Saturday, November 17, 2007

Good To Be Home


Yes. Gue berada di ghumah ayah bonda. Seawal 9.15 pagi tabah menanti bus supernice di Sri Putri. 10 pagi barulah nampak muncung bus tu dari kejauhan. Perjalanan ke shah alam tak terasa lama mana, mainly because aku terlentok tidor je. Ada jugak berbalas sms dgn beberapa kawan. Then sambung tidur. Sepanjang perjalanan, penumpang dihiburkan dengan tayangan citer The Green Mile (buipren aku berlakon, abe tom hanks). Sedar sedar dah tiba di Nilai, and aku tahu tak lama lagi tiba la aku di station bus seksyen 17 shah alam. Sampai je station bus tu, abg aku dgn kawan dia tunggu. Seronok borak borak.

Sampai kat rumah je. Papa datang kat aku, saying sorry sbb tak sempat nak buat roadtax etc. Aku cakap takpe. Nanti post laju je, small matter. Then salam tangan mama, mama lak terbatuk batuk. Kuat batuk and sakit tekak dia, suara pun hilang hilang. Sian mama. So tadi aku mintak abg aku drivekan aku ke bank and ke pharmacy. Ke bank utk keluarkan duit roadtax n insurance kete. Then ke pharmacy belikan ubat batuk n ubat sakit tekak.

Sampai je rumah, aku serahkan duit kat mak and aku suruh mak aku teguk sket ubat batuk tu. Then aku intai la dapur and meja makan. wow! Ada RENDANG AYAM. Huhuhuhu. Seronot nye nak membelasah. Cepat cepat cuci tangan and amik nasi, makan dengan rendang ayam. Seronok tak terkata memandangkan raya tempoh hari aku langsung tak dpt merasa rendang masakan mak aku. Lepas jugak rindu dan takde la aku kempunan lagi.

Kakak aku takde. Dia ada family day kat PD. Esok tghari dia cuba utk pulang seawal mungkin, dia nak hantar aku ke bus station. Lama jugak bergayut dgn dia petang tadi. Bincang memacam termasok makan malam sekeluarga during arijadi papa nanti. Tak sabar nak dok dgn family semula =) Tak tahu la pas abis blaja bakal bekerja di mana. Harap tak begitu jauh dgn family.

Hehe right, kat sini aku tempekkan satu lagu bertajuk Kuliah Pagi by Harapan Jaya. Album Demi Ibu Pertiwi. Dengar lirik nye buat aku tergelak. Teringat gak la kes kes aku terlewat pi kelas. Kes tidur lewat, tapi ada kuliah pagi. Mampos terlajak tido lak. And tetiba teringat lak kes coursemates lelaki yang mengalami masalah ni gak. Kalau tetiba dorang dok blakang kelas and tak bercakap ape tu, tandanya tak sempat gosok gigi ape la tu haha. Adei teringat abe sorang kat batu pahat tu kehkeh. Alrite. Selamat mendengar.


Thursday, November 15, 2007

Godek Godek Koleksi



Ini. Lagu ni dah lama. Tapi bila dengar. Layan. Especially bunyi piano dia tu and the way lagu tu dinyanyikan =) Bila dengar lagu ni. Aku teringat zaman aku sibuk dgn final year nye keje. Lagu lagu ni la yang aku dok putar putar. Selain lagu dari The Adams and The Brandals. Dah la time tu dpt tahu Brandals turun mesia. Teringin benar nak tengok dorang perform, cikapot tak dapat nak intai intai. Nak wat camne, terpaksa la bercinta dgn buku dan keje keje. Tapi sempat la kontek member, tanye pasal Brandals. Dia lak kata dia dpt tiket free, tapi tak pegi. Kasi bakar telinga je.

Sambil layan lagu. Molek la kiranya aku katakan aku dah selamat setelkan perkara perkara yang telah pun aku senaraikan. Dan aku puas hati. Nanti on my papa n mama nye 29th eniberseri kan, aku akan postkan adiah aku buat family aku. Altho sebelum ni pernah je aku postkan, tapi kali ini sentuhannya berbeda sedikit. Yeehaa. Perjalanan di hari sabtu akan berbunyi begini : 9.30 pagi naik bus ke shah alam. Manakala Perjalanan dari shah alam nak gerak ke jb on Sunday lak, adalah sekitar pukui 4.45pm. Terima kasih cik su, kerana telah bersusah payah membelikan tiket utk aku pulang ke ghumah.

Tadi aku "menyotongkan kurita"* aku (kidnap ayat Pretorians). Melayang gak la duit. Tapi tu pun aku rasa aku dah buat pelaboran tahap paling gile aku nak jimat. Or else mungkin cecah tiga ratus lebih ke empat ratus. Ape ape pun, janji selamat dah kurita tu aku sotongkan. Kemudian hal microwave lak, bebudak lab dah beli microwave baru. Aku just perlu antarkan ke bengkel utk tebuk lobang kat atas. La la la. Bisa di atur. Esok pagi pagi aku akan antar ke bengkel.

La la la. Am counting down the days! Tik tok tik tok.... Mau pulang

* istilah "menyotongkan kurita" bermaksud servis kereta =) kwang kwang

Wednesday, November 14, 2007

Quick Updates

My ticket to KL on Saturday morning and ticket bus pulang ke JB on Sunday evening akan dibelikan oleh su sat lagi. So tang tu dah setel la kiranya. Later this evening, after lunch, aku nak gerak pi serbis kurita . Sambil menunggu kurita diserbis, aku akan menggerakkan diri ke kedai gambar, to print out gambar kawen mama&papa and beli frame skali. Hopefully sume setel. Then petang sket, nak bagi duit pada Ouda, rm70 utk ke singapore tu.

Sejak malam tadi lagu Ohhhh uniknya uniknya uniknya singapura asik berkumandang di corong telinga aku. Teruja nak meronggeng ke singapore agaknye. But aku rasa aku takde nak memain bende bende tak tentu hala kat sana, just for the sake nak jejak kaki and witness ape yg ada je. Nanti aku capture byk byk gambar, and post kat sini. Mwah

Damn. Dok kalut kalut nak gerak, tersentap lak earphone sony aku. Terus dah tak kuar bunyi. Shitty betul. Dah la itu je sumber mau kasi aku hanyut di dalam dunia aku sesambil wat keje. Adei. Takkan mau sumbat headphone lak ke sana sini. Dugaan dugaan.

Tuesday, November 13, 2007

Layan



Saje nak kongsi lagu ni. Macam riang ria sket. Haha

Tersedar...

Well, nothing much yang berlaku hari ini. Except for, during lunch hour, kakok nye labmate mentioned about next week akan ada trip ke Singapore, organized by UTM. Sabtu bertarikh 24hb. Hanya pergi sehari semalam. We just have to pay RM70 (for those yg ngak ada passport) and RM60 bagi yang ada passport. Sangat teruja nye bila mendengar. Aku dgn kakok mmg konprem nak join. Kami try tarik banglong jep yatot and su. Su menunjukkan tanda-tanda ingin mengjoinkan diri. (Pray hard she'll join us). As for banglong, on 24th dia dah selamat ada di kL, rasanya dia nak tengok konsert artis korea ke ape ntah.

Then tak lama kemudian, jep replied my msg, asking takde session 25hb ke Singapore ke? Then aku cakap la, takde. On sabtu jek. Then dia kata dia takleh nak join, sbb his parents are coming over to utm on that day. Plus, dia ada final xm on 23rd and after that kelam kabut nak kemas barang barang sbb the next day parents dah nak mai kutip brg2 dia. So aku just jawab " aler, tak rock la mcm ni".

And then suddenly, aku teringat, last paper di faculty ialah on 23rd. And on 24th semua student kena clearkan bilik. Tiba tiba aku mcm gelabah. Baru tersedar. Kawan kawan aku yang extend sem ni dah nak meninggalkan aku dah. They're leaving utm for good. And my tears were running down my face la time tu. Ntah ape pasal emo sgt. Tapi takde la sampai banjir. Tapi cukup sebak la. Then aku cakap kat jep, before he leaves us for good, kena cari waktu sesuai to spend time bersama. I know kami takkan sempat spend time tengok wayang seperti hari hari lain, memandangkan dia masih ada exam and minggu ni pun aku akan pulang ke PJ. Aku betul betul terlupa, weekend ni jer yg tinggal untuk meronggeng bersama dorang. Aku rasa ini lah julung julung kali aku bersms dgn coursemate laki aku dengan penuh emosi. Alahai.

Tiba tiba teringat, sejak beberapa sem lepas, jep and banglong je yang rajin nak melayan kepala gila tengok wayang bersama kami kami ni. Even this semester pung, kalau gerak tengok wayang, mesti ajak jep n banglong. Sbb kalau nak pi on weekdays, aku tak larat nak drive sebab seharian dah dok makmal, so aku akan suruh jep or banglong drive kete aku. Erm terasa mcm sedih je jep dah nak pegi. Hopefully sempat la jumpe dia and tangkap gambar dgn dia before dia blah. Erm and i still remember, sejak empat sem lepas dia asik ajak aku main bowling bersama, tapi tak pernah sempat, slalu wrong timing. Oh god, cepat nye masa berlalu..... Rasa mcam baru aritu je mendaftar masuk blaja. Haih.

As for banglong, naseb baik dia pilih utk sambung master =D sempat la habiskan sisa sisa bersama lagi dgn dia. Harap harap masih dpt keep in touch dgn kekawan rapat ni walaupun memasing dah bawa haluan. Isk isk

Monday, November 12, 2007

Mendung Berarak

Minggu ini dimulakan dengan hari yang penuh romentik. Awal pagi sudah hujan. Awal awal hujan nya turun tik tik tik, sayup sayup. Beberapa saat kemudian, macam nak roboh je gak reban ayam aku (kalau aku bela ayam dlm reban la). Agak mencabar mata jugak la, memandangkan cuaca yang sangat syok itu amat amat menarik narik hati ini untuk terjun tiruk di atas katil semula. Tapi perlu gigih ke fakulti. Huhu perlu gigih. Tiba di fakulti, aku terus ke cafe. Minum neslo panas, mudah mudahan kafein yang ditelan mampu memberi kuasa sakti agar aku tidak mengantuk sepanjang pagi itu. Alhamdulillah, berjaya melakukan bacaan tanpa susah payah melawan ngantuk. Tapi pening la pulak baca, ilmu banyak dah karam. Perlu selongkar buku buku lama yang lain and belajar semula dari awal. Haih.

Ok. Few things yang bakal disetelkan minggu ini (InsyaAllah)

1. Save file kawen mama & papa dlm thumbdrive and print di kedai (black n white). Then beli frame yang sesuai. Untuk adiah eniberseri mama & papa yang ke err 29 rasanya =)

2. Hantar microwave oven makmal yang rosak ke mana2 kedai elektrik di Taman Universiti. Kedai di Mutiara Rini reject baiki lah pulak.

3. Beli tiket bas di Transnasional Counter di Sri Putri. Tiket pegi pada 16hb (Jumaat) dan tiket pulang ke JB pada 18hb (Ahad). Masa tak ditentukan lagi. Hopefully ada tiket lagi.

4. Hantar kurita gue ke kidai untuk diserbis dari kepala ke kaki. Hehe. Aku ingat nak cekau minyak sotong yg 5k km. Semi sintetik. Castrol. Ada sebarang saranan? Aku biol biol sket ni.

Mudah mudahan apa yang tertera di atas selamat dilakukan. Amin amin amin. Tak sabar nak balik. Mama janji nak masakkan rendang ayam, sebab time raya aritu tak dapat rasa langsung rendang mama (ye la, sebab mama tak masak rendang pun hehehe). Yeeeehaaa.


Sunday, November 11, 2007

BBQ besama LTB

Hehe. Malam ini, berkesempatan menjamu selera di Teratak 42. Asalnya, aku kenal ahli rumah Teratak 42 di semasa menganjurkan open house aritu. Panjang (coursemate aku) datang bersama ahli band dia, and aku berkenalan dgn Geweng, vox LTB, dan dia antara ahli Teratak 42. Aku, kakok n su gerak ke sana sekitar 8.30pm. Tiba di sana, kelihatan manyak mutur dan kurita di luar rumah mereka. Sah sah ramai orang. Sampai je, kami berdiri and berbual di luar. Panjang lak dok sibuk membakar ayam yang berlambak. Segan segan gak. Sebab tak berapa kenal, harapkan Panjang je jadi penghubung aku dengan bebudak kat sana.

Then perasan ada Taariq/Taarik (tak pasti ejaan mana satu), dia junior aku. So aku leh la borak borak dgn dia. Then perasan tuan rumah yg lain, incek Yazid dan Raja datang menyapa, and jemput suruh makan makan. Geweng pun kemudian sampai, membawa kawan dia, yang merupakan kawan fakulti aku gak, so macam boleh la nak survive berbual and bergaul dgn orang lain. Dok dalam kejap, then dok luar semula. Terperasan this mamat, someone yg aku pernah kenal dua tiga sem yang lepas.

Dia ni aku kenal masa aku dok jadi director satu exhibition kat utm. Dulu berbual memacam during meeting tu. Pernah terserempak dgn dia di merata tempat, tapi aku tak bajet dia kenal aku pun. Rupanya tadi dia panggil aku, dia cakap dia dah lama nak bercakap dgn aku. Reason dia dtg ke open house tu pun sbb nak jumpe aku (???). Macam tau tau je aku nak datang. So kami berbual. Aku rasa segan sket la, dia ingat aku ni dok mana, praktikal kat mana, nama aku pun dia ingat. Tapi aku mcm tak berapa ingat nama dia and asal dia, tapi aku ingat dia budak letrik yang sedang sambung blaja dalam bidang yg berkaitan dgn biologi ni. So, berkenalan semula la, wati n su pun berborak dgn dia gak. Sambil borak, sambil aku pi amik makanan, minum minum air. Oh yer, Faiz ni secara spontan keluarkan nama khas kat aku Cik Payung Nana Tanjung Putih Tepung Tembam Melambung haha. Macam pantun kan? Hehe selamba badak je dia bagi sebijik, tapi bunyi best je, ada rhyme.

Sempat jugak la bertemu and berbual dengan kawan skolah menengah aku, dia mai dgn buipren dia. Kawan matriks, pun mai dengan buipren. Tak sangka, bertandang ke rumah someone yg aku tak berapa kenal, rupanya menjanjikan pertemuan dengan sebilangan insan yang aku agak kenal dalam tempoh yang agak lama. Kes dunia kecik la ni =D

Apa apa pun, sangat serunuk bertemu kekawan and sangat best berbbq di Teratak 42. Buat Geweng, Yazid, Raja and err aku tak berkesempatan kenal dgn ahli teratak yang keempat, terima kasih kerana menjemput. Kalu ada lagi majlis, jempot la lagi =D kuikui. Ahaaa, sempat gak kenal dgn Betik, kuceng depa. Ahaks.

Oh yer, ini Astrid. Previous post aku pernah bagi lirik lagu Jadikan Aku Yang Kedua, and serba sedikit tentang cik Astrid ni. Now aku upload lagunya. Ini lah lagu yang ada addictive effect di halwa telinga aku. (mahap kepada housemates kerana asik kena tahan je dengar aku ulang ulang nyanyi lagu ni haha =P hehe ) Enjoy.



Thursday, November 08, 2007

Dalam Setiaku =)



Dalam Setiaku - Kikan (Cilapop Ver 1)

bila kau tau
sepi yang aku rasakan
berat dalam jiwa ini
hati ini

aku disini
hanya berteman bayangmu
menunggumu tiada henti
tanpa henti

reff.
setiaku, kupersembahkan untukmu
semoga takkan terkikis oleh waktu
setiaku, kupersembahkan untukmu
jangan pernah ragukan aku

penawar rindu
hanyalah kamu seorang
janji hati tlah tertanam
takkan hilang

:+: lately aku asik dengar lagu ni. lagu ni ada dlm album cilapop, sekali ada lagu astrid-jadikan aku yang kedua. best dgr =) lepas ni aku akan rajin rajinkan letak lagu lagu yg mejadi kegemaran aku diwaktu waktu tertentu. la la la slamat mendengar :+:

Tuesday, November 06, 2007

Apa Yang Terjadi

Macam macam. Ya, macam macam yang berlaku dalam tempoh beberapa hari lepas.

Sabtu (3 November 2007)
Kami serumah mengadakan open house aidilfitri. Agak ramai yang dijemput hadir, kebanyakannya ialah student postgraduate dari makmal-makmal di sekitar fakulti. Ada juga juniors yang rapat2 dijemput untuk memeriahkan lagi majlis di rumah kami. Ini kali pertama mengadakan open house dan memainkan peranan sebagai tuan rumah dan orang kuat majlis. Open house dianjurkan dari kul 2ptg hingga 5ptg. Dan antara menu yang kami sediakan ialah mihun soto, rendang ayam, nasi himpit beserta kuah kacang, spaghetti dan juga mihun goreng. Tak dilupakan juga puding resepi memek =D kuih-kuih raya yang kami bawakan dari kampung halaman pun dan nampak la luak, kalau idak dok atas meja tak tersentuh sgt. Syukur, segalanya berlangsung dengan baik. Tetamu pun ramai. Seronok sgt! Ada rezeki, buat makan-makan lagi hehehe...

Ahad (4 November 2007)
Acara harian dimulakan dengan bertandang ke rumah Dr Ida (yatot nye supervisor). Dr Ida tinggal tak jauh dari rumah kami. Kami di Jalan Utama 5, dia di Jalan Utama 19. Open house Dr Ida berlangsung sederhana (mgkin time kami tiba tu, bukan waktu kemuncak kot). Makan mihun soto (nyum nyum). Kemudian selesai makan makan, kami gerak ke Jusco Tebrau untuk menonton wayang. Yerp. Cerita yang berjaya menjadi tatapan kami pada hari Ahad lepas ialah Hati Malaya dan juga 30 days of night. Overall, citer hati malaya berjaya menempa tempat di hati patik. Somehow, bagi aku yang sangat sengal di dalam subject sejarah, aku sangat rasa berminat untuk menonton dan mengambil tahu ttg apa yg berlaku di zaman tok nenek kita berjuang mendapatkan kemerdekaan. Sangat terharu, dan sendiri rasa malu dgn diri sendiri kerana sebelum ni tak begitu teruja dgn subject sejarah, sedangkan subject itu sebenarnya mencerminkan asal usul dan sakit perih tok moyang kita dedolu. As for citer 30 days of night, aku rasa ni lah citer yang vampire nye tak mengghairahkan aku (underworld nye vampire lagi best, sbb seksi dan ala ala model tampan kacak jelita bergaya). Tapi ape ape pun, cerita dia berjaya buat aku terkejut terkejut, nasib baik ada pashmina, sempat la aku tekup mulut aku sendiri daripada terlepas jerit. Haha. Seronot seronot. Ada rezeki, mau nonton lagi. Hehe baru je minggu lepas aku nonton Resident Evil kwang kwang.

Isnin (5 November 2007)
Tak banyak perkara berlaku. Except for makhluk penduga mental emosi aku masih membuat kacau, tapi sudah nampak dia macam berhati hati nak approach aku. Tapi tetap jugak berniat murni nak menggunakan aku walaupun kali ini dilakukan dengan cara yang jauh lebih sopan hehe. Mampos dia la. Aku tak janji pun nak tolong dia buat kerja dia tu, aku cakap tengok dulu, tu je. Ada 37 sampel dia yang dia suruh aku buat test. Satu sampel amik masa 30 menet. So just imagine dia nak suruh aku bertapak kat dlm makmal polimer tu berapa hari. Suka suki dia je. Kampet. Ada masa sekian berzaman, orang lain dok sibuk ke makmal dari pagi sampai petang, dia lak terhegeh hegeh datang makmal kul 4 petang pas tu baru nak buat keje. La ni bila thesis dia kena submit 28 disember, banyak data dia tak siap, sebab memacam test tak buat, terhegeh hegeh menempek kat makmal sejak pagi. Supervisor pun dah nak amukan puaka dok tuntut draft thesis, tak complete complete lagi. Agaknya, dia tau dah tak menang tangan nak siapkan itu ini, sebab testing tu makan berhari hari, maka dia gunakan teknik rebonding dia utk suruh orang lain jadi pak turut dia, bijak kan orang yg bakal bergelar Dr. ni? Siap janji nak buatkan proposal, bagi itu bagi ini kat aku. Aku tak faham tul, memacam nak sogok aku. Biar lah dia, malas aku nak amik peduli. Esok lusa dia akan gunakan aku lagi, dah mmg spesis kejadian cam gitu, takleh nak buat ape dah. Anyway, dia akan dok mesia lagi 6 bulan, so i guess aku kena tabahkan hati dan buat muka ketat selalu di depan dia selama 6 bulan haha =D


Friday, November 02, 2007

Jejak Kaseh

Gue baru pulang dari menemankan kakok jejak kasih dgn teman lamanya. Kebetulan teman lamanya baru dipostingkan ke area jb ni, sebagai cikgu. Kemudian kakok dimaklumkan bahawa temannya itu on d way ke skudai, mau ketemu kezen kepada tunangnya. So kesempatan ini diambil untuk berjumpa dengan teman lama kakok di restoran sekitar Taman Universiti.

Seronoknya dok tengok kakok berbual memacam dengan temannya tu (dok update memacam citer la ni, after four years tak jumpe agaknye). Yang aku pulak, dok berbual dgn tunang and kezen tunang cikgu tu la. Kebetulan banyak pulak perkara yang boleh dibualkan. Dok gelak citer memacam benda. Dari hal blajo dulu sampai la hal kampung, sampai la hal zaman ingusan kaler pelangi polkadot pink. So suasana seolah olah sesi reunion di antara teman teman lama (walaupun sumpah aku baru je kenal brapa minit sama depa). Sangat teruja melihat muka muka over-teruja betemu kawan lama, dok update citer hal tu hal ni.

Semua ni membuatkan aku rindu untuk bekumpul dengan kawan. Juga membuatkan aku kepingin sangat bertemu sahabat yang tak pernah aku ketemu sepanjang aku hidup ni. Entah bila. As for mereka yang ku kenali agak lama, tapi tak penah ketemu, gue kangen bangattt ketemu sama loe! Mungkin di satu hari yang penuh rahmat, kita akan bertemu, bersua muka, bertukar cerita dan bercenderaloka seperti apa yg aku baru lalui bersama kakok and teman lamanya itu. Mudah mudahan, amin.

Thursday, November 01, 2007

Drastic Fantastic

Finally! Berjaya mendapatkan keseluruhan lagu lagu album terbaru dari kak KT Tunstall =) and yang paling best ialah berjaya mendapatkan lagu dari album Acoustic Extravaganza. Puas hati dengar. She's very talented. Sangat menyukai lagunya. Yeppa!

These past few days aku mengalami tekanan tekiri yang agak hebat. Gara gara makhluk penduga mental emosi di makmal. Sekali lagi dia buat perangai hampes dia. Arahan yang diberi agak straightforward, kami diminta duduk and berbincang bersama over this one project la. Aku dah arrange kul brapa kat mana kena berkumpul and bincang. Lepas bincang finalize paper and submit pada supervisor. Buat sesama je la kan? Alih alih pepagi tadi, while waiting for others to come and dok berbincang seperti yang dijanjikan, supervisor call aku, dia cakap dia dah terima paper tu. Paper tu telah diemailkan oleh makhluk penduga mental emosi aku tu tanpa pengetahuan ahli kumpulan lain. Rupa-rupanya secara diam-diam, dia buat paper tu sorg-sorg, and submit pada supervisor and letak nama dia n supervisor sorg je. The funny part ialah, bila aku kontek utk confirmkan kul baper and dimana untuk bincang semalam, dia tak cakap lak dia dah submit mende alah tu kat supervisor (padahal time tu dia dah slamat submit!). And bila aku call dia (dia bukan jenis yang menepati masa), dia cakap dia on the way utk discussion tu (again, dia tak mention pun yg dia dah submit paper tu, SEMALAM).

Tapi part yang lagi buat aku lagi sakit jiwa ialah, supervisor takmo baca paper tu, dia suruh aku buat correction pada paper tu, then lepas tu jumpe dia utk finalize paper. Lagi la aku terasa berapi, dah la buat keje blakang tabir tak inform orang lain, nak makan sorg sorg, pas tu tak pepasal aku yg dicampak ke tepi ni jugak yg kena review keje and buat pembetulan paper dia FROM SCRATCH! Dari 200 patah perkataan yang diperlukan, tak sampai 15 perkataan dari paper yg dia buat aku gunakan dalam pembetulan tu. So just imagine la camne aku kena betulkan dari awal sampai akhir tentang keseluruhan proses project tu. Haih. Frust betul keje dengan makhluk perosak sebegitu. Takdak semangat teamwork langsung, reti nak naik sorg sorg je. Naseb ada kawan aku sorang untuk membantu aku tolong kumpulkan and analyze semua data project and extract apa yang patut bersama.

Lagi buat aku tersenyum dengan hati dok rapping agak menyumpah gak la, ialah apabila makhluk perosak mental emosi aku tu melangkah masuk ke makmal dengan muka puas hati giler tengok kami berdua tertonggeng terbalik depan laptop aku, dok cuba utk construct ayat yg menarik dan boombastic utk dimuatkan dalam project paper tu. Itu bukan project kami, so agak sukar utk kami faham and olah dalam cara yang paling ringkas. Muka puas hati dia tu seolah olah gembira melihat gelagat kami yang bertungkus lumus menyiapkan sesuatu yang dia dah terlebih dahulu setelkan diluar pengetahuan kami. Seolah olah dia menonton kami membuat satu keje bodoh. Aku saje tunggu bila dia nak inform kami yg dia dah submit paper tu, malangnya hanya selepas kira kira 30 minit dia jejak kaki dlm makmal tu, baru dia bagitau yang kami tak perlu susah susah buat paper tu, sebab dia dah setelkan semua and dah antarkan kat supervisor. (and dia buat muka bangga and puas hati yang buat aku menyampah gile)

AKHIRNYA. Dia buat pengakuan. The best part ialah, aku cakap kat dia . "Yeah, I know that. And guess what, Dr called me just now, asked me to review ur paper and do what is necessary to correct it" (time ni giliran aku lak yg senyum kat dia, puas hati betul). Lagi aku puas hati bila muka dia berubah giler nak mampos, macam tak percaya apa yg baru dia dengar kot. Pas tu dia cakap kat aku, paper dia tu takde masalah, sebab dah diterima conference kat America. Aku sembur la dia, aku cakap title dia totally menyimpang dari apa yg dah supervisor beritahu.

Aku tahu aku might berkelakuan agak kureng la, macam membalas dendam. Tapi aku cukup geram la dengan dia. Dia tak pernah hormat orang lain. Sangat selfish. Aku tak kisah if dia nak letak nama dia je kat paper tu. Dah memang bertahun tahun dia spend time buat project tu. Aku sedar aku ni baru je join, 5% ilmu pun lom tentu sampai, tapi yg aku tahu, setiap masa aku belajar untuk mengambil tahu. Sentiasa belajar. Bila diberi peluang untuk cuba nasib masuk pertandingan, aku grab the opportunity utk dapatkan pendedahan yang baik utk diri aku. Tak terlintas kunun nak takeover dia. Aku tak sehebat dia pun. Tapi tindakan tindakan dia terhadap aku memang sgt mengecewakan aku. Sebagai student yang bakal bergelar Dr selesai pengajian nanti, dia seharusnya mempunyai integriti yg tinggi, tapi malangnya di mata aku, dia hanya seketul makhluk perosak mental emosi aku. Mengakibatkan aku sentiasa berperang dengan perasaan di dalam makmal. Namun aku belajar untuk buat bodoh dan belajar protect diri dengan pelbagai cara =)