkah RM3 dijadikan alasan utk membolehkan orang buang sampah merata rata? bukankah kita diseru utk melakukan perkara yg betul, menjaga alam sekitar. Hadei. Civic minded sangat la di dasar jurang mariana. Mentaliti masih ngeng ngeng. Camne la nak selamatkan bumi yang amat tua ni. Hadoi hadoi

Tuesday, August 07, 2007

HAHAHAHAHA

Sukachita dimaklumkan. Gue sudah selamat memasang seterimix.Kini hidupku menjadi lebih ceria dan bermakna =D